Tuesday, November 18, 2008

-Fungsi Otak Bahagian Ubun-ubun-

"Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka). Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah. "
(Al-’Alaq: 15-16)


Imbasan yang dilakukan ke atas otak manusia menunjukkan bahawa otak orang yang sedang bercakap bohong kelihatan berbeza dengan otak orang yang sedang bercakap benar.
Kajian yang dibuat dengan menggunakan pengimejan dengan menggunakan getaran magneti (atau fMRI) bukan sahaja menunjukkan apa yang berlaku kepada otak apabila seseorang sedang menipu, ia juga membolehkan penciptaan alat mengesan penipuan.
Terdapat banyak kawasan-kawasan yang unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh diukur dengan kaedah fMRI.

Satu kajian telah dilakukan ke atas 10 orang secara sukarela. Enam orang daripada mereka diarahkan untuk menembak dengan menggunakan pistol mainan dan diminta untuk menipu bahawa mereka tidak melakukannya.
Tiga orang yang lain diminta untuk melihat perbuatan menembak oleh ke enam-enam orang tersebut tersebut dan diminta untuk menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Aktiviti otak mereka dikesan menggunakan fMRI.

Terdapat perbezaan aktiviti otak yang jelas antara otak orang yang menipu dengan otak orang yang bercakap benar. Dalam otak penipu terdapat tujuh kawasan yang aktif dan hanya empat kawasan otak yang aktif bagi orang yang bercakap benar.
Secara umumnya, otak akan berusaha lebih keras lagi untuk menipu berbanding dengan bercakap benar kerana penipuan menyebabkan berlakunya aktiviti di bahagian hadapan otak yang merangkumi bahagian medial inferior dan pre-central area dan hippocampus dan juga kawasan temporal tengah dan juga kawasan limbic.
Begitu juga semasa bercakap benar, terdapat juga aktiviti dibahagian otak hadapan, temporal lobe dan cigulate gyrus.

**Sains dan Islam penguat iman**

0 comments:

Post a Comment