Wednesday, January 28, 2009

-Pentingnya mendapatkan sumber yg sahih-

Bismillahhirrahmanirrahim..
Perkongsian pengalamanku hari ini..

Kemajuan teknologi maklumat khususnya Internet banyak membantu kita untuk mendapatkan maklumat berkenaan sesuatu perkara. Salah satu Search Engine yg terbesar dan popular pd masa kini adalah Google. Apa sahaja maklumat yg ingin diketahui kini amat mudah dengan bantuan Search Engine ini. Kita hanya perlu menaip key word maklumat yg ingin dicari dan selang beberapa saat kemudian, ratusan malah ribuan link ke website berkaitan akan terpampang di skrin monitor.

Namun, mungkin tanpa kita sedari, ramai di antara kita termasuk diri sy sendiri kurang menitikberatkan dari mana sumber maklumat yg kita perolehi itu berasal. Adakah benar dirujuk dari sumber yg sahih? atau sebaliknya? siapa pula penulisnya?..


Topik ini sy pilih untuk post pd kali ini memandangkan sy sendiri baru sahaja menjadi mangsa website yg tidak jelas sumbernya. Tambahan pula, maklumat yg sy cari tersebut berkaitan tentang Islam. Sy diamanhkan utk membentang hasil kajian tersebut di dlm group discussion utk persediaan usrah. Setelah membentangkan tugasan sy, sy telah ditegur oleh seorang ahli atas kesilapan beberapa fakta yg tidak jelas akan sumbernya. Teguran itu benar2 telah menyentuh hati sy. Membuatkan sy tersedar, setiap maklumat perlu jelas sumbernya. Terima kasih kepada yg menegur. Sy mohon maaf andai apa yg sy bentangkn tadi membuatkan anda tersinggung. Namun, sebenarnya sy tak terlintas langsung untuk membuat mana2 pihak tersinggung. Kesilapan yg tidak sy sengajakan. Kejadian pd pg tadi benar2 takkan sy lupakan.


Walaupun post kali ini dilihat agak simple dan mungkin tidak menarik perhatian mana2 pihak, namun bagi sy yg sudah 'terkena' ini, ia merupakan sesuatu yg bahaya!..kita perlu berhati2 untuk mendapatkan sebarang maklumat..Ramai didalam dunia ini yg suka memutar belitkan fakta bagi menjatuhkan insan dan organisasi lain..


Sebagai langkah keselamatan, cari maklumat dari website yg berlainan sebanyak mungkin dan buat perbandingan.. Jika ada hadis dan ayat Al-Quran pula, sila rujuk terus kepada ayat berkenaan di dalam Al-Quran. Semoga perkongsian pengalaman yg ringkas ini boleh memberi pengajaran buat semua. Maaf atas salah dan silap. Wasalam.

Monday, January 26, 2009

-USRAH MELALUI TELEFON-

Bismillahirrahmanirrahim..

"Aslmkm,pe kbr dik? tgh wtpe? nk gtau ni..malam esok kul 9 mlm akak nk wat usrah kite mgu ni.So,nanti kumpul same2 ye.da ready msg akak tau..nanti akak call.." masih ada lagi sms ini dlm sent item handsetku. kukirimkan buat ketiga-tiga adik lelakiku..Dzulhelmi, Syukri dan Kamil..

"Wslm..kbr baik.bru pas mkn.kakak,kitorg x hafal lg la ayat tu..hehe..kena marah x malam esk?" tertera sms dari kamil, adik bongsuku yg manja beberapa minit kmudian..

"Aik?da brape lama akak bg..xpela..kalau x hafal tiga2 ayat,mane yg dapat dulu la.." balasku ringkas..Masih ingat lagi 2 tugasan usrah pada adik2ku mgu yg lalu. Menghafal surah As-Saff yg akan ku tasmi' pabila ak pulang kerumah bulan 5 nant dan 3 ayat dari surah Al-Ahzab (ayat 41 hingga 43) yg sepatutnya akan kutasmi' pd usrah berikutnya.

"okies..arahan diterima..roger n out..wslm :) " balas adikku kemudian.

Aku tersenyum sendirian membaca sms terakhir dr adik kamil..suka sgt guna perkataan roger n out..kelakar plak..hmm..da besar adik-adikku..hati kecilku slalu berbisik..trm ksh Ya Allah.kerna mengurniakn kami seorg ayah yg soleh.tabah mendidik dan membesarkan kami sendirian sejak 12 tahun yg lalu.higga kini kami semakin dewasa..Alhamdulillah.

Aku masih ingat lg, pengalaman kali pertama melakukan usrah dengan adik-adikku..lebih kurang setahun yg lalu..perasaan yg cukup sukar kugambarkan..bermacam2 persoalan berlegar diruang fikiran..yang paling kuingati adalah perasaan malu untuk membuat perubahan dengan melakukan usrah bersama adik2 ku..hasrat yg dah lama ku tanam dalam diri ini.kerna aku agak berbeza dgn adik beradikku yg lain..ak punya kelebihan mendapat tarbiyyah usrah sejak di sekolah menengah lagi..namun sewaktu di sekolah menengah.aku masih tidak mempunyai kesedaran utk mengaplikasikan usrah pada keluargaku..hanya sewaktu ak menjadi nakibah di universiti,barulah kesedaran itu datang..

" Kenapa di universiti aku mampu membuat usrah dengan adik2 junior ku tapi aku tidak laksanakan usrah untuk adik-adik kandungku sendiri di rumah??? Adakah aku sorang je nak masuk syurga? Betul ke aku sayang mereka? Aku perlu buat perubahan. Kerana Allah telah melantikku sebagai duta di dlm kuargaku untuk membimbing mereka. Wlaupun aku seorang perempuan.."

Masih segar diingatanku, sewaktu cuti antara semester tahun lalu..sebelum cuti bermula,aku telah membuat brainstorming utk setiap aktiviti yg akan ak laksanakan di rumah pabila balik kelak.sbg panduan agar ak tidak terleka di rumah.salah satu azam yg kumasukkan ke dalam aktiviti trsebut adalah usrah mingguan bsama adik2ku..biarla aku bermula dr bawah..bersama adik2ku..kerna mereka masih mudah dilentur..

Alhamdulillah, dengan kekuatan yg diberi oleh Allah, perubahan itu telah kulaksanakan.. Walaupun pada mulanya agak kekok pabila adik beradik duduk bersama di dlm bulatan membincangkan permasalahan agama.Namun kini,adik-adikku pula yg menunjukkan semangat untuk terus berusrah..slalu bertanya itu dan ini..selalu bercerita kisah seharian mereka..hubungan yg kurasakan semakin akrab.

Pengorbanan wang ringgit untuk mereload handfon setiap minggu tidak sedikit pun membuatkan aku tergugat.. Adik2ku yg dahagakan ilmu lebih utama..perubahan mereka lebih mengembirakan diriku..walaupun mereka masih belum boleh berdikari untuk mengendalikan usrah sendiri tanpaku, aku akan terus berusaha mendidik mereka..walaupun terpaksa memberi usrah melalui telefon..Aku x boleh tunggu sehingga diriku sempurna untuk memberi..Kerna, jika menanti diri ini sempurna,sampai mati pun kita tidak akan mencapai kesempurnaan itu.

Sewaktu mula2 aku menyertai usrah di sekolah menengahku dulu..aku baru tersedar..
sebenarnya aku pernah mengikuti usrah sebelum itu..yg dibuat oleh ayahku di rumah..namun, ak xtahu pulak itu adalah usrah namanya. mungkin ayah juga tidak tahu pada ketika itu. Cuma ayah selalu mengumpulkan kami 6 org adik beradik untuk memberi peringatan tentang agama. Kini, ayah juga masih selalu melakukan usrah bersama abang2 dan adik-adikku.. dan baru kini dinamakan usrah..Kamil selalu memberi report keadaan di rumah padaku..Alhamdulillah.. Semoga mereka istiqamah mencintaiMu Ya Allah..

Perkongsian pengalamanku kali ini, bukan kerna nama..tapi kerna aku sayangkan saudara seagamaku..ramai antara kita begitu aktif berdakwah kepada org lain tetapi mengabaikan keluarga sendiri..seperti ak yg dulu..jadi,dengan perkongsian pengalaman ini, diharapkan dapat membuka pintu hati pembaca post ini untuk membuat perubahan dan menyelamatkan diri kita dan keluarga dari azab Allah yang sangat sakit dan pedih siksaannya. Jangan bertangguh! kerna kita tidak tahu bila ajal akan menjelma..peringatan buat diriku yg utama.. SMS lah keluarga kita dgn peringatan yg boleh mendekatkan mereka pada agamaNya. Miss Call atu Call lah keluarga kita di waktu qiam dan subuh agar kita dapat bersama mendapat ganjaran syurgaNya..Ucapkanlah kata sayang,terima kasih dan kemaafan kepada mereka.. Mudah-mudahan kelak Allah menjadikan keluarga kita keluarga bahagia sehingga ke Syurga..
Semoga memberi pengajaran buat semua. Maaf atas salah dan silap.. Wasalam.

" Aku sayang Ayah, Abg Izat, Abg Iwan, Adik Helmi, Adik Syukri dan Adik Kamil.. Ampunkan Dosa mereka Ya Allah..Amin.."

Saturday, January 24, 2009

-Rumusan Ringkas Seminar Pengurusan Cinta by SaifulIslam Training & Consultancy-

Bismillahhirrahmanirrahim..

Alhamdulillah,Terima Kasih Ya Allah kerana memberi kesempatan buatku untuk turut serta dalam seminar yang amat memberi kesan yg mendalam dalam diri ini..Seminar yg diberi nama Seminar Pengurusan Cinta. Melibatkan lebih kurang 200 orang pelajar dari UMS Kampus Antarabangsa Labuan..

Masih sy ingat lagi,sewaktu jawatankuasa program rancak membuat promosi sekitar 2 minggu yg lalu di sekitar universiti, ia telah menarik perhatian ramai pihak.Kebanyakannya memberikan respon yg negetif terhadap perkataan "PENGURUSAN CINTA" yg tertera di kain rentang. Kata-kata perli turut banyak sy dengari..tidak kurang juga ada yg tersenyum sinis.Yang paling tidak boleh sy lupakan adalah sewaktu sesi kuliah salah satu subjek yg sy ambil berjalan..

"Lepas ni lebih ramai la budak U kite ni yg bercinta" Kata pensyarah subjek tersebut sambil tersenyum sinis seawal sesi kuliah bermula. Kata2 itu disambut dgn hilai ketawa dari hampir keseluruhan kelas..

kata-kata tersebut benar-benar membuatkan sy terkedu..geram sungguh hati ini.Mana tidaknya..seorang pensyarah yang beragama Islam berkata demikian dihadapan pelajar yg turut terdiri dari pelbagai kaum..bagaimana la tanggapan non-muslim tersebut trhadap agama kita..lantas hati ini seperti berteriak untuk menjawab kata-kata tersebut..

"Kenapa apabila penganjuran program hiburan rock dan band yg dianjurkan saban tahun dengan artis2 tidak berakhlak tidak pula dipertikaikan?..malah diagungkan??Bukankah itu jelas penyumbang terbesar kerosakkan akhlak mahasiswa kini??.." hatiku berteriak ingin menjawab.Namun terhenti..

Sepanjang seminar tadi,hati ini sangat-sangat mengharapkan ramai pensyarah yg hadir agar mereka jelas dengan pengisian seminar tersebut yang nyata lebih jauh menjangkaui apa yg mereka tafsirkan tentang CINTA tersebut..namun malangnya hanya seorang pensyarah yg hadir.Sy doakan walaupun hanya seorang yg hadir,mudah-mudahan pensyarah itu dapat menjadi duta dan berkongsi ilmu yg diperolehi dengan pensyarah2 yang lain.

Apa yang dapat sy rumuskan tentang seminar tadi ingin sy kongsikan bersama..bak kata Ust Hasrizal tadi, Memberi lebih baik dari menerima dan memberi itu lebih menyeronokan.Kini sy sedang gembira memberi perkongsian ilmu di blog ini. Terbuktilah apa yg disampaikn oleh Ust Hasrizal tadi. Disamping memberi sy juga dapat membuat kembali revision seminar td.

Ust Hasrizal memulakan seminar dgn menarik minat kami semua utk mengetahui penjelasan mengenai 4 jenis kumpulan manusia spt berikut:-

Kumpulan pertama : Adalah kumpulan yg mempunyai akhlak yg bagus tetapi mempunyai
performance kerja yg tidak bagus.
Kumpulan Kedua : Adalah kumpulan yg mempunyai performance kerja yg baik tetapi
akhlaknya buruk
Kumpulan ketiga : Adalah kumpulan yg tidak mempunyai akhlak yg baik dan tidak
menunjukkan performance kerja yg baik.
Kumpulan keempat : Adalah kumpulan yg mempunya akhlak dan performance yg bagus.

Persoalannya, kumpulan manakah yg ingin kita duduki?? Sudah tentulah semua diantara kita ingin diklasifikasikan sebagai golongan yg keempat yang mempunyai akhlah dan performance yg bagus..Jadi, kita perlulah berusaha ke arah itu..

Seminar dihangatkan lagi dengan penerangan mengenai konsep MEMBERI LEBIH BAIK DAN MENYERONOKKAN DARI MENERIMA..konsep atau teori yg menjadi bahan bualan kebanyakan sahabat2 peserta yg lain sebaik tamat sesi ketiga tadi..Semuanya dgn tiba2 ingin menjadi insan Pemberi..jelas menunjukkan begitu berkesan kaedah yg digunakan oleh ust hasrizal sewaktu sesi ceramah berlangsung. Benar, praktikalnya telah sy lakukan skrg ini..sy benar2 terasa gembira memberi perkongsian ilmu yg sy perolehi td di blog ini.

Perbincangan yg seterusnya benar2 menarik perhatian sy. Tentang 4 Cara manusia memandang.. Suara ustz hasrizal menyanyikan lagu Pandangan Mata dari kumpulan Hijjaz masih lagi terngiang-ngiang di telinga sy. Merdu suaranya. cam boleh buat album nasyid plak pasni..4 Cara manusia memandang adalah berdasarkan Pandangan Mata, Pandangan Akal, Pandangan Nafsu dan Pandangan Hati.

Contoh yg diberikan juga amat jelas untuk difahami. Contoh 3 pekerja yg sedang menyapu simen di dinding rumah. Pabila seorang lelaki bertanya kpd ketiga pekerja ini tentang apa yg sedang dilakukan dgn niat ingin bermesra. Pekerja 1 menjawab dgn nada marah. Pekerja 2 pula menjawab dgn girang dan memberi alasan kegirangannya adalah kerana ketika menyapu simen dia terbayangkan bayaran yg akan diterimanya kelak. Pekerja ketiga pula pabila ditanya turut menjawab dengan nada gembira namun memberi alasan kegirangannya adalah disebabkan sewaktu dia bekerja dia terbayangkan ragam yang pelbagai penghuni yg bakal menduduki rumah tersebur di setiap sudut rumah.Kegembiraan dan kebahagiaan penghuni yg menjadiknnya gembira kerana kebahagiaan itu adalah sebahagian berpunca dari rumah hasil kerjanya..

Begitulah juga pandangan mata, jika kita melihat dengan pandangan hati yg bersih seperti pekerja 3 tadi ,sudah pasti kita akan gembira. Ini ditambah dengan kegembiraan kita selaku insan pemberi.Wajar diaplikasikan dlm kehidupan kita seharian.

Peta perjalanan manusia yg dibentangkan juga jelas mengembalikan sy kepada hakikat kejadian manusia . Bermula dari Alam Roh ke Alam Rahim ke Alam Dunia ke Alam Barzakh dan ke Alam Mahsyar. Walaupun kerap kali membaca putaran ini sebelum ini, namun kesedaran amat kurang. Persoalan yg Ust hasrizal timbulkan adalah, adakah kita benar2 yakin dengan kesemua alam ini..?? Jika ya! mengapa masih ramai antara kita yg masih tidak melakukan suruhanNya?

Alam Roh adalah alam yg kita sangat dekat dengan Allah. Untuk sampai ke Alam Dunia kita akan menempuhi Alam Rahim. Pernahkah anda merasa gelisah sepanjang di dunia? Itu tndanya, kita sedang jauh dari asal kejadian kita. Sudah pasti pabila kita beribadah, ia akan memberi ketenangan kembali dalam diri kita. Kerana apa? Kerana kita telah kembali ke nature atau azali manusia.Begitu juga jika kita merantau jauh ke tempat org, pasti kerinduan untuk pulang ke tempat asal akan terasa. Dan apabila kita pulang ke tempat asal, kita kembali ceria. Kerna itulah asal kita. Begitu juga kita selaku manusia. perlu selalu kembali kepada pencipta dgn beribadah kepadaNya.

Cinta akan membuatkan manusia menjadi hamba cinta..Jika kita cinta kepada kereta sport kite, kelak kita akan menjadi hamba kereta..Jika kita cinta kepada wanita,maka kelak akan menjadi hamba betina..Dan yang sepatutnya, kita perlu Cinta pada pencipta kita iaitu Allah yg esa, dan kelak kita bisa dipanggil Hamba Allah.Perasaan Cinta pada Allah akan lahir pabila kita mempunyai rasa kita perlukan Allah.Jika persaan kita perlukan Allah itu ada, maka kita akan mengikut perintahNya.

Antara CINTA vs KETAATAN dan CINTA vs PERHATIAN ?

Kenapa ramai remaja kini yg bercinta? Kupasan idea yg diberikan oleh Ustz Hasrizal adalah berpunca dari kurang kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa yg membuatkan remaja mencari cinta manusia yg lain. Bagi yg berhajat untuk bercinta, fikirkan tentang ibu bapa.. Adakah kita sanggup menjadikan cinta antara lelaki dan perempuan yg bukan muhrim itu sebagai balasan kepada jasa ibu bapa kita yg selama ini yg penat mengasuh dan membesarkan kita?

CINTA vs NAFSU?

Berkahwin awal untuk mengelakkan zina? walaupun tidak mempunyai kedudukan kewangan yg cukup, tiada pekerjaan dan sebagainya. Sebelum ini sy menerima statement ini malah turut menyokong. Namun, kupasan idea yg dibentangkan oleh Ust hasrizal jauh telah merubah persepsi sy terhadap kenyataan itu..Sebenarnya, Untuk mengelakkan diri dari melakukan zina jauh lebih ringan bebanannya dari tanggungjawab yg perlu dipikul selepas perkahwinan..dan sedarkah kita, ini menunjukkan BERTAPA RENDAHNYA IMAN DAN JATIDIRI KITA SELAKU UMAT ISLAM kerana tidak dapat mengawal diri dari melakukan zina??

Cadangan yang baik turut diberikan bagi mengelakkan diri dari melakukan zina..Sentiasa sibukkan diri dengan perkara bermanfaat..bagi pelajar, kita sibukkan diri dgn belajar dan aktiviti bermanfaat.

Bagi persediaan menempuh alam rumah tangga pula, persediaan bukan sahaja perlu dibuat dari segi rohani, namun persediaan dari segi syariat, sains dan softskill juga perlu di penuhkan dalam diri..Berkahwinlah untuk memberi..kelak kita kan bahagia..

Pilihan yg halal lebih banyak dari pilihan yg haram..begitulah kata2 yg masih sy ingati dan pasti menjadi panduan hidup ini..Terima Kasih Ustaz atas segala ilmu yg diberi.Semoga Allah memberikan ganjaran pahala buat Ustaz sekeluarga..

Maka, Jelaslah seminar ini bukanlah seminar yang boleh membawa kepada ramai yg akan bercinta, tapi akan menghentikan mahasiswa dari terjebak dgn penyakit cinta..Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua..Maaf atas salah dan silap..Wasalam.






-Bila Hukum telah diketahui,Maka wajib dilaksanakan..-

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..

Sewaktu melayari internet,hati terdetik untuk menaip 'soal jawab agama' di google search..Pelbagai website yg disenaraikn..sy buka satu persatu.Dan website http://www.darulnuman.com/ menarik perhatian sy dgn pelbagai soalan yg diajukan dan jawapan2 yg ringkas tapi padat oleh pengendali soal jawab tersebut yg sy yakini benar kesahihannya.Tambahan pula di sertakan sumber rujukan bagi setiap jawapan.namun,antara ratusan soalan,soalan2 dan jawapan2 dibawah benar-benar menarik perhatian sy dan ingin sy kongsikn bersama..Bukan atas dasar untuk menyebelahi mana2 pihak..namun atas dasar sayangkan saudara seagama..mudah-mudahan kelak pabila disoal kepadaku dihadapan Allah aku punya jawapan..smg menjadi panduan buat semua..

SOAL JAWAB AGAMA

Antara Agama dan Politik
Soalan: Apakah hukumnya orang yang mengatakan Agama Dan Politik tidak boleh dicampuradukan? Pedang, Sg Petani
Jawapan: Pada dasarnya Deinul Islam (agama Islam) mencakup segala aspek kehidupan bermula dari diri sendiri hingga persoalan masyarakat dan negara. Negara yang dituntut adalah negara yang berdasarkan ketentuan Allah iaitu menegakkan kebenaran dan keadilan. Sedangkan istilah politik dalam masyarakat moden tak lebih hanya suatu ideologi yang dibuat oleh manusia.
Menyertai Parti Berdasar Islam
Soalan: Apakah HUKUM nya kita menyertai Politik yang berdasarkan ISLAM? Pedang, Sg Petani Jawapan: Oleh kerana dunia moden telah membentuk sistem demokrasi dalam sesebuah negara dan umat Islam wajib pula menyertainya demi menegakkan keadilan maka wajiblah bagi kita menyertai perkumpulan/jemaah/ parti yang berdasarkan Islam demi tegaknya kebenaran.
Hukum Memperjuangkan Hukum Allah

Soalan: Adakah setiap individu itu wajib untuk memperjuangkan hukum-hukum Allah agar ia dilaksanakan di dalam negaranya?
Azhar, Johor Bahru
Jawapan: Setiap individu wajib memperjuangkan dan menegakkan hukum Allah SWT. Sebab hukum yang ditetapkan Allah dalam Al Quran itu adalah untuk seluruh alam. Maka perkara amat tercela jika mengatakan Al Quran dan segala ketentuannya tidak sesuai dengan masyarakat majmuk. Mengenai proses pelaksanaannya di dalam masyarakat yang berbilang kaum ini ada ketentuan yang digariskan oleh Rasulullah SAW. Jadi janganlah umat Islam menafikan hukum-hukum yang telah ditetapkan Allah SWT di dalam Al-Quran. Sebagai masyarakat awam seandainya kita tidak mampu untuk melaksanakannya adalah lebih baik berdoa dan menyerahkannya kepada Allah agar hukum Islam dapat diterapkan pada masa yang ditentukan-Nya.
Firman Allah SWT dalam Al Quran maksudnya: "Bagaimana pendapatmu mengenai orang-orang yang mempunyai sangkaan dirinya beriman kepada (wahyu) yang telah diturunkan kepadamu dan (wahyu) yang telah diturunkan kepada Rasul-rasul sebelummu, tetapi ternyata mereka tetap menginginkan mengikut keputusan hukum dari taghut. Padahal mereka diperintahkan untuk mengingkari hukum-hukum taghut tersebut. Akan tetapi syaitan berkeinginan menyesatkan mereka pada kesesatan yang jauh". (An Nisaa' 60) Menjadikan selain hukum-hukum Allah sebagai pegangan hidup bererti memilih taghut sebagai pemimpin, kerana taghut itu bererti sesat, syaitan dan menyembah selain Allah. Berusahalah menuju kepada kebenaran yang telah ditetapkan oleh Allah, agar kehidupan kita memperoleh berkah dan rahmat. Jika negara tidak dapat menegakkan hukum Allah secara seratus peratus, bermulalah dari diri sendiri dan keluarga agar kehidupan kita selamat daripada murka Allah di dunia dan di akhirat nanti. Wallahu A'lam.

Hudud
Soalan: Apakah hukumnya saya mengatakan bahawa hukum hudud tidak sesuai dengan masyarakat majmuk? Mohd. Awaluddin, Kuantan
Jawapan: Hukum mengatakan hukum hudud tidak sesuai dengan masyarakat majmuk adalah haram. Sebab hukum yang ditetapkan Allah dalam Al Quran itu adalah untuk seluruh alam. Maka perkara amat tercela jika mengatakan Al Quran dan segala ketentuannya tidak sesuai dengan masyarakat majmuk. Jika perkara ini dikeluarkan dari mulut Islam maka segeralah bertaubat, agar tidak sentiasa dalam kesesatan. Mengenai proses pelaksanaannya di dalam masyarakat yang berbilang kaum ini ada ketentuan yang digariskan oleh Rasulullah SAW. Jadi janganlah umat Islam menafikan hukum-hukum yang telah ditetapkan Allah SWT di dalam Al-Quran. Sebagai masyarakat awam seandainya kita tidak mampu untuk melaksanakannya adalah lebih baik diam dan menyerahkannya kepada Allah agar hukum Islam dapat diterapkan pada masa yang ditentukan-Nya. Itu lebih selamat bagi kita. Firman Allah SWT dalam Al Quran maksudnya: "Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan mengingkari taghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka dengan penyesatan yang sejauh-jauhnya". (An Nisaa' 60)

Semoga kita semua kan bersatu demi menegakkan AgamaNya..Wasalam..

"dan Dia menurunkan Al Furqaan. Sesungguhnya orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Allah akan memperoleh siksa yang berat; dan Allah Maha Perkasa lagi mempunyai balasan (siksa)." ( Ali' Imran :4 )

Thursday, January 22, 2009

-Warkah Buat Ibu-


Ibu tersayang..
Sudah sekian lama kupendam rasa yg tersimpan dihati..
Tentang kerinduanku yang semakin memuncak,hari demi hari..
kurindukan belaianmu ibu..
kurindukan dakapan erat darimu ibu..
kurindukan tempat mengadu bu..
Kurindukan kata-kata lembut dari bibir halusmu..
yang dulu sering menjadi penawar kesedihanku..

Ibu tersayang..
Tatkala insan lain bercerita tentang ibu mereka..aku cemburu bu..
Tatkala insan lain berbual mesra bersama ibu mereka..aku cemburu bu..
Tatkala insan lain bersalaman dan mencium tgn ibu mereka..aku cemburu bu..
Tatkala pipi insan lain dicium penuh kasih sayang oleh ibu mereka..aku cemburu bu..
Kenapa aku cemburu dgn mereka bu..?

Ibu tersayang..
aku teringin berbual denganmu..
aku teringin menanyakan kabarmu..
aku teringin melafazkan kata sayang padamu..
aku teringin bercerita tentang kisah hidupku padamu..
aku teringin merasakan suapan makanan dari jari penyayangmu..
aku teringin berkongsi cerita tentang keperitanmu melahirkanku bu..
aku teringin mengungkapkan kata terima kasih padamu bu..

Ibu tersayang..
Bagaimanakah keadaan ibu disana bu..?
ibu telah kukafani dengan kain kafan yg bagus..
masihkah ibu memakai kain kafan itu?
dan kata org yg soleh,kain kafan org yg meninggal ada yg diganti dgn kain kafan syurga dan ada pula dari neraka,kain kafan dari manakah yg ibu pakai sekarang bu..?

Ibu tersayang..
orang-orang alim mengatakan bhw semua hamba esok ditanya tentang imannya..
Diantara mereka menjawab,tetapi ada juga yang cuma membisu..
yng kufikirkan,apakah ibu boleh menjawab atau hanya membisu?

Ibu tersayang..
dikatakan kubur itu boleh menjadi luas atau sempit..
bagaimanakah kubur ibu sekarang..?bertambah luas atau bertambah sempit..?
dan kubur itu katanya merupakan sebahagian dari taman syurga..
tetapi boleh juga menjadi taman neraka..
yang kufikirkan,bagaimanakah kubur ibu sekarang?Taman syurga atau lubang neraka?

Ibu tersayang..
katanya bhw lubang kubur boleh menghangati mayat dgn memeluknya seperti pelukan ibu trhadap anaknya..
tetapi boleh juga merupakan lilitan erat yang menghancurkan tulang-tulang..
bagaimanakah keadaan tubuh ibu sekarang?

Ibu tersayang..
orang soleh mengatakan,org dikebumikan itu ada yang menyesal mengapa dahulu semasa di dunia hidupnya tidak memperbanyakkan amalan baik,dan melakukan maksiat..
Adakah ibu termasuk org yg menyesal kerana sedikit melakukan amalan didunia?

Ibu tersayang..
dulu setiap kali aku memanggilmu ibu selalu menjawab..
tetapi kini ibu kupanggil-panggil tidak lagi mahu menjawab..
Kini,ibu telah berpisah denganku,dan tidak akan berjumpa hingga hari kiamat.
Semoga Allah tidak menghalang perjumpaanku denganmu ibu..

Ibu tersayang..
setiap persoalan itu kuiringi dengan doaku buatmu..
kudoakan..kain kafan yg ibu pakai sekarang..kain kafan yg diganti dgn kain kafan syurga..
kudoakan..ibu boleh menjawab apa sahaja yg disoal oleh malaikatNya..
kudoakan..kubur ibu luas-seluasnya..dan merupakan sebahagian taman syurga..
kudoakan..kubur ibu memelukmu seperti pelukan ibu kepada anaknya..
kudoakan..ibu tidak termasuk golongan yg menyesal krn tidak beramal didunia..

Ibu tersayang..
bersemadilah ibu dengan aman disana..
Jangan dirisaukan anak-anakmu didunia ini..
Kerna berkat didikan ibu dan ayah..
Anak-anakmu kini menjadi permata yg sentiasa mendoakanmu dan menjadi A'bid Penciptamu..
Terima Kasih ibu..
Kerna melahirkan dan mendidikku..
Ibu tetap diingatan dan doaku..Selamanya..
Terimalah hadiah istimewa dariku buatmu..
Doa dan ibadahku..
yang kesemua pahala walau sebesar zarah kuhadiahkan buatmu ibu..
Ya Allah..
Ampunilah dosa ibuku..
Tempatkan ibuku bersama org-org beriman..
Jauhkan ibuku dari siksa kubur dan azab api nerakamu..
Kasihanilah ibuku..
Pertemukanlah kami kelak pabila tiba masanya..
Wasalam..


Nukilan anakmu buat Ibu tersayang..
Almarhumah Latiffah Binti Yusof..
Al-Fatihah...

Wednesday, January 21, 2009

-Buat Dirimu yg bergelar Muslimah-


Bulu kening

Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening."Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

Kaki (tumit kaki)

"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan."An-Nur: 31.Keterangan:Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

Wangian

"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina."Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

Dada

"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31

Gigi

"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya."Riwayat At-Thabrani,"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah".Riwayat Bukhari dan Muslim

Muka dan Tangan

"Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

Tangan

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya".Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

Mata

"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya."An Nur : 31.Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan."Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

Mulut (suara)

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."Al Ahzab: 32.Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi."Riwayat Ibn Majah.

Kemaluan

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "An Nur : 31."Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar.

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah."Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

Pakaian

"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti."Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah."Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang."Al Ahzab : 59.

Rambut

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."Riwayat Bukhari dan Muslim.

Tuesday, January 20, 2009

-KELAKARNYER-


Post kali ini lain dari yang sebelum ini..slpas penat study,mungkin post ini boleh membantu menghiburkan hati anda..Selamat tersenyum sendirian :)

Lawak orang asli
Pada suatu hari sepasukan Polis membuat Road Block bagi memeriksa penunggang motorsikal yang tidak memiliki lesen memandu. Tiba-tiba mereka ternampak sekeluarga Orang Asli menaiki motorsikal. Mereka naik bertiga dan tidak memakai topi keledar. Maka polis tersebut ingin menahan orang asli ini. Akan tetapi orang asli tu tidak berhenti malah memecut motorsikalnya dengan laju. Polis tadi pun terkejut dan mereka hanya membiarkan sahaja orang asli tersebut dengan beranggapan bahawa orang asli mungkin tak faham undang-undang. Selepas kira-kira tujuh minit berlalu, orang asli tadi datang semula dengan motorsikalnya tetapi kali ini hanya seorang sahaja. di hadapan polis, orang asli itu berkata dengan bersahaja. katanya "...maaflah encik tadi saya tak berhenti pasal dah penuh, sekarang ni dah kosong boleh lah tumpang.."

BANYAK SANGAT
Tiga orang perompak berjaya merompak sebuah bank di ibu kota.. Apabila sampai di tempat persembunyian... mereka bercadang hendak membahagi-bahagikan wang yang telah dicuri tadi.. "Mari kita bahagikan wang ini secepat mungkin dan terus lari keluar negara..!" kata bos Tiba2 mereka jadi pening kerana terlalu banyak wang yang ada diatas meja itu dan tidak larat hendak mengira kesemua sekali... Tiba-tiba salah seorang dari mereka berkata.."Apa susah2.. malam ni kita tidur aje.. esok pagi kita tengok dalam akhbar.. berapa jumlah wang ini"

CERITA 1
Seorang lelaki bekerja di tingkat 13 menara KLCC. Tetibaseseorang menjerit.."Omar! Isteri engkau telefon ada kecemasan..!"Kerana panik, dia terus terjun keluar tingkap dari tingkat 13.Sampai kat tingkat 9, dia teringat yg dia tiada isteri.Sampai kat tingkat 5, dia tersedar dia bujang.Dan ketika dia hampir menyentuh tanah....dia sedar namanya bukanlah Omar!


CERITA 2
Ade satu mak cik ni ,die kerje sebagai tukang sapu kat sebuah bangunan. hari2 die kerja kat tingkat 20. hari2 juga dia akan naik lif sampai tingkat 10 dan menaiki tangga utk ke tingkat seterusnye.
Seorang despacth yang telah lama memerhatikan sikap mak cik itu dan berase hairan. dgn berani dan hairannye ,dia bertanye kpd mak cik tersebut "kenape mak cik naik lif sampai tingkat 10 lepas tu naik tangga sampai tingkat 20?
Dgn marahnyer makcik tersebut berkate "kau tengok tinggi aku". rupenye makcik tu hanye sampai utk menekan butang 10 dlm lif itu...


CERITA 3
Pada suatu tengah malam,seorang pemuda sedang berjalan merentasi suatu kwsn perkuburan.Tetiba dia terdengar bunyi "tap,tap,tap...".Dia tak ambil kisah.Tetapi semakin dia berjalan, bunyi itu semakin kuat "Tap,Tap,Tap"."Tapak kaki siapa itu?"fikirnya. Diucapkannya beberapa ayat sambil berjalan semakin pantas. Tetapi bunyi tapakan semakin menghampirinya mbuatkn dia semakin panik, "TAP,TAP,TAP".Tak lama kemudian, dia berjumpa dgn seorang lelaki yg kelihatan sedih dan terduduk pada sebuah batu nisan sambil memukul-mukul batu nisan trsebut dengan seketul batu.
"Oh,kamu rupanya yg buat bunyi itu, menakutkan aku je...".Lelaki yg sedang mumukul batu nisan itu menjawab, "Oh,minta maaf,aku tak sangka awak berada di sini pd waktu sebegini." Lelaki yg telah reda ketakutannya lalu bertanya dgn hairan,
"Tapi Encik,apa tujuan kamu memukul-mukul batu nisan itu pd tgh malam begini?"
Lalu dijawabnya, "Aku sedih laaa.... Mereka tersilap eja nama aku atas batu ni....."JENG..JENG..JENG...


"Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah,namun pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah.." Selamat Berhibur! :)

Monday, January 19, 2009

"Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah orang Islam"(Anak Yahudi!)

Post yg sy ambil dr blog ustaz hasrizal...

“Kau dah siap ke? Jom la ke kelas”Saya memanggil Munawwar untuk keluar bersama ke kelas. Sebaik sahajakami mahu melangkah keluar, pandangan kami terlekat ke kaca televisyen.Pagi itu, Televisyen Israel (Yahudi) Channel 1 menyiarkan rancangan TVPendidikan. Saya menonton suatu rancangan yang dirakam di sebuahnursery. Guru yang mengajar anak muridnya menyanyi dengan diiringisebuah piano, menyanyikan lagu berikut:


"Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah orang Islam…"

Ya, itulah yang saya baca pada subtitle rancangan tersebut. Kanak-kanaksemuda 3 dan 4 tahun, diajar menyanyikan lagu tersebut dengan penuh keceriaan dan kegembiraan.




Demi Allah, suara cikgu dan kanak-kanak itu masih segar di dalamingatan saya, dan jika saya pandai melukis, saya masih mampu melakarkandi mana cikgu dan piano itu berada, dan bagaimana kanak-kanak itu mendendangkan nasyid mereka. Walaupun sudah tepat 10 tahun peristiwaitu berlaku (1996).Sesungguhnya gambar-gambar di atas adalah ’surat cinta’ kanak-kanak Yahudi yang menjalani proses pembelajaran yang sama. Mereka melakar 'mesej cinta’ itu pada peluru dan bom yang bakal dihantar kepada penpalmereka di seberang sempadan. Dari balik tembok, anak-anak Yahudi inimengucapkan ’salam’ kepada rakan Palestin dan Lebanon mereka, moga dipanjangkan usia, bukan di dunia, tapi di alam kematian yang hitam.

Para ulama yang menyokong tindakan suicide bomber kebanyakannya membezakan di antara situasi Palestin dengan situasi bukan Palestin.Adalah tidak harus sama sekali pendekatan suicide bombing dilakukan dikawasan awam seperti di kota New York, London atau Istanbul.

Tetapi Palestin berbeza. Ia adalah medan perang dan di tengah-tengah medan perang tidak ada orang awam. Sama ada kamu sebahagian tentera Islam, atau tentera musuh. Maka jika Yahudi di Palestin tidak mahu diri mereka, kaum perempuan mereka, atau anak-anak mereka terbunuh, mereka mesti keluar dari medan perang. Bagi umat Islam di Palestin, sama ada mereka mati diletupkan dari jauh, atau lebih baik mereka mati meletupkan diri untuk meletupkan musuh. Itu sifirnya. Mungkin kitasetuju atau mungkin tidak. Tetapi kita sukar untuk berkata banyak kerana mereka di Palestin itulah sebenarnya yang menderita dan tahu pahit getirnya hidup di medan tempur.


Mungkin sukar untuk dibayangkan hakikat kanak-kanak Yahudi sebagai sebahagian tentera mereka. Tetapi saya tidak lupa kepada program televisyen yang saya tonton, bahawa setiap anak Yahudi memang dididik seawal usia buaian untuk membesar menjadi Yahudi sejati. Sama ada kamu mahu menjadi doktor, jurutera, arkitek atau ‘ustaz Rabai’, kamu adalah tentera Yahudi yang wajib mempertahankan bumi ‘Israel’ dari anjing Arabdan Islam!Itulah semangat yang disuntik ke jiwa setiap Yahudi di bumi Palestin.

Anak kita bagaimana?

Menjawab soalan ini, saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti” (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah), al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.


Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung “pemimpin”tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.
Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?
Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.
Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “seorang patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.


Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.
Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh. Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Aqidah mereka yang mengelirukan, paderi mereka yang kuat makan duit, kebencian mereka terhadap orang-orang yang beriman dan sebagainya, semua keterangan teori al-Quran itu menepati realiti kaum Nasrani hari ini. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Kristian sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.
Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.
Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?


Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.
Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?
Berat untuk lidah kita mengungkapkannya, namun al-Nadawi turut sampai kepada kesimpulan yang sama. Umat Islam hari ini tidak seperti umat Islam yang digambarkan al-Quran. Kita ramai tetapi kita hanya sebuah ilusi, dan ilusi sentiasa dikalahkan oleh realiti!
Muslim ilusi berdepan dengan Kristian realiti.
Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.
Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.
Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.
Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.


Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.
Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya hanya disebabkan oleh kuatnya dendam kesumat kita terhadap sesiapa sahaja yang tidak mengiyakan apa yang YA di sisi kita, dan menidakkan apa yang TIDAK di sisi kita. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Kita cekap mencari kelemahan orang lain, dan kita begitu berselera menjadikannya sebagai hidang ‘kari daging busuk’ santapan harian.
Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.
Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa. Bukankah Allah telah menjelaskan di dalam al-Quran:
“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” [Al-Israa' 17: 7]
Ya, janji Allah itu benar. Kesudahan isu Palestin adalah kemenangan yang akan berpihak kepada umat Islam. Namun kemenangan itu adalah kemenangan bersyarat. Allah mensyaratkan bahawa gerombolan kemenangan kita yang bakal masuk ke bumi Palestin mestilah sebagaimana kumpulan umat Islam masuk buat pertama kalinya dulu. Renunglah ciri-ciri Rasulullah SAW dan sahabat. Renunglah ciri-ciri Umar dan tenteranya semasa masuk ke bumi Palestin dan ingatlah, selagi kita tidak masuk dengan cara kemasukan yang pertama, perjuangan kita hanya ilusi. Ilusi yang dengan mudah dapat dimusnahkan oleh sebuah realiti.


Ajarlah anak-anak kita siapa musuh mereka. Besarkanlah mereka agar menjadi mukmin sejati. Bersiap sedialah untuk menghantar anak-anak kita ke masa depan mereka yang jauh lebih mencabar. Ramai ibu bapa yang sudah berjaya menukar fitrah kanak-kanak itu sehingga mereka membesar sebagai Yahudi, Nasrani dan Majusi yang sejati. Sudahkah kita membesarkan anak-anak kita menjadi Mukmin yang realiti?
Keluarlah dari ilusi, dan jadilah Mukmin sejati. Kamu sedang disembelih oleh sebuah realiti.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com56000 Cheras, 14 Ogos 2006

Post Source: www.saifulislam.com

Sunday, January 18, 2009

-PENERANGAN HUKUM2 JENAYAH DLM ISLAM-

**Assalamualaikum..mungkin ramai di antara kita yg beragama Islam sendiri masih tidak tahu hukum2 jenayah Islam dan kaedah perlaksanannya..Mari sama2 kita pelajari dan fahami..mudah-mudahan kelak pabila org berbicara tentang hukum2 jenayah Islam,kita akan punya jawapan dan tidak akan ditipu dan diperdayakan dgn mudah oleh manusia yang enggan melaksanakan hukum Allah ini..semoga brmanfaat buat semua..**

HUKUM JENAYAH ISLAM (Hukum yg ditetapkan oleh Allah)

1. Pengertian Jenayah.
Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT. atau meninggalkan sesuatu
perkara yang disuruh olehNya.
2. Falsafah Jenayah.
Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara
bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah.

HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM

Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada ;
(a) Hukum Hudud(b) Hukum Qisas(c)
Hukum Ta’zir

A. HUKUM HUDUD

1. Pengertian Hudud;
(a) Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh.
(b) Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.
Maksudnya;
“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”
2. Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya
(a) Zina;
Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.Hukuman : Bagi
penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah
berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
(b) Qazaf (menuduh zina);
Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.Hukuman : sebat 80 kali
(c) Minum arak;
Meminum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal.Hukuman :
sebat 40 kali
(d) Mencuri;
Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi. Hukuman : potong tangan
(e) Merompak; Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan
dan ancaman.
Hukuman :
sekiranya membunuh hendaklah dibunuhsekiranya hanya merompak sahaja hendaklah
dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya
kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.sekiranya hanya menganggu
ketenteraman awam hendaklah dipenjara
(f) Riddah (murtad);
Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan
perkataan.Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )
# Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa
sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @ wang.

B.
HUKUM QISAS

1. Pengertian qisas;
(a) Dan segi bahasa qisas bermaksud memotong.
(b) Dan segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas A1-Quran dan Hadis-hadis Nabi saw. kerana kesalahan­-kesalahan yang melibatkan hak individu.

2. Jenis jenayah qisas;
Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan
mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga.

3. Hukuman terhadap kesalahan qisas;
Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama
sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum
bunuh.
Maksudnya;
“Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya” (Surah al-Maidah ayat 45)

Diat
Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.

Kadar Diat Kadar diat adalah dikira mengikut bilangan unta iaitu harta yang paling bernilai ketika itu.Kadar penuh diat ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulama' berpendapat boleh mengantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Di antaranya ialah;
a) wang emas = 1000 dinar
b) wang perak = 10,000 - 12,000 dirham
c) lembu = 200 ekor
d) kambing = 2000 ekor
e) Persalinan = 200 persalinan lengkap
a. Diat jenayah membunuh.
1. Pembunuhan sengaja - 100 ekor unta secara terus (tanpa tangguh) yang terdiri drp ;
a) 30 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
b) 30 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
c) 40 ekor Hulqah
# Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qishas @ diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qishas bunuh dikenakan.
2. Pembunuhan separuh sengaja - 100 ekor unta spt di atas tetapi bayaran boleh ditangguhkan sehingga 3 tahun.
3. Pembunuhan tidak sengaja - 100 ekor unta dan ditangguhkan sehingga 3 tahun yang terdiri drp ;
a) 20 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
b) 20 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
c) 20 ekor Bintu Labun (unta betina berumur 3 tahun)
d) 20 ekor Ibnu Labun (unta berumur 3 tahun)
e) 20 ekor Bintu Mukhad (unta betina berumur 2 tahun)
# Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan Pembunuhan Tidak Sengaja adalah Diat sahaja. Qishas tidak dikenakan.
* Diat perempuan 1/2 drp diat lelaki
* Diat hamba 1/2 drp diat merdeka
# Pembunuhan Sengaja ialah membunuh dengan niat.# Pembunuhan Separuh Sengaja ialah spt seorang memukul orang dengan tongkat @ melempar dengan batu kelikir, tanpa disangka-sangka terus mati orang tersebut. (tanpa niat membunuhnya)# Pembunuhan Tidak Sengaja ialah spt seorang yang tertembak rakannya yang disangkanya binatang buruan.# Bagi jenayah membunuh, pembunuh hanya boleh diampunkan oleh warisnya sahaja. Pemerintah tidak ada kuasa dlm pengampunan.

b. Diat jenayah mencederakan anggota
1. 100 ekor unta untuk anggota tunggal spt terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh
seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.
2. 50 ekor unta untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka diatnya 100
unta. Ia melibatkan salah satu drp kaki atau tangan, mata dan telinga.
3. 33 ekor unta untuk luka al-Ja'ifah (luka hingga ke dlm bhg otak)
4. 33 ekor unta untuk luka Al-Ma'muumah ( luka yang sampai ke selaput kepala)
5. 25 ekor unta untuk anggota yang 4 bahagian (pasang) spt kelopak mata. Setiap satu kelopak
mewakili 25 unta.
6. 10 ekor unta untuk luka Al-Hasyimah (luka yang memecah @ mematahkan tulang)
7. 15 ekor unta untuk luka Al-Munqilah (luka yang sampai ke tulang dan mematahkannya sehingga
tergeser dari tempatnya).
8. 10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian spt jari tangan dan jari kiri. Setiap satu jari
jika patah mewakili 10 ekor unta.9. 5 ekor unta untuk luka Mudhihah @ Muwadhdhohah (luka
yang menampakkan tulang)

C.
HUKUM TA’ZIR

1. Pengertian ta’zir.
(a) Dan segi bahasa ta’zir bererti menolak atau menghalang.
(b) Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
2. Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni ta’zir;
(a) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman
hudud atau qisas.
(b) Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.
(c) Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat,
menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.

3. Hukuman bagi kesalahan ta’zir.
(a) Nasihat;
Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi
lagi pada masa akan datang.
(b) Teguran;
Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau
melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha
untuk memperbaiki dirinya.
(c) Ancaman;
Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut
dikenakan hukuman.
(d) Pemulauan;
Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya ia
berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain
dalam masyarakat.
(e) Perisytiharan umum;
Membuat pengisytiharan kepada umum terhadapkesalahan penjenayah. Dengannya
penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat.
(f) Denda dan merampas harta;
Iaitu hukuman ta ‘zir dengan denda berbentuk kewangan dan merampas harta yang dimiliki
oieh penjenayah.
(g) Penjara;
Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut pertimbangan realiti smasa.
(h) Sebat;
Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu
mengikut reaiiti semasa
(i) Bunuh;
Hukuman bunuh bagi kesalahan ta’zir dibenarkan oleh syarak bagi menjaga kemaslahatan
umum masyarakat.
(j) Buang daerah;
Hukuman ini dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahan dan
tersisih akibat dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handai.


Matlamat Hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir
(a) untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia berlaku.
(b) untuk memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat dilihat daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang seseorang daripada melakukan jenayah.
(c) untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.

Peranan undang-undang jenayah Islam mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat

(a) Undang-undang jenayah Islam menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama. Misalnya orang yang membunuh dihukum bunuh balas. Ini menyebabkan warisnya berpuas hati dan hilang perasaan dendam.
(b) Hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang ramai takut dan gerun untuk mengulangi jenayah. Akhirnya kehidupan masyarakat aman dan sejahtera.
(c) Hukuman jenayah Islam men­gandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah dan orang ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukannya. Dengan ini jenayah akan berkurangan dalam masyarakat.

Saturday, January 17, 2009

-KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU-

Keputusan Rasmi Jumlah keseluruhan pengundi: 80, 299
Pengundi biasa: 79,194
Pengundi pos: 1,035
Peratusan Keluar Mengundi: 79.9 %
Jumlah Keluar Mengundi: 63,993.

Mohd Abdul Wahid Endut (Pakatan Rakyat) : 32,883.
Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (Barisan Nasional) : 30,252.
Azharudin Mamat @ Adam (Bebas) : 193
Undi Rosak : 665




Pemenang: Mohd Abdul Wahid Endut (Pakatan Rakyat) Majoriti : 2,631

KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Hrkh) - PAS telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu melalui calonnya, Abdul Wahid Endut, 51 dalam pilihan raya kecil yang diadakan hari ini. Kemenangan Abdul Wahid dalam persaingan sengit itu menyaksikan Adun Wakaf Mempelam itu mengalahkan BN yang diwakili oleh calon Umno, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon bebas Azharuddin Mamat, seorang ahli perniagaan.

Ini bermakna jumlah ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertambah menjadi 83 kerusi, sementara jumlah ahli Parlimen BN merosot kepada 137 orang apabila dua ahli Parlimen SAPP turut meninggalkan BN baru-baru ini. PAS mendapat 32,883 undi manakala BN 30,252, sementara undi calon Bebas adalah 193 undi, di mana PAS mendapat kelebihan majoriti 2,631 undi. Perkara itu diumumkan oleh Pengurus Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) Negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu sebentar tadi.

Pengumuman kemenangan itu disambut gembira dengan laungan takbir dan sorakan oleh ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang berada di pekarangan stadiaum terbabit. Abdul Wahid, 51 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun selama lima penggal dan anngota Exco Kerajaan Negeri Terengganu sepanjang tempoh 1999-2004. Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana 3 daripadanya dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangni BN (MCA) DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS ialah Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), Ladang (Tengku Hassan Tnegku Omar), dan Batu Burok (Dr Syed Azman Ahmad Nawawi.

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Allahyarham Dato' Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu. Pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac 2008 lalu Razali menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos.

Friday, January 16, 2009

"KISAH YANG MUNGKIN NYATA"


Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata. Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu.
Sebelum sempat bertanya..... siapa dia... tiba2 aku merasa dada ku sesak... sukar untuk bernafas....namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku...... terus berjalan..... kekerongkongku.... sakittttttttt........ sakit......rasanya. Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,.... Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku.....
Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku...kkhh......... khhhh..... kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit..... Seolah tak mampu aku menahan benda tadi...Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras....mataku terbelalak..... air mataku seolah tak berhenti.Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan. Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku heran... isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa dia???????...Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis...mereka menjerit... histeria .... terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa dia.............???????? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia........ dia....... dia mirip dengan aku.... ada apa ini Tuhan...????????
Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu..... Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak..... tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku... Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati... aku telah mati. Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis.... berteriak......Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku. Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis....... masaku telah terlewat........ aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll. Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum sholat. Oh Tuhan,

JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca tulisan ini sungguh aku amat sangat bahagia. Karena aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

Thursday, January 15, 2009

-Kita makan RACUN hari2 ??-

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..

Waktu balik dr kelas td, check email dan ada 1 email yg difwd dr seorang sahabat yg betul2 menarik perhatianku..perkongsian ilmu yg wajar diketahui oleh semua..jd,sy pn copy n paste ke blog ni..mudah2an menjadi panduan buat semua..

Rupa2nya tanpa kita sedari, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita takboleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis,lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kitatelah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglahajarkan kepada yg lain2nya.Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmoodkata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandaijaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. takpayahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut dietRasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunanmakanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKANJ
angan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

#JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIHDAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAMDIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa............ ......... ......... ..Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bilakita sudah tua nanti.Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur denganmakanan laut.Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepatmendapat penyakit.Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayammengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapanayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yangterhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah....

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuatamalan spt:-Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum mataharinaik. Air sejukyang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kitaboleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiappagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurangkurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakitpening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajiankenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemuibeberapa milimeter ruang udara dalam salurandarah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akanmengalir keruang berkenaan.Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklahmenjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzymebanyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalamair liur.. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidakhadam)

Wassalam..Sama2lah kita mengamalkannya. .......WallahuA'lam
TQ kak izah.. :)

-AKU TERIMA CABARAN INI!-

***! KITA SERU KITA LAKSANAKAN !***




" ISLAM BERPADU YAHUDI LUMPUH! "

Sunday, January 11, 2009

-SOLAT BOLEH RAWAT PENYAKIT KRITIKAL-

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh — Berita Minggu

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan. “Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik. “Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur. “Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya. Ketika itu, isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak. “Ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah. Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya. Dalam kajian ini, kata beliau model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. Orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik. Kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. “Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. “Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif. Ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.” Solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah. Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot. “Hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya. Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus. “Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya. Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring. “Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.