Friday, April 29, 2011

.: Jangan dicemari perjuangan ini :.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum WBT..

Alhamdulillah. Syukur pada Allah atas nikmat iman, nikmat Islam, nikmat hidup, nikmat bersahabat, nikmat berada di medan perjuangan ini & segala nikmat lain yang diberikan olehNya.

Tak lupa Selawat & Salam buat kekasih hatiku Rasullulah SAW..

Hari ini alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah untuk bersama-sama sahabat & sahabiah untuk bergerak kerja. Gerak kerja yang tidak menjanjikan sebarang balasan dalam bentuk wang ringgit, apatah lagi kemewahan. Namun, insyaAllah, moga ganjaran lain yang sangat2 didambakan di alam seterusnya diperoleh. Moga Allah menerima amalan kami semua.

Program malam tadi menyebabkan sy pulang lewat malam. Jam 1.30 pagi baru tiba di rumah. Namun Alhamdulillah hari ini adikku Syukri sudi menjadi muhrim untuk menemani. Kebetulan dia bercuti.

Namun, bukan kisah itu yang ingin di highlightkan pada post pada kali ini. Cuma, sejujurnya keadaan emosi ketika menulis ini agak sedih. Sedih bukan kerana kepenatan. Bukan juga kerana disakiti dengan kata-kata nista musuh. Kalau disebabkan musuh, itu sudah sunnah berjuang.

Cuma, hati menjadi sedih, tatkala melihat tunas-tunas harapan yang pernah digilap dengan sedaya upaya & akhirnya kini menjadi insan yang dibanggakan membuat sesuatu yang membuatkan hati ini terluka & malu.

Kenapa jadi begitu?

Mungkinkah kerana sistem tarbiyyah yang kian luntur warnanya?,atau mungkinkah kerana qiadah yang begitu baik hatinya?

Tunas-tunas harapan.. Antum nadi penerus perjuangan. Janganlah dengan dugaan jiwa remaja yang bergelora membuatkan diri kalian hanyut. Dibuai perasaan kebahagiaan yang sementara itu. Sedang syaitan bertepuk tangan. Kerna mereka berjaya menimbulkan firtnah pada tunas-tunas harapan. Hingga dilemparkan tuduhan yang sangat menyakitkan.

Sedarlah, kita semua adalah DUTA agama, duta perjuangan. Jangan kerana kesilapan yang dilakukan oleh tunas harapan itu, akhirnya satu angkatan perjuangan dipersalahkan.

Fikir-fikirkan.

Menegur atas dasar sayang. Sayangkan tunas harapan.

Wasalam.

Tuesday, April 26, 2011

.: Masih nak sombong lagi?? :.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum.

Pagi ni awal jugak sy online. Check email, FB, Blog, Newspaper.
Namun, waktu on9 di FB tadi, terbaca satu Note yg sangat bagus & penting.

Note dr FB kawan lama, tetapi tertera penulis asalnya Heliza helmi.
Note ni mengisahkan gambaran neraka secara jelas. Dan sy yakin & percaya setiap yang membaca hingga ke akhir entri ini akan 'terkesan' dengan hasil pengisian yang ingin disampaikan.

Bacalah hingga ke akhirnya. Please sahabat-sahabatku.. Kerna ia sangat menakutkan. Mudah-mudahan selepas membaca entri ini akan menjadikan kita semua hamba yang bertaubat & rajin beribadah.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM,

lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami,suami kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & SEMUA ORANG ISLAM dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah danamalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......

AMIN.....


Luasnya Neraka

Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."


Lalu nabi s.a..w. bersabda:

"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."


Nabi s.a.w. bertanya:

"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)"


Tanya Rasulullah s.a.w.:

"Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'


Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:


"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')


Dari Hadith Qudsi:

Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......

Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .


Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw:

'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."


Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-

1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' (SurahAl-Baqarah : 237)Untuk renungan dan amalan bersama ..DOA Nabi Allah Yunus

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"


Friday, April 22, 2011

.: Kembali Menulis :.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum WBT..

Alhamdulillah, syukur pada Allah yang telah membuka kembali hati ini untuk menulis di blog yang sudah setahun lebih bersawang tanpa sebarang coretan.

Ada yang bertanya sy tentang kehilangan yang begitu lama dari alam penulisan ini. Ada juga yang memberikan kata-kata peransang untuk kembali menulis. Namun, semua itu dibiarkan sepi tanpa jawapan.

2 hari yang lalu, segalanya berubah. Hati ini menjadi sayu dan terbuka untuk kembali menulis di alam maya ini. Walaupun belum pasti berapa ramai yang akan singgah membaca coretan yg tak seberapa ini. Hati ini mula terdetik untuk menulis kembali seusai menghadiri satu majlis perkongsian ilmu 2 hari yang lalu. Perkongsian ilmu yang banyak memberi kesedaran & tamparan hebat buat diri yang sering lalai. Alhamdulillah. Allah lah yang telah memberikan peluang berada di majlis ilmu tersebut.

Bertapa ruginya sy. Setahun lebih dibazirkan dari menggunakan penulisan untuk mengumpul saham buat bekalan di alam akhirat.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda:

Pada setiap hari terdapat sedekah di setiap sendi manusia ketika matahari terbit. Seterusnya baginda bersabda: Berlaku adil di antara dua orang manusia adalah sedekah, membantu seseorang naik ke atas binatang tunggangannya atau mengangkatkan barang-barangnya ke atas belakang binatang tunggangannya juga adalah sedekah. Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah menuju sembahyang adalah sedekah dan membuang sesuatu yang berbahaya di jalan adalah sedekah. (Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim: 1677)


PERKATAAN YANG BAIK ADALAH SEDEKAH

Sangat mudah untuk mendapat pahala. Hanya dengan menyampaikan kata-kata yang baik. Semua itu dikira sedekah. Sebelum ini, sy selalu cemburu dengan orang -orang kaya yang rajin bersedekah harta mereka kerana sy tiada harta yang banyak. Pasti mereka dapat banyak pahala. Namun rupa-rupanya, tanpa sy sedari, sy sendiri yang tidak menggunakan harta akal yang boleh berfikir ini untuk bersedekah melalui penulisan. Ruginya diri ini.

Namun, syukur pada Allah. Memberikan sy kesedaran ini. Sekarang, hanya diri ini yang perlu kuatkan semangat untuk terus istiqamah dalam penulisan. Mungkin bukan setiap hari, tapi akan diusahakan setiap minggu. Agar kelak, pabila roh telah berpisah dari jasad, Blog ini dengan hasil penulisan yang baik & mengajak ke arah kebaikan mampu menjadi saham buat membantu sy di akhirat sana.

Doakan sy terus istiqamah menulis.

Wasalam..