Thursday, May 26, 2011

.: Nikmat Berpuasa :.

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum WBT..

Alhamdulillah, masa yang terluang ni sy gunakan utk update blog ini.. Coretan yang mudah-mudahan bermanfaat & dapat dikira sebagai sedekah secara tak langsung..

Sekarang jam menunjukkan 6.55 ptg.. sy tengah menunggu waktu berbuka puasa@waktu maghrib.. Hari ni hari Khamis, jadi alhamdulillah Allah bg keizinan utk berpuasa sunat pada hari ini. Memberi peluang berehat buat kilang-kilang yang terdapat dalam perut sy ni. Kalau tak puasa, maknanya kilang-kilang di perut ni terpaksalah berkerja siang malam tanpa cuti. Kesian..

Puasa hari ini mengingatkan saya pada memori di zaman persekolahan dulu. Di Asrama Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping, Perak. Zaman persekolahan dulu, hampir saban minggu, tiap Isnin & Khamis sy dan kawan2 akan berpuasa sunat. Kebanyakan warga asrama yang lain juga akan turut berpuasa. Indahnya memori tika itu, berbuka puasa beramai-ramai di dalam dewan makan asrama. Namun, kadang kala hati tercuit mengingatkan telatah 'kawan baik' kami iaitu monyet2 yg turut sibuk 'berbuka puasa' dengan kami tiap kali waktu berbuka menjelma..

Sy juga turut teringat kenangan ketika berada di dalam kelas pada suatu hari, tika itu sy kurang ingat samada hari Isnin atau Khamis. Seorang guru yang mengajar ke kelas saya bertanya

" Ramai ke yg puasa hari ni? cuba angkat tangan sape yg berpuasa arini? soal cikgu itu..

Hampir separuh dari ahli kelas sy mengangkat tangan tanda berpuasa pada hari berkenaan..
Cikgu tersenyum lalu menyuruh kami menjatuhkan tangan. Selepas itu cikgu tersebut menyatakan sesuatu yang membuatkan ia lekat diingatan hingga ke hari ini..

" Baguslah ramai yang berpuasa.. Seronok cikgu tengok. Cikgu harap kamu semua rajin2 lah ambil peluang berpuasa sunat sepanjang belajar di sekolah ni. Bukan apa, mengikut pengalaman cikgu, kebanyakan orang akan mula malas berpuasa sunat bila usia makin meningkat. Semua bagi alasan sibuk & letih.. terutama bila da kerja nanti.. "

Kata-kata di atas amat terkesan di hati saya...dan kini, sy merasakan apa yang dikatakan oleh cikgu itu banyak benarnya. Buktinya, sy sendiri semakin lalai melaksanakan puasa sunat Isnin & Khamis. Dah macam 'Chipsmore'.. Kejap puasa, kejap tidak..bertapa teruknya amalan sy.. Macammana nak capai requirement sebagai Daie ni?entahlah...

Inilah manusia, sering lalai & lupa. Namun, kita perlu berusaha untuk memperbaiki diri. Sy bersyukur, kerna sy masih punya sahabat2 dalam Jemaah Islam yang selalu mengingatkan agar sedaya upaya untuk melakukan ibadah kerna ia merupakan teras kepada perjuangan ini. Alhamdulillah.

Sy juga yakin, ramai lagi diluar sana yang rajin melakukan ibadah puasa sunat ini. Syabas & Tahniah sy ucapkan. Sy doakan diri anda & saya terus istiqamah. Moga Allah menerima amalan & ibadah kita semua agar ia dapat membantu kita di akhirat kelak.

Hm.. jam pun dah kul 7.18ptg. Waktu pun dah nak masuk. Buat yang berpuasa, selamat berbuka diucapkan. Mga Allah menerima amalan kita semua.

Waasalamualaikum.. ^_^





Wednesday, May 25, 2011

.: Medan pilihanku sendiri :.

Bismillahirrahmanirrahim..


Medan ini..
Medan pilihanku sendiri..
Tiada yang memaksa..
Kerna hati ini yang merelakan..

Namun kadangkala,
Jiwa meronta & merintih..
Mengenangkan ujian & keperitan yang terpaksa ditanggung..
lantaran pilhanku sendiri..

Aku tidak kaya..
Aku tidak punya harta..
Namun medan yang dipilih ini tidak pula menawarkan sebarang bentuk pulangan harta & kemewahan..
Bahkan medan ini pula yang menuntutkan pelaburan..

Ada yang mengatakan aku bodoh..
Bodoh kerana mengorbankan harta, masa & tenaga demi medan yang tiada langsung menjanjikan pulangan wang & harta..

Ada yang mengatakan aku degil..
Degil kerana tetap berada di medan ini walau diherdik & dihina oleh mereka..

Ada yang mengatakan aku derhaka..
Derhaka kerana tidak menurut perintah mereka..

Semua itu sudah menjadi lumrah seharian sejak berada di medan ini..

Mungkin dulu mereka menyanjungku..kerna aku membanggakan mereka..
Mungkin dulu mereka sayang padaku..kerna aku puteri mereka..
Mungkin dulu mereka menyayangiku..kerna aku patuh mengikut 'segalanya'..

Aku tahu aku tidak sepatutnya merintih..
Aku tahu aku tidak sepatutnya menangis..
Aku tahu aku tidak sepatutnya seremuk ini..

Namun, aku hanya insan biasa..
Seorang Hawa..
Punya hati & rasa..
Punya keinginan utk dimanja..
Ada masa aku juga akan merintih..
Kerna aku juga punya rasa terguris..

Aku juga punya rasa cemburu dengan kemewahan mereka..
Namun, aku diajar, kemewahan itu hanya nikmat dunia yg sementara..
Aku juga punya rasa cemburu dengan manja mereka..
Manja yang tidak diherdik, tidak dimarah & tidak dihina..
Namun aku diajar, tidak dinamakan berada di medan ini selagi aku tidak diuji sebegini..
Aku juga punya rasa cemburu dengan kelapangan masa mereka..
Namun aku diajar, setiap masamu akan disoal diakhirat nanti..

Sememangnya aku bodoh, kerna aku melakukan segala-gala di medan ini secara percuma..
Namun aku yakin, bodohku itu itu hanya mengikut pandangan mereka di dunia..
InsyaAllah, cita-citaku aku mahu jadi orang yang berjaya diakhirat akibat 'tindakan bodoh' seperti yang mereka katakan di dunia ini..

Pesanku pada diri, biarlah mereka menghinaku.. biarlah mereka memarahiku.. biarlah mereka mengataku itu & ini..

Kerna aku bersyukur..
Aku masih punya air mata penemanku.. yang bila aku mengalirkannya, ia bisa menjadi penenang jiwaku..
Aku masih punya buku & blog..tempat meluah rasa & mencoretkan kisahku di medan ini..
Aku masih punya Kitab Allah & Tafsir kesayanganku.. yang bila aku tidak pasti betul atau tidak tindakanku,jawapan yang pasti ada di sana..

Dan yang paling pasti, AKU PUNYA ALLAH.. Tuhan yang sayang padaku kerna tetap terus memberi ujian kepadaku..terutama sejak berada di medan ini..

Aku punya Allah yang sayang padaku kerna memberiku hidayah untuk berada di medan ini..

Aku punya Allah yang sayang padaku kerna tidak pernah mengherdikku..

Aku punya Allah yang sayang padaku, menjadi peneman ketika sedihku.. dan selalu menjadi pendengar terbaik buat diriku...

Oh Allah..KeranaMu, aku rela dikata itu dan ini....


Thursday, May 19, 2011

.: Apa khabar mereka agaknya? :.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum WBT...

Tengah-tengah malam sebegini, tiba-tiba hati ini teringat pada seseorang yang ntah apa lah agaknya khabarnya sekarang.. Sudah lama tak mendengar khabar berita mereka apatah lagi bersua muka..

Insan itu ialah SYAFIQAH. Seorang MUALAF..

Kisah Syafiqah pernah sy coretkan di blog ini kira-kira 2 tahun yang lalu.. Rujuk Link ini..

Apalah agaknya khabar Syafiqah.. Sy panggil die Fqa.. Sebaya sy, tp sudah mempunyai seorang anak lelaki yang comel.. Wan namanya.. mungkin sekarang sudah berumur 6 tahun..masih sy ingat telatah wan yang manja dgn mamanya. Teringat kenangan membawa wan yg comel tu berjalan jalan di Pusat membeli belah Ujana Kewangan atau UK di labuan suatu masa dahulu..Sy pernah mendukungnya ketika shoping di UK tu, namun masih seakan terasa sakit di lengan sy ni kesan mendukung Wan kerana Wan agak berat! :)

Fqa adalah seorang Mualaf yang memeluk Islam setelah berumahtangga dengan seorang lelaki Islam. Fqa berkahwin di usia yg sgt muda. 18 tahun. Tapi malangnya, setelah beberapa tahun berkahwin, mereka bercerai. Fqa membawa diri ke Labuan bersama anak lelakinya itu. Mencari penghidupan baru. Apa yang sy perhatikan setelah mengenal Fqa, ternyata perkahwinan yang singkat itu tidak membawa Fqa kepada ajaran Islam yang sebenar. Bekas suaminya gagal membimbingnya seperti yg sepatutnya dilakukan. Fqa juga pernah memberitahu, bekas suaminya tak pernah mengajarnya tentang Islam. Itulah yang amat menyedihkan sy.

Sy & kawan2 pd waktu itu cuba membantu sedaya upaya untuk menyelamatkan Fqa dr kembali ke agama asalnya Kristian. Tambahan pula, menurut Fqa, keluarganya sering menyuruhnya kembali ke agama asalnya. Berderau darah bila mendengar pengakuan Fqa itu. Perjumpaan demi perjumpaan dibuat bagi membimbing Fqa disamping berusaha mendaftarkan Fqa di Pejabat agama WP Labuan bg tujuan mendapatkan kelas bimbingan agama Saudara Baru utk Fqa.

Membimbing Fqa bukan semudah yang disangka. Mungkin kerana hatinya bukan benar-benar memeluk Islam atas rela hati. Namun lebih atas dasar cinta pada bekas suaminya. Untuk menyampaikan Islam kepadanya, cara terbaik kami usahakan. Bermula dengan menjadikan kami kawan rapatnya. Setiap malam sy selalu berbalas sms dengan Fqa. Kadang2 kami bertelefon. Sy senang berkawan dgn Fqa, dan Fqa juga kelihatan mesra dgn sy.

Namun, sedihnya kerna tak sampai setahun mengenali Fqa di labuan, Fqa berpindah ke kampung halamannya di Papar. Sesuatu yg agak merunsingkan kerna bimbang tentang suasana keluarganya yang masih Kristian disana. Sy dan kawan-kawan terus berusaha dengan meminta bantuan kawan di Kota Kinabalu untuk meneruskan usaha membantu Fqa di papar. Mereka bersetuju.

Sy masih berhubung dgn Fqa walaupun Fqa sudah berpindah ke Papar. Sesekali, bila boring sy akan call Fqa utk bercakap dengan Wan anaknya yg sudah manja dgn sy. Namun, selang beberapa ketika selepas berpindah, Fqa tak lagi mengangkat telefon dr sy. Dan beberapa bulan selepas itu, nombor itu sudah tiada dlm perkhidmatan. Itu peristiwa yang paling menyedihkan bila lost contact dengannya.

Sehingga kini sy sering teringat pd Fqa & anaknya Wan. Apa khabar mereka agaknya skrg? Macammana dengan agamanya? Hati ini sgt bimbang. Sudah hampir 2 tahun mereka tidak sy ketahui khabarnya.

Sy sentiasa berdoa agar Allah menjaga Iman Fqa serta anaknya Wan. Moga Allah lindungi mereka walau dimana mereka berada. Sy juga sering berdoa agar Allah ketemukan sy dengan mereka suatu hari nanti. Kerna sy rindukan mereka.

Syafiqah, semoga Fqa kuat & tabah utk menjagal & mempertahankan Islam sebagai Agamamu & Agama anakmu..

Ya Allah.. Lindungilah mereka... AMIN....

Monday, May 16, 2011

.: Pengalaman :.

Assalamualaikum pembaca yg dirahmati Allah semua..

Alhamdulillah, Allah masih memberi nikmat Islam, Iman, Nyawa & pelbagai lagi nikmat dariNya hingga ke saat ini.

Post kali ni mungkin lebih kepada perkongsian pengalaman & situasi semasa sy.

Sejak kebelakangan ni, agak runsing memikirkan banyak perkara & amanah yang masih belum dijalankan. Terlalu banyak perkara hingga menyebabkan Aulawiyat semakin tunggang tebalik. Ntah yang mana patut didahulukan & yang mana patut dikemudiankan. Sedangkan sepatutnya tika ini semua itu sudah mampu diatasi dengan baik.

Sy telah menyenaraikan semua. Seperti rutin yang selalu dilakukan.Namun, rasanye situasi tika ini agak parah pabila apa yang ditulis macam melihat bayang-bayang pabila dibaca. Mungkin otak da mengalami kesesakan@jam. Wallahuallam..

Jadi, web blogger ni terus dituju sbg sasaran utk mencoret luahan rasa yg mudah-mudahan akan mengurangkan sedikit tekanan kecil ini.

Amanah. Satu perkara yang amat besar & merupakan tanggungjawab yg akan disoal diakhirat nanti. Namun, kadangkala ia datang tanpa dipinta. Bila ditolak, ini jawapan 'biasa' "oleh mereka.. "Allah yg pilih nti sebenarnya, melalui kami".

Sy seolah mengata mereka, tapi hakikatnya, sy juga sering menggunakan 'ayat' itu pabila melantik sesiapa untuk memegang sesuatu jawatan :)

Lumrah..

Bila memilih jalan Perjuangan, pasti Pengorbanan yang akan mengiringi. Jika tiada Pengorbanan, tak dinamakan Perjuangan.

Sy sering menjadikan seseorang yang sy kagumi sebagai penguat semangat dikala kelelahan diri dtg menjelma. Seseorang yang tidak pernah mengenal erti mengeluh, apatah lagi menzahirkan kepenatannya. Siang Malamnya ditemani kerja-kerja Jemaah. Keretanya sudah menjadi 'rumah' keduanya. Masakan tidak, jarang sekali dilihat dia pulang ke rumahnya. Jika nak dibandingkan dengan diri ini, dirinya berkali ganda sibuk & memegang banyak amanah jawatan di peringkat Kawasan, Negeri & Pusat. Masih muda, segar & mampu menggegarkan sidang mesyuarat tiap kali lontaran idea dikeluarkan dari lisannya.

Atas sebab itu, sy sering terfikir & cuba berfikir. Siapalah sy jika dibandingkan pimpinan yang lagi tinggi amanahnya.

Jika sy merasakan sy sibuk, Mereka Lagi Sibuk..
Jika sy merasakan sy penat, Mereka Lagi Penat..
Jika sy merasakan sy tak terurus, Mereka lagi merasakannya..

Oleh itu, nasihat sy buat diriku sendiri, sentiasalah perbetulkan niat..bulatkanlah tekad untuk memperjuangkan Islam. Kerana tiada perjuangan yang melalui jalan mudah, tiada perjuangan yang tiada mehnah. Kerna kita mengejar Syurga yang Indah.

Moga Allah menerima amalanku & amalanmu..