Sunday, November 23, 2008

-Selamat Tinggal-

Assalamualaikum buat semua..

Hari ni hari terakhir berada di bumi KAL kerna esok ak akan terbang pulang ke kampung halamanku.. Cuti kali ini kurasakan cukup berbeza dgn cuti2 sblm ni.. terasa sayu benar ingin meninggalkan bumi trcinta ini walaupun insyaAllah ak akan kembali ke KAL pd penghujung bulan disember ini..

Namun, hari ini aku cukup gembira.. Masaku benar-benar terisi dgn perkara yg indah.. Bermula dari pg tadi bersolat subuh di Rumah Allah.. seterusnya membuat juadah sarapan buat sahabiah2 ku yg datang dari KK.. Olyn, kak lin, Farhana, dan 2 org lagi yg ak dah x ingat nama..x abis taaruf..teruk tul..walaupun baru berkenalan, kemanisan ukhwah cukup kurasai.. Hanya cucur ikan bilis, keropok dan telur separuh masak yg dapat kuhidangkan buat mereka bagi mengalas perut sebelum memulakan perjalanan jam 6.30pagi td..

Masaku turut terisi dgn satu usrah pelajar perak yg benar-benar banyak membantuku menguraikan persoalan di jiwa.. masa 2 jam bermula dr pukul 10pg itu diisi dgn penuh ilmu dan perbincangan yg menarik.. Terima kasih kuucapkan buat akhi aliff yg menjadi naqib utk 5 muslimat yg hadir.. ak,k.aya,k.naja,k.ina dan syikin..sememangnya mereka bnk membantu memberi pandangan dan saranan yg benar2 membina kembali keyakinanku.. Alhamdulillah.. Terima Kasih Ya Allah..

Petang tadi pula, dgn keizinan Allah SWT ak,nur & k.ju bjaya mengumpulkan muslimat __ di rumah fmly angkatku di Kg Sg Miri..Pelabagai juadah yg mama hidangkan.. Coto markasa, Soto, dan sup tulang yg benar2 membuatkan muslimat __ menunjukkan tindak balas luar biasa dgn menambah sekurang-kurangnya lebih dari 3 kali.. mentang2 lah semua muslimat di rumah tu..

tajuk perbualan ketika makan tak sudah2 dgn gurauan kononya org perak ni assabiah.. sape lg yg tuduh kalau bukan geng2 sabah..begitu cemburu mereka dgn kami..maklumlah..kami slalu buat pjumpaan dak perak..sape ye geng2 sabah tu?? hmm.. sape lg kalau bukan kak arma, kak asma n kak ju. Nasib x berapa menyelebahi mereka sbb mereka kekurngn ahli.. Kak leni, kak becek kan da balik..kesian dorang..namun gurauan2 ini benar2 mengeratkan ukhwah kami.

kami pulang ke KAL dgn bjalan kaki di sepanjang pantai.. hmm.. waktu ni memang pelbagai ragam dan aksi yg mencuit hati dapat kulihat.. yg paling agak kurang sihat, apabila muslimat ni dok sibuk berposing n tangkap gambar.. yg kak su plak.. dok simpan kamera sehingga membuatkan yg lain mula tunjuk hangin pada kak su.. kak su.. kak su.. nakal!

kpd yg akan pulang ke rumah selamat pulang ku ucapkan.. dan buat yg x balik dan melancong ke rumah2 sahabat di sabah.. slamat mennimba pengalaman.. khusus buat kak su n kak ju, jaga nur, kak ina ngan kak naja baik2 yer.. dorang tu kecik2 lagi.. huhu..

oklah..maaf atas sgla terkasar bahasa.. maafkan salah silap sebelum ni.. smg jumpa lagi.. walaupun jauh di mata, kalian tetap di hati. doakan sy selamt sampai k.. jaga diri, jaga amalan, dan salam perjuangan..

**kak shila, kak leni, kak asma, kak arma, kak ju, kak naja, kak su, kak zai, kak aya, kak becek, kak zhu, kak ina dan nur- sy saaaaaaaaaayang sangat kalian. Jaga diri baik2 tau.. Salam perjuangan**

-Wasalam-

-Sakitnye tekak ni..-

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Ya Allah, aku betul2 x dapat tidur.. sakit betul tekak ni.. da lama ak x sakit camni.. walaupun hanya diuji dgn sakit yg kecil tp cukup memeritkan..da berbotol air masak ku minum..masih terasa peritnya.. Namun, ak cukup gembira..gembira kerana ak tahu, Allah ingat padaku dgn memberi ujian yg kecil ini sbg tanda kasihNya padaku..Alhamdulillah.. Mudah-mudahan dgn ujian yg kecil ni dapat mengkifarah dosa-dosa kecilku..

Islam memerintahkan untuk sabar dan tawakkal menghadapi musibah. Firman Allah SWT:

"Bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termsuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)". (Luqman:17)

Disebabkan ak x dapat tidur, ak cuba cari maklumat mengenai sakit tekak.. Mencari ilmu perubatan sendiri. Hmm.. dulu x tercapai hasrat nak jadi doktor..tp aku reda..bnk hikmah yg baru ak sedari kini..Sungguh cantik percaturan Allah.. Terima Kasih Allah..


Islam memerintahkan untuk berubat dan melarang putus asa.

Sabda Rasulullah SAW :
"Hai hamba-hamba Allah ! berubatlah ! sesungguhnya Allah SWT tidak menciptakan penyakit, kecuali diciptakannya pula ubat penyembuhnya, kecuali lanjut usia"

Ni ada sedikit perkongsian maklumat mengenai sakit tekak, penyakit kurniaan ilahi ini..

Sakit Tekak

Pengenalan
Sakit tekak merupakan gejala yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa, biasanya diikuti dengan gejala bersin dan batuk. Lazimnya ia juga merupakan penyebab kita berjumpa doktor dan dikenali sebagai demam selesema di kalangan orang ramai.

Sakit tekak adalah indikasi yang kerap kepada preskripsi antibiotik dalam masyarakat, memberi kesan kepada kos penjagaan kesihatan yang penting dan boleh menjurus kepada peningkatan daya tahan antimicrobial dengan sebaran luas dan penggunaan antibiotik yang tidak sesuai.

Pada tahun 1984, kajian yang berasaskan hospital telah dibuat di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Kota Bharu dan Hospital Ipoh, Jangkitan Saluran Pernasafan Akut (ARIs) adalah penyebab kepada 44.1% kemasukkan pesakit paediatrik . Tanpa diragui, URTI adalah alasan yang paling biasa untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta dan klinik pesakit luar di hospital.

Agen Penyebab

Virus merupakan penyebab yang biasa kepada masalah sakit tekak jika dibandingkan dengan patogen bakteria.

Kumpulan A Streptococci adalah bakteria yang paling biasa penyebab kepada jangkitan pada saluran tekak yang akut, kira-kira 15%-30% kes di kalangan kanak-kanak.Ia merupakan satu-satunya bentuk jangkitan tekak yang biasa di mana rawatan antibiotik diperlukan.

Tanda dan Gejala

Gejala-gelaja demam biasanya timbul pada 1 hingga 3 hari selepas terdedah kepada virus demam selsema. Tanda dangejala demam selesema termasuklah:

-Hingus meleleh
-Gatal dan sakit tekak
-Batuk
-Rasa sesak
-Sakit-sakit badan atau sakit kepala ringan
-Kerap bersin
-Mata berair.
-Demam dengan suhu tidak terlalu tinggi
-Kepenatan

Sakit tekak yang disebabkan oleh jangkitan bakteria, tanda dan gelaja adalah seperti berikut:
Gejala di kalangan kanak-kanak atau orang dewasa biasanya demam panas dan toksik (sakit yang lebih teruk)

Gejala
Sakit tekak secara tiba-tiba, rasa sakit semasa menelan makanan, demam, sakit kepala, sakit di bahagian abdomen, loya dan muntah.

Tanda
Tidak semua pesakit memperolehi sindrom yang teruk secara keseluruhan dan dalam banyak kes, sindrom adalah ringan dan tidak ketara. Kemerahan dan cairan pada rongga mulut dan bintikan pada lelangit (petechiae), bengkak kemerahan pada uvula, bengkak dan keras pada anterior nodus cervical dan ruam.

Komplikasi
Kebanyakan sakit tekak tidak membawa apa-apa komplikasi.

Komplikasi akibat Kumpulan A Streptococcal pada jangkitan farinks termasuklah sama ada bernanah dan tidak bernanah.

Komplikasi bernanah adalah nanah pada peritonsillar (PTA) dan nanah pada retropharyngeal (RPA). Nanah pada peritonsillar adalah komplikasi yang paling biasa dalam kes jangkitan tonsil akut. Kira-kira 15-36% pesakit yang mengalami PTA adalah mereka yang pernah mengalami jangkitan oropharyngeal.

Komplikasi tanpa nanah pula termasuklan demam sakit-sakit sengal tulang akut, masalah ginjal (buah pinggang akut) dan arthritis yang reaktif. Komplikasi tanpa nanah yang paling penting ialah demam reumatik akut yang berlaku lebih kurang 3 minggu selepas streptococcal pharyngitis.

Rawatan
Perawatan sakit tekak termasuklah:

Rawatan berdasarkan gejala.

Virus merupakan agen penyebab utama dalam kes sakit tekak. Rawatan yang dibuat mengikut gejala adalah sudah memadai.

Rawatan umum termasuklah mengekalkan pengambilan cecair (minum air) dan kumur dengan air suam.


Pengambilan Paracetamol adalah efektif dan selamat selamat segi analgesic dan antipyretic. Ia merupakan pilihan ubat untuk analgesia dalam sakit tekak. Pengambilan aspirin tidak digalakkan untuk kegunaan umum terutamanya untuk kanak-kanak kerana berisiko untuk sindrom Reye's.


Agen Anti-Inflammatory Bukan Steriod (NSAIDs) Ibuprofen (NSAID) telah meningkat penggunaannya sekarang untuk rawatan kesakitan dan demam di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami sakit tekak.

Lozenges (ubat kemam) untuk tekak dan ubat kumur kerap digunakan, dan ianya boleh membantu meredakan sakit tekak dan melegakan rasa ketidakselesaan tekak.

Terapi Antibiotik

Hanya sedikit peratusan sakit tekak disebabkan oleh bacteria (kumpulan A Streptococci) yang menyebabkan demam reumatik akut. Penggunaan antibiotik mengurangkan kejadian komplikasi dengan nanah dan dengan bukan nanah akibat sakit tekak. Oleh itu, bagi pesakit yang mengalami pharyngitis akut, keputusan klinikal yang biasanya perlu dilakukan adalah sama ada pharyngitis adalah berkaitan dengan Kumpulan A Streptococci.

Pesakit yang mengalami streptococcal pharyngitis akut perlu menerima terapi seperti penicillin dan penicillin semi sintetik, ampicillin dan amoxicillin. Penggunaan Erythromycin adalah sesuai digunakan sebagai alternatif untuk pesakit yang alah kepada penicillin.

Rawatan Pembedahan, termasuk Tonsillectomy

Episod kejadian sakit tekak yang berulang di kalangan kanak-kanak dengan gejala halangan seperti berdengkur mungkin memerlukan Tonsillectomy selepas mendapat rundingan pakar ENT.

Dalam kes penanahan peritonsillar atau quinsy, tanda-tanda yang memerlukan tonsillectomy adalah apabila nanah gagal menunjukkan tindakbalas kepada antibiotik yang sesuai bersama-sama dengan ‘incision’ dan ‘drainage’. Tonsillectomy juga perlu dilakukan apabila pesakit mempunyai quinsy dan mempunyai sejarah jangkitan tonsil yang berulang.


Hidup dan mati adalah ditangan Tuhan.Firman Allah SWT :

" (Allah ) yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya" (Al-Mulk :2)

Madu antara sunnah Rasullullah yg ble dijadikan ubat bagi sakit tekak.. Tapi madu ak da abis..Sape yg ada madu yer..


Semoga Allah menyembuhkan sakit tekak ku ni.. Amin.
-Wasalam-


Saturday, November 22, 2008

-Nikmatnya Tidur..-


Diriwayatkan daripada Barra bin ‘Azib r.a:

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن

Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:

“Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.

“Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam.

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid.

Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.
Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaikTidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.


..Tidurlah dengan sihat agar diri terjaga dan kita dapat melakukan ibadah kepadaNya..

Friday, November 21, 2008

-Kawin oh Kawin-

Salam Ukhwah..

Kelmarin aku dapat satu sms dari kak aya..

"Salam Wida:Usrah __ muslimat pada malam ini jam 12 tgah mlm bilik shila. 'Sesungguhnya iman yg berada dalam hati kmu bleh menjadi lusuh spt mana lusuhnya pakaian' Wasalam."

Aik?birthday sape plak esok?fikirku..pelik plak wat usrah lewat..memang la ble..tp dok pikir..slaluny bila kumpul tgh2 mlm ni nk sambut bday sahabat..hmm.. aku pn terus btanya pada kak asma..ohh.. rupa-rupanya saje2 nak ubah mood wat tgh2 mlm..aku tersenyum riang..

Semalam aku rasa itulah usrah yg paling best dan sempoi.. Usrah Wida la katakan.. usrah last sebelum balik umah.. Xda silibus.. just berborak dan tukar2 pandangan..macam2 topik bincang.. ketawa jgn kata la.. dah x rupa muslimat plak.. kalau muslimin nampak la.. kompem reject..hihi..terutama yg empunya bilik..(hehe..jgn mare ye)..xpela.. yg penting ukhwah makin mantap..tp ada gak part yg sedih..terutama bila mengenangkn next sem adalah semester akhir bg majority of us..camnela nak kumpul balik ye bile da abis blaja nanti??hmm...

topik yg paling hangat semalam pasal ubm @ kawin..biasala bg remaja..kalau x menggatai x sah..menggatai ke??..hmm..xla.. bincang tentang masalah dan cara mengatasi masalah cinta.. salah ke?.. x kan.. penting sebenarny bincang tajuk ni.. smalam ramai la yg cite pengalaman dan kongsi pendapat..muslimat ni memang mantap..semua pendapat mesti disertai dalil dan hujah yg mantap..yang mengantuk pon..bila bukak topik ni semua bulat biji mata..huhu..kawin oh kawin..

tapi ada jugak yg tunjuk muka x minat bila bincang topik ni..esp kak arma n kak zhu yg masih blum mumayiz agakny..muka blur je..comel btul..yg lain plak dok sibuk mengusik antara st sama lain..dok padan2kan lagi..kesiankan muslimin la konon..

aku??hmm..tetap dgn pendirianku.. kerana aku adalah aku yg sekarang.. aku bnk kongsi cerita dan pengalamanku sewaktu aku diuji dl..dorang memang khusyuk mendengar bila ak bercerita..sbb tu ak pastikan aku sampaikan apa yg memang ak nak semua remaja tau..sbb ak pernah diuji..dan aku xnak mereka jadi spt ak yg dulu..Bila mereka minta pandangan..ni jawapanku..

"janganlah sahabat2..jgn cuba2 bercinta skrg ni..banyak buruk dari baiknya.."aku tersenyum penuh makna..

"Jgn percaya dan yakin kita boleh jaga batas..mungkin kita boleh jaga batas x keluar bersama..tapi..Hati??bukankah zina hati kita lakukan?.."tambahku lagi.

"Fifi,camne plak ngan UBM?" soal salah seorg sahabat..
"Hmm.. bagi pandangan sy, UBM adalah st wadah yg baik. menjadi saluran yg betul..Tapi..secara jujurnya,sy masih kurang yakin dgn pelaksanaan UBM di univrsiti kite ni..mungkin sbb kite tiada org yg berpengalaman dan cukup kriteria utk handle cam yg penah ustaz Nahirul gtau waktu bengkel tu.."itulah jwpn yg dapat kuberikan..

"Senang UBM kat kawasan la.." tambahku lagi sambil tersenyum..yang lain turut ketawa..

"Tapi kadang2 kite lupakan..kita selalu mengharapkan pasangan yg perfect..tapi kita x usaha ke arah itu.. kalau kita nak suami yg soleh,kite pn perlu jd solehah dulu..ingat x ayat surah AnNuur..tapi sy lupa ayat ape.." kataku lagi sambil cuba mengingatkan ayat itu..

"Surah An-Nuur ayat 26.." Kak ju yg sejak tadi berdiam diri dan hanya menjadi pendengar kini bersuara..bagus ingatan kak ju..pujiku di dalam hati..

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (surga)" (AnNuur :26)

"Kalau naja plak..perasan x naja cam x berapa berminat sgt kalau tajuk camni.." kak naja yg duduk di sebelah kak leni bersuara..

"Mungkin bagi yg lain perkahwinan sesuatu yg menyeronokkan..tapi bagi naja, naja ada 6 kakak dan abang yg dah kawin..naja tgk sendiri cammana perkahwinan tu..tak semudah yg disangka.."kata kak naja lagi..

"Kongsi la cite ngan kami naja" kata kak izah che manja..memang kak che manja orangnye..

"Maksud naja, untuk mngisi perkahwinan bukan mudah..naja tgk camne kakak2 ngan abg2 naja susah payah besarkan anak2..kna isi ngan ilmu agama..didik elok2.." tambah kak naja lagi..

"Betul tu..kita ni nanti da jadi isteri lagi la..camne nak jaga anak lagi..layan suami lagi..kerja kawasan lagi..kalau dapat suami yg memahami xpe jugak.." tambah kak shila

"Sy teringat cerita kak shuhaidah, waktu tu die baru balik dari usrah kawasan. Die cakap,makcik2 tu pesan,kalau nak cari suami carila calon yg sefikrah..mudah nak bergerak kerja..dan kita sebagai isteri jgn terlalu mengharapkan kelak suami kita yg akan bimbing kita..kadang2 kita yg perlu cari ilmu sendiri.."tambahku lagi menghangatkan topik perbincangan..

"emm..bestnye bila tiap kali usrah..seronok sangat dapat kongsi ilmu.."kata seorang sahabat..

"Kita gembira2 ni..jgn lupa sahabt2 kita Rusilla dan Kak Aisah yer.."Tambah Kak Shila mengingatkan kami..memang mereka sentiasa di ingatan dan doa..Kita tetap sahabat..

Jam dah menunjukkan pikul 3.o5 pagi..semua da kelihatan letih dan mengantuk..Kak Izah Che ngan Kak Zhu pulak akan balik ke kg awal pagi ni..so, smua da kekringan idea dan da landing di lantai..yg tinggal hanya 2-3 orang sahaja lagi..yg masih bertahan..namun,hanya seketika..dan akhirnya semua syahid..

Seorang mu’min dengan mu’min lainnya ibarat sebuah bangunan yang saling menguatkan satu sama lain. [ Sahih al-Bukhari - no:476]
Rasulullah s.a.w bersabda:
مثل الجليس الصالح والسَّوء، كحامل المسك ونافخ الكير، فحامل المسك: إما أن يُحذيَك، وإما أن تبتاع منه، وإما أن تجد منه ريحاً طيبة، ونافخ الكير: إما أن يُحرق ثيابك، وإما أن تجد ريحاً خبيثة

"Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang saleh dan berkawan dengan orang jahat adalah seperti seorang penjual minyak wangi (misk) dan seorang peniup dapur tukang besi. Penjual minyak wangi, dia mungkin akan memberikan kamu atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapatkan aroma harum darinya. Tetapi peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu atau kamu akan mencium bau yang tidak sedap". [Sahih al-Bukhari - no: 5214]

Aku begitu bersyukur punya sahabat seperti mereka..jujur kukatakan, inilah sahabat2 yg terbaik yg belum pernah kutemui sblm ini..walaupun pada mulanya ramai yg masih baru mengenal Islam pada erti kata yg sebenar, namun perjuangan tetap diteruskan.Biar dihina,diperlekehkan..hati tetap bersatu di atas satu perjuangan.dan kerana itulah hati ini bisa terikat dan terpaut walau jarak memisahkan..Terima Kasih Ya Allah..Semoga ikatan ini kan kekal buat selamanya..Amin..


"aku mencintai sahabatku dgn segenap jiwaku..sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun selapas mati.kuhulur tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang.semakin ramai sahabat,semakin aku percaya diri,aku selalu berharap mendapat sahabat yg sejati yg tidak luntur baiknya dlm suka dan duka sahabat,semakin aku percaya diri.aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yg luntur baiknya dlm suka dan duka.jika aku dapat,aku ingin setia padanya..."(imam shafie)

Wednesday, November 19, 2008

-Rintihan & Rayuan Saudaraku-

Teringat ym antara aku dan kak asma semalam..

hasma _twin : fifi
hasma _twin : ada maggie ke?
fifi : bihun fama ad

fifi : banyak
fifi : nak x?
hasma _twin : nak
hasma _twin : boleh?

fifi : jap sy anta
hasma _twin : heheh
hasma _twin : iya ke ni? :)
fifi : ye :)

fifi : sy pn boring kat bilik
fifi : kat beta 5 kan?
hasma _twin : iya
fifi : k
fifi : sy datang
hasma _twin : ok
hasma _twin : terima kasih
hasma _twin : fifi, terima kasih ya :)
fifi : sama2 kasih :)


Aku lantas ke almari kecil simpanan makananku dan mengambil 3 bungkus bihun segera fama, 4 paket nescafe segera dan beberapa biji gula-gula fruit plus dan kumasukkan ke dalam plastik kecil berwarna hitam..

"Ini je yg masih ada dalam simpananku..kesian dorang..mesti x makan lagi ni..aku tadi punya seronok menikmati mee sup sampai kenyang.. rupa-rupanya ada lagi sahabatku yg tak makn lagi.. teruknya aku.." Hati kecilku bersuara..

"Assalamualaikum.." pintu bilik kak asma ku ketuk perlahan dan salam kuberi..

"Waalaikumussalam..masuklah.." kedengaran sayup-sayup jawapan insan-insan di dalam kamar itu..

Aku lantas membuka pintu dan kelihatan kak asma sedang menghadap laptopnya.. dan kembarnya pula, kak arma sedang sibuk study di atas katil. Kembar yg sgt kukagumi..begitu akrab sekali..Aku tersenyum dan melangkah masuk..

"Fifi...!!...." Girang sekali sambutan mereka sambil memanggil namaku.. seperti lama benar tidak bersua.. sedangkan baru sahaja bertemu di masjid ketika solat magrib dan isya' tadi.. kak arma lantas bangun dan duduk menghadapku...

"Nah.. ni saje yg sy ada kak.." kataku sambil menghulurkan plastik hitam itu kepada kak asma..

"Terima kasih ya fifi..malu akak.." balas kak asma..

"Sama2 kasih.. nak malu ape kak.. kebetulan sy ada.." Balasku sambil memeluk erat bahu kak asma..sayangnya aku pada mereka..dan sahabat2 yg lain.. manis betul kurasakan ukhwah ini.. mungkin kerana persahabatan yg terjalin antara kami adalah kerana cinta padaNya..

perbualan kami lantas bertukar topik..

"Fifi..tersentuhnya akak tgk dokumentari ni.. baru tersedar..dalam doa pun jarang sekali berdoa untuk mereka..Terima kasih ya bagi alamat wbsite ni.." kelihatan penuh sayu wajah kak asma sambil menunjukkan dokumentari pada laptopnya...

"Sy pun baru pas tgk dokumentari ni kak.. kbetulan sy baca kat blog sahabat.. suh bukak link ni.. sedih betul kak.. tengok macammana kesan kejatuhan Empayar Uthmaniah..macammana saudara seislam kita dipukul,ditembak dan dibuat seperti binatang.. yg paling sy x tahan bila tgk macammana yahudi laknatullah merogol muslimah kita kak.. sakitnye kak.." mindaku terbayangkan bagaimana muslimah kita ditarik dgn ganas..dibogelkan..dan dirogol dgn penuh rakus dan seakan berpesta oleh tentera yahudi laknatullah yg celaka itu..marahnya ak pada mereka!!

Rasulullah SAW bersabda:

" Kelak, umat-umat lain akan mengerumuni kalian seperti org2 yg lapar mengerumuni hidangan mereka"

salah seorang bertanya
"adakah kerana bilangan kita sedikit pada ketika itu?"

Nabi SAW menjawab
"Tidak, pada ketika itu bilangan kalian ramai, namun kalian adalah seperti buih di lautan..Allah akan menghilangkan perasaan takut dari hati musuh kalian dan Allah akan mencampakkan "Wahn" ke dalam hati kalian..

salah seorang bertanya..
"Apakah itu 'Wahn' wahai Rasullullah?"

Nabi menjawab..
"Cintakan kehidupan dan membenci kematian" (HR : Abu Dawud & Ahmad)

Pihak barat diketuai oleh Britain & Perancis mula menjelajahi dunia Islam pada kurun ke 19. Bermula pada tahun 1915, Britain memulakan penaklukan ke atas Iraq. Deklarasi Balfour 1917 adalah persediaan ke arah penubuhan negara Israel. Bermulah kehancuran dari sebuah negara Islam ke sebuah negara Islam yg lain. Pertumpahan darah saudara seIslam kian rancak..tangisan kanak-kanak kecil dan kaum hawa yg tidak berdosa kian memuncak.

Ini adalah rintihan dari muslimin di sana yg dapat sy paparkan untuk semua


" Al-Aqsa mengharapkan..menyeru..memenaggil kaum muslimin. Dan anak-anak di tanah Isra Rasullullah dibunuh oleh kaum yahudi seolah-olah mereka ini serangga. dan mereka menyeru kepada ummah.. "Lindungilah kami!"


Dan kaum wanita bercucuran airmata mereka di Masjidil Aqsa, mereka menjadi balu, mereka dibunuh, dan kemuliaan mereka dicabuli!! di atas bumi mereka. Lalu, apakah yg dilakukan oleh kaum Muslimin???

Kaum Muslimin di BaitulMaqdis telah meminta pertolongan dari kalian.. dari para pemimpin muslimin yg khianat. dan dari anak-anak Islam yg mendakwa mereka ini adalah merupakan pengikut Rasullullah Al Mustafa.. Lantas pakah yg dilakukan oleh umat Islam?? Apakah umat ini mengikut apa yg dilakukan oleh Rasullullah?? Tidak sama sekali!!

Dan sy bertanya kepada kalian wahai kaum muslimin..

Sy bertanya kepada kalian, bagaimanakah kelak kalian akan berhadap di hadapan Allah yg mengetahui segala yg tersirat dan tersurat?

Bagaimanakah kalian akan berhadapan di hadapan Allah?? Ketika yg bersama kalian adalah seorang anak dari kaum muslimin di Palastin.. Ia berkata.. 'Ya Allah, aku telah meminta pertolongan dari umat Islam, namun umat Islam tidak menjawab panggilanku'.

Di manakah tentera muslimin??..mengapakah pertolongan tentera antarabangsa yg dipinta?? Dimanakah tentera Mesir?
Dimanakah tentera Syria?
Dimanakah tentera Jordan?
Dimanakah tentera Yamen?
Dimanakah tentera Algeria?
Dimanakah tentera Indonesia?
Dimanakah tentera Malaysia??

Dimanakah bom-bom Pakistan?
Untuk siapakah bom-bom ini dihasilkan?
Dan untuk siapakah tentera2 dihasilkan??

Wahai Manusia!!

Aku bersuara untukmu dalam kesedihan! Dengan kepiluann di dalam hati aku bersuara denganmu.. dan aku ingatkan kamu :

Suatu hari nanti kalian akan berdiri di hadapan Allah yg Maha Mengetahui. yang akan bersamamu pd hari kiamat adalah anak kecil yg berkata..

"Ya Allah Ya Tuhanku.. umat Islam telah mengecewakan aku. dan Ramadhan berlalu tanpa umat ini berbuat apa2.."

Bilakah umat Islam akan bangun??

Bilakah umat Islam akan sedar permasalahan umatnya??

Bilakah umat Islam akan kembali pada agamanya??

Bertaqwalah kepada Allah dan bebaskanlah diri kalian dari Wahn (Cinta dunia & Takut Mati)"

Semoga kita selaku umat Islam akan tersedar dari lena dan bangkit melakukan sesuatu untuk agama klita yg kian terancam. Aku begitu terpadah dgn ungkapan muslimin ini..aku begitu malu dengan kata-katanya.. Disini ku sertakan link agar kalian dapat melihat sendiri secebis dari kesengsaraan yg mereka hadapi.. http://www.kuliyah.net/V1/


Tuesday, November 18, 2008

-Hinanya diriku-

Bismillahhirrahmanirrahim..

Aku selalu terfikir..knapa aku begini lemah..knapa aku x seperti yg lain..knapa ak sering terleka..lalai..apakah masih ada kecatatan dalam solatku?..apakah masih ada kecatatan dalam niatku?..banyak sudah tanda-tanda yg telah ditunjuk olehNya..dikala tidur..dikala terjaga..dikala melakukan sesuatu perkara..dikala melayari internet..dikala memerhatikan alam..namun..aku masih begini..tatkala iman sedang melonjak naik dan nafsu untuk beribadah melonjak-lonjak..pasti ada halangan yg membuatkan imanku turun kembali..Aku ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiyah..sungguh cemburu aku dengannya..wanita yg kuat beribadah..aku ingin jadi sepertinya..aku takut..takut sungguh..aku takut dengan azab kubur yg menyakitkan..aku takut dengan azab api neraka yg panas tidak terkata..aku takut melalui titian siratulmustakim yg dibawahnya menyala-nyala api neraka menanti manusia yg berdosa..aku takut sewaktu amal kebajikanku ditimbang di neraca kelak..timbangan manakah yg akan lebih berat?..aku takut sewaktu segala perlakuanku ditayangkan kelak..tayangan apakah yang bakal kulihat?..aku takut apakah aku akan menerima buku amalanku dengan tangan kananku atau sebaliknya..aku takut..adakah aku akan mati dalam keadaan yg mengucap dua kalimah syahadah atau tidak..aku gementar dengan ayat2 Allah di dalam kalamNya..Kenapa aku begini?Tatkala insan lain sedang menikmati kemanisan beribadah dengan ganjaran pahala 27 kali ganda di rumah Allah.. aku masih disini..tatkala insan lain sedang asyik menitiskan airmata di tikar sejadah di dua per tiga malam dan menikmati kemanisan bersendirian bersama Kekasih..aku masih disini..Tatkala insan lain tersenyum mengkhatamkan Kalam Allah..aku masih begini..Tatkala insan lain sedang menghabiskan masa berfikir untuk kerja-kerja Islam..aku masih disini..Tatkala insan lain sedang sibuk berprogram mendidik anak bangsa..aku masih disini..aku cemburukan mereka..aku juga ingin menjadi seperti mereka.. Ya Allah.. Berilah aku kekuatan...

-Aku dan Tembikai-

Tengahari ini tiada juadah istimewa buatku..Hanya sebahagian tembikai merah yang ranum menjadi santapan..tembikai yg kubeli semalam selepas menghantar ina ke airport utk pulang ke semenanjung..buah-buahan memang menjadi favourite ku..trlampau sukakan buah..sampai nasi tolak ketepi..hmm..lagipun x terasa lapar sangat..

Tembikai oh tembikai.. rasamu manis sekali.. airmu menghilangkan dahaga.. biji-bijian mu membuatkan aku terfikir.. "untuk merasai kenikmatan perlu ada halangan".. dengan dirimu yg tidak boleh bersuara pun bisa membuatkan manusia berfikir dan mendapatkan iktibar darinya..Maha suci Allah yang menciptakan engkau dan aku..

Sewaktu makan tembikai itu.. aku teringat satu mutiara kata yang terdapat di dalam koleksi mutiara kataku mengenai tembikai..

"Akhlak yang buruk itu ibarat tembikai yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah "- Wahab B Munabin

ungkapan yg bisa membuatkan minda berfikir.. dan menjadikan ianya sebagai pedoman..Akhlak yang mulia mencerminkan peribadi..




ni plak tembikai yg org2 kat jepun tanam.. hmm.. kemajuan teknologi??atau sebaliknya?? apa2pun.. Rasa tetap sama..


-Wasalam-

-Fungsi Otak Bahagian Ubun-ubun-

"Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka). Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah. "
(Al-’Alaq: 15-16)


Imbasan yang dilakukan ke atas otak manusia menunjukkan bahawa otak orang yang sedang bercakap bohong kelihatan berbeza dengan otak orang yang sedang bercakap benar.
Kajian yang dibuat dengan menggunakan pengimejan dengan menggunakan getaran magneti (atau fMRI) bukan sahaja menunjukkan apa yang berlaku kepada otak apabila seseorang sedang menipu, ia juga membolehkan penciptaan alat mengesan penipuan.
Terdapat banyak kawasan-kawasan yang unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh diukur dengan kaedah fMRI.

Satu kajian telah dilakukan ke atas 10 orang secara sukarela. Enam orang daripada mereka diarahkan untuk menembak dengan menggunakan pistol mainan dan diminta untuk menipu bahawa mereka tidak melakukannya.
Tiga orang yang lain diminta untuk melihat perbuatan menembak oleh ke enam-enam orang tersebut tersebut dan diminta untuk menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Aktiviti otak mereka dikesan menggunakan fMRI.

Terdapat perbezaan aktiviti otak yang jelas antara otak orang yang menipu dengan otak orang yang bercakap benar. Dalam otak penipu terdapat tujuh kawasan yang aktif dan hanya empat kawasan otak yang aktif bagi orang yang bercakap benar.
Secara umumnya, otak akan berusaha lebih keras lagi untuk menipu berbanding dengan bercakap benar kerana penipuan menyebabkan berlakunya aktiviti di bahagian hadapan otak yang merangkumi bahagian medial inferior dan pre-central area dan hippocampus dan juga kawasan temporal tengah dan juga kawasan limbic.
Begitu juga semasa bercakap benar, terdapat juga aktiviti dibahagian otak hadapan, temporal lobe dan cigulate gyrus.

**Sains dan Islam penguat iman**

-Pemimpin yg patut dipilih-

Ummat Islam amat2 memerlukan kalangan pemimpin yang adil, takwa dan taat kepada suruhan Allah SWT, melaksanakan hukum-hukum Allah dan syariat Allah serta menjauhi segala larangan-Nya, kerana kelak di akhirat, jika mana2 pemimpin melanggar amanah Allah dan rakyat jelata,akan ditanya Rabbul Jalil akan peranan dan sumbangan kepada agama Islam, negara dan rakyat...memang berat tugas pemimpin...perlu memiliki ilmu utk mengimbangkan antara keperluan duniawi dan ukhrawi, bertugas sebagai pekerja kepada rakyat dan bukannya atas sebarang kepentingan diri, hanya mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Kewajipan melantik pemimpin yang adil adalah merupakan satu tanggungjawab yang tidak dapat disangkal lagi buat setiap insan yang mengungkap dua kalimah syahadah ,ini kerana pemimpin adalah merupakan khalifah Allah yang melata diatas muka bumi allah ini.Kepincangan dalam pemilihan ini sebenarnya boleh membawa kepada lenyapnya keadilan dan keamanan dan seterusnya akan meletusnya kemungkaran dan kerosakan yang tidak terhingga.

Maka tidak hairanlah ,Islam telah menjanjikan kedudukan yang tinggi kepada para imam yang adil dan mereka inilah pewaris para nabi yang sentiasa menjaga kesucian agama Allah daripada terus dicemari.Sabda Rasulullah dalam hadisnya:

"Orang yang paling disayangi oleh Allah pada hari kiamat dan paling rapat kedudukan nya dengan Allah kelak ialah para imam yang adil". (Riwayat Tarmizi)

Justeru, Islam telah melakarkan kepada kita beberapa ciri yang perlu ada pada umara-rabbani ini.:antaranya:

1 . Islam . Pemimpin itu mestilah seorang muslim yang benar-benar menghayati agamanya. Ini kerana islam tidak membenarkan adanya golongan kafir yang memerintah umat islam.

2 . Adil . Sifat ini perlu dimiliki oleh pemimpin umat islam, ekoran begitu pentingnya tampuk pemerintahan yang dipegangnya itu. Ia adalah ibarat penyaksian kepada terlaksananya hukum Allah atau tidak dimuka bumiNya ini. Sebagimana syarat penerimaaan syahadah dalam hukum jenayah memerlukan sifat adil ini, maka apatah lagi tugas besar memimpin umat islam.

3 . Ilmu. Golongan ulama dan umara perlu digabungkan untuk membentuk satu kesatuan bersepadu merencanakan arah geraknya masyarakat Islam didalam kehidupan seharian. Apatah lagi kalau sifat ini dimiliki pula oleh seorang pemimpin yang berwibawa dan berhemah tinggi.

4 . Melaksanakan hukum Allah.

5 . Bersikap sama rata dan tidak berlaku zalim.

Sepotong kata-kata jawapan yang telah dinyatakan oleh Al-imam Hasan al Basri kepada Amirul Mukminin –Umar bin Abd Aziz ketika ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang pemimpin umat islam dengan katanya,


" Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi. Dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya, dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnya –menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-kali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka,tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustad'afin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang–orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka."


Beginilah syakhsiah yang kita cari, dan inilah kriteria kepimpinan yang diimpikan oleh Islam dalam masalah ini.Cuma apa yang diharapkan ialah mereka ini mampu untuk melaksanakan perintah dan hukum Allah diatas bumi ini.

Monday, November 17, 2008

-Pilot peluk Islam selepas bawa jenazah Ulama'-

Sewaktu sedang melayari internet dan melawat blog-blog sahabat.. ak tertarik dengan satu artikel yg ditulis oleh seorang sahabatku.. ingin ku kongsikan artikel ini buat semua..


* * * *


"Hello Man, hang dah baca mastika bulan julai lepas?" Tanya seorang kawan tiba-tiba.

"Tak baca pon. Tak dak masa aku nak baca buku-buku macam tu. Bukan best pon" aku menjawab

"Hang try cari, hang baca artikel pilot peluk Islam selepas bawa jenazah ulama tu. Lepas tu hang cari la sapa ulama tu"

"OK!" jawab aku dengan tidak berapa semangat.

Sebenarnya aku malas nak baca buku-buku macam tu. Sebab isi dan isu yang diutarakan kurang menarik minat aku. Tetapi dah kawan suruh baca, tu yang baca juga.







Selepas berfikir sejenak, saya membuat keputusan siapakah ulama yang dimaksudkan kerana dalam mastika itu, tidak dinyatakan siapa nama ulama tersebut. Maybe sebab politik kot. Pada firasat saya ulama yang dimaksudkan ialah Al Marhum Dato’ Hj. Fadhil Mohd Noor.

Sebab apa saya kata demikian?

1. Dalam mastika menyebut kejadian itu 6 tahun dahulu.
-Ustaz meninggal pada 23 Jun 2002.

2. Dalam itu juga dinyatakan ulama itu meninggal sebab sakit jantung dan meninggal di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
-Ustaz menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung di Hospital Kuala Terengganu mula-mula. Selepas itu dibawa ke HUKM.

3. Jenazah ulama itu diterbangkan dari Subang airport ke utara Malaysia.
-Jenazah ustaz diterbangkan oleh TUDM dari Subang Airport ke Penang Airport.

4. Jasadnya disemadikan di sebuah madrasah di tempat kelahiran beliau.
-Ustaz Fadhil Noor dikebumikan di Madrasah Darul Ulum di Pokok Sena. Madrasah itu diasaskan oleh ustaz sendiri. Ustaz juga ada menyuarakan agar jenazahnya disemadikan di madrasah itu. Ustaz juga dilahirkan di Alor Setar, Kedah




Al Marhum Dato’ Hj. Fadhil Mohd Noor

"... kalau boleh saya tak nak berhenti bercakap sebab saya berucap dengan orang yang saya kasihi dan saya sayang!" -- Diucap oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ketika majlis penutupan Muktamar PAS ke-48, muktamar yang terakhir sebelum beliau menghembuskan nafasnya terakhir.

Rujukan:
Wikipedia - Ustaz Fadhil Mohd Noor
Al Marhum Dato’ Hj. Fadhil Mohd Noor


Subhanallah. Amat kagum saya membacanya. Sudah meninggal pun masih mampu berdakwah. Bukan calang-calang orang dapat melakukan sebegitu.

Kedatangannya disyukuri, pemergiannya diredhai.

Al-Fatihah buat beliau dan sekeluarga.

Takbir!
Allahuakbar!
Takbir!
Allahuakbar!
Takbir!
Allahuakbar!

( Dipetik dari blog seorang sahabat..)

-kau membuatkan aku jatuh cinta-

Semalam dan hari ni adalah antara hari yg seronok dan mengembirakan buat aku.. syukur padamu Ya Allah.. masih memberikan kesempatan buat ak merasai nikmat iman dan islam dan diserikan lagi dengan nikmat persahabatan yang indah..

Tinggal di bilik 'single room' sememangnya menyeronokkan bagi sesetengah student dan bagiku jua. Agak 'privacy'. Namun, kadangkala ada buruknya.. Kurang bermasyarakat.. Namun semalam kesunyianku di bilik terubat dengan kehadiran insan istimewa yg menemaniku.. insan yg telah lama kurindui.. sudah lama kami tidak duduk bersama,makan bersama,ketawa bersama,berkongsi masalah dan cerita bersama dan tidur bersama.. mungkin kerana kesibukan belajar dan program membataskan hubungan kemesraan yang amat manis itu.



"mek.. nak watpe eh malam ni?" teringat lagi perbualan aku dan nur semalam..mek adalah panggilan manja aku padanya..

"tengok tb nak?" nur memberi cadangan sambil tersenyum ala2 kambing dan mejeling manja.. memang kelakar muka kawan aku ni.. huhu..

"ala.. tb da xle bukak le.. website tvmalaysia tu da x provide tb.. yg ada movie je.." aku membalas dengan sedikit kekecewaan.

"movie pun movie la.. tgk hindustan nak?" nur memberikan cadangan yg membuatkan aku tergelak besar..

"Hindustan??ko biar betul.." aku menyoal antara percaya atau tak.. hmm.. nur nak tgk hindustan??? pelik benar bunyinya.. otak ak lantas terbayang muka shahruk khan, hero hindustan yg poyo dan perasan macho tu..

Hmm.. sudah berkurun x tgk movie..aku lantas membuka website tv malaysia..dan ku arahkan cursor mouse ke perkataan hindustan.. dan memilih satu tajuk cerita..setelah aku klik..

"Heheheheheheehehehe.." Kami berdua tergelak besar.. tergelak krn malu..aksi yg amat hodoh dan memalukan tiba2 ditayangkan..bahaya betul movie kalau x pandai pilih..

"Tgk citer lain la.." ak bersuara..nur hanya menganggukkan kepala..

"Kiter tgk citer lama nak x? kiter tgk citer Ali Setan..huhu" Kataku memberi cadangan..

Aku sebenarny da penah tgk citer tu sblm ni.. saje je tgk lagi.. sbb kelakar. walaupun x brapa sesuai ditonton.. kisah percintaan zaman remaja. cinta.. cinta.. hmm.. cinta.. membuatkan otakku ligat berfikir..cinta??

sambil nur menonton, sempat juga ak mengoreng keropok dan sosej.. khas buat sahabatku yg kurindui.. da lama x lepak bersama. ini je juadah yg sempat ak sediakan. simple..tapi ku goreng dengan penuh kasih sayang khas buat sahabatku..ceceh.. :)

Kisah Ali Setan banyak pengajarannya.. kasih anak kepada ayahnya.. kasih abang kepada adiknya.. kasih sahabat kepada sahabatnya..dan pengajaran yg paling utama adalah kesan buruk akibat cinta sebelum bernikah.. kerana percayakan lelaki akhirnya maruah tergadai.. Benarlah Firman Allah tentang laranganNya terhadap mendekati zina..

"La Takrabuzzina.."Jangan kamu mendekati zina..

kerana Allah itu maha mengetahui dan kasihkan hambanya..manusia dilarang mendekati zina apatah lagi melakukannya.. kerana dengan mendekati zina seperti bercinta dan keluar berdua-duaan syaitan pasti berusaha menghasut manusia ke lembah maksiat dan pastinya menghancurkan diri sendiri..

Kisah lama terimbas kembali.."ah!! aku adalah aku yg sekarang" hatiku bersuara..

"Syukur padaMu Ya Allah.. Kau telah memberikan hidayah kepadaku sebelum sempat aku dihanyutkan dengan arus yg bisa merosakkan hubunganku dengan Mu..Istiqamahkanlah aku dgn jihadku ini.." syukurku pada Yang Esa kuiringi dgn setangkai doa memohon perlindungan dariNya.

Hari bermakna itu pasti tidak dapat kulupakan.. saat aku mendapat petunjuk dariNya.. dan doaku selama ini menampakkan hasilnya.. Berkat Bulan itu.. Bulan yg dimana malamnya tidak terdapat pada malam di bulan yg lain..kerana itu, peluang yg ada pada bulan itu kugunakan sebaik mungkin agar harapanku dan hajatku selama bertahun ini dimakbulkan olehNya..

Nur tidur lebih awal dariku.. saat aku merebahkan badan disisi sahabatku.. kutatap penuh sayu wajahnya yg jernih itu.. benar.. dialah sahabatku itu.. sahabat yang digambarkan seperti di dalam hadis yg selalu kubaca dan kuhayati..kerna ak juga ingin menjadi sperti itu..

“Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian..’


"Ya.. itulah yg dapat kulihat tiap kali menatap wajah dan melihat tingkahlakunya.." hatiku mengakuinya..

Sebelum mataku melabuhkan tirainya..aku menadah tangan dan memohon pada Yang Maha Pengasih dan Penyayang.. "Ya Allah.. berkatilah hubungan aku dan dia dan ampunkanlah dosa-dosa kami..Semoga hari esok lebih baik dari hari semalam..Amin."

"Pernah Rasulullah s.a.w. ditanya oleh para sahabat, "Apakah ciri-ciri seorang manusia yang boleh dijadikan sebagai teman yang baik? Baginda s.a.w. menjawab (dengan maksud), "Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika mana kita mengingati Allah s.w.t. dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika mana kita alpa dan lalai dalam mengingati-Nya".

"Sahabat bertanya lagi, "Apakah pula ciri-ciri sahabat yang tidak baik?" Baginda s.a.w. membalas (dengan maksud), "Dia adalah teman yang bukan sahaja tidak membantu kita semasa kita mengingati Allah s.w.t. malahan dia juga tidak menegur semasa kita alpa dalam dosa dan maksiat."






*Sahabat.. I have think for so much words.. But nothing is better than Thank You!*-Wasalam

-Banggunan yg tersusun kukuh-

Jumaat lalu peperiksaan semester 1 ak telah berakhir.hmm.. alhamdulillah. Allah memberikan kesempatan buat aku menghabiskan peperiksaan tanpa ujian demam seperti saban tahun yg aku alami. Kali ini.. aku tidak diiuji dgn demam dan penyakitnya yg lain.

Saat pulang ke kampung halaman memang saat yg paling menyeronokkan. Aku sepatutnya sudah bisa merasai indahnya keharmonian bsama keluarga sejak hari sabtu lagi.Namun aku masih belum bisa pulang ke kampung kerana masih ada tanggungjawab yang masih belum kulaksanakan. InsyaAllah..24 Nov ini jam 1040am barulahya aku akan terbang ke semenanjung.

"Kenapa lambat sangat balik?" Ramai sahabat-sahabat satu kos dan kenalanku yg lain mengajukan soalan yg sama. Aku hanya mampu tersenyum sebagai menggantikan jawapan bagi soalan mereka.

"Masih ada tanggungjawab yg belum kulaksanakan. Biarlah.. mereka tidak mengerti dan sukar buat aku menjelaskannya. Hanya insan-insan seperjuanganku yg tahu dan mengerti akan alasanku ini..tiada sumbangan besar yg aku sumbangkan selama ini. Hanya cuti 10 hari ini yg mampu kusumbangkan. Semoga pengorbanan sekecil zarah ini dapat membantu memberatkan neraca timbangan amal kebajikanku kelak.." hati kecilku bersuara.. senyuman terus menghiasi bibirku. Ayat ke 4 dari surah As-Saff menjadi sumber kekuatanku..

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh." (AsSaff:4)

*Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu..*

Sunday, November 16, 2008

- Burung-burung itu-


Di pagi yang hening..
Di lena yang panjang..
Di kala azan sudah lama berkumandang..
Dan mentari mula memancarkarkan sinarnya..
yang kelihatan sayup-sayup di ufuk timur..

Burung-burung itu..
sedang sibuk berzikir..
dengan alunan yang sungguh merdu..
berzikir dan terus berzikir..
mensyukuri nikmat kurniaan Yang Esa..

semakin hampir subuh melabuhkan tirainya..
semakin rancak kicauannya..
dan kian rancak..
dengan pelbagai irama..
yang cukup indah dan mengasyikkan..

Namun..
kicauan mereka..
masih belum bisa membangunkan..
insan-insan yang bergelar makhluk terhebat ciptaan Yang Maha Kuasa..
Kicauan mereka..
hanya menambahkan keenakan dan kenikmatan melayari mimpi-mimpi indah manusia yg alpa..

Mungkinkah kerana mereka hanya makhluk yang kerdil?
mungkinkah kerana mereka hanya mempunyai suara yang halus?
atau mungkinkah kerana mereka masih belum cukup bersatu
mengalunkan kicauan secara berkumpulan?

Kalaulah manusia bisa mendengar dan memahami kicauan mereka..
sudah pasti semua akan bangun dan menunaikan tanggungjawab pada yang Maha Kuasa..
kerna mereka pasti berkata..

"Wahai manusia! Bangunlah kamu dari lenamu.. sempurnakanlah tanggungjawabmu kepada pencipta sekalian alam.. Sedarlah engkau wahai manusia! Siksaan azab dari pencipta engkau dan aku adalah sangat pedih dan menyakitkan!"

Tika itu..
pasti manusia tidak lagi mampu terus melayari bahtera mimpi indah..
Tika itu..
pasti manusia berlumba-lumba ke rumah Allah untuk mendapatkn pahala yang berlipat kali ganda...
Tika itu..
pasti manusia baru tersedar dan menangisi serta menyedari bertapa banyaknya solat subuh yg telah mereka tinggalkan..

Di akhirat kelak...
saat amalan sedang ditayangkan..
saat neraca timbangan sedang dihitung..
Tiada lagi alasan untuk aku dan engkau..
melepaskan diri dengan pelbagai helah..

Kerana sedarlah..
setiap waktu dan ketika..
Allah sedang memerhatikan kita..
dan malaikat-malaikatnya..
patuh dan jujur melakukan tanggungjawab mereka..
mencatit tiap amalan insan yang bergelar manusia..

Semoga Allah mengampuni dosa aku dan engkau..

-Wasalam-

-Kisah Ibu.. Sayangilah Ibumu..-

"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.Masa terus berlalu...Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.Setahun berlalu..."Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik."Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak."Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada."Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.



"Pesanan: Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah "SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU", penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya...

"Saya Sayang Ibu"

Sabda Nabi Muhammad SAW. ketika ditanya salah seorang sahabat,
“Wahai Rasulullah siapa orang yang pertama kali harus aku hormati?”. Nabi mejawab, “Ibumu”. Lantas sahabat bertanya lagi, “Lalu siapa lagi wahai Rasulullah?”. Beliau menjawab, “Ibumu”. Untuk ketiga kalinya sahabat bertanya lagi, “Lalu siapa lagi?”. Beliau menjawab dengan jawaban yang sama, “Ibumu”. Pada keempat kalinya sahabat bertanya, “Lalu siapa lagi?”. Nabi menjawab, “Ayahmu”.

(..Kuhadiahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Ibuku yg kuridui..)

Thursday, November 13, 2008

-boroskah aku?-

entah kenapa hatiku hari ni cukup gelisah..badan menggigil.. tidak tenang skali kurasakan..

"knape ni?..dosa apa yg aku dah buat hari ni?.. Ya Allah... ampunkan aku.." hati kecilku bersuara... sambil memikirkan apa perkara yg dah aku buat sepanjg pagi tadi hingga saat ini..

lantas, tafsir quran hijauku kuambil..kudakap erat didada..kupejamkan mata..dan dengan sepenuh hati..aku cuba berisrighfar..

" Astaghfirullah hal azim.. Astagfirullah hal azim.. Astaghfirullah hal azim.. Ya Allah.. sesungguhnya Engkau lebih mengetahui segalanya.. aku cuma insan yang kerdil dan slalu melakukan kesalahan... Ya Allah.. aku mohon petunjuk dariMu.. tunjukkanlah aku akan kesalahanku.. yang membuatkan aku sehingga tidak tenang sebegini.." aku memohon dengan bersungguh-sungguh..dan benar-benar mengharap petunjuk dariNya..

Lantas dengan lafaz Bismillah..tafsir hijauku ku buka secara rawak.. inilah kebiasaan kulakukan jika hatiku tidak tenang.. memohon petunjuk dari Allah melalui ayat-ayat Nya.. lantas kubaca tafsiran ayat surah yg kubuka secara rawak itu...inilah ayat yg pertama ku lihat dan kubaca..

" Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan; dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros.." (Al -Israa : 26)

"Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara setan dan setan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya." ( Al-Israa :27)

aku lantas menutup kembali tafsir hijauku dan mendakap erat ke dadaku...tanpa kusedari, air mata mula jatuh bercucuran tanpa henti.. aku mula sedar.. mungkin Allah ingin memberi teguran kepadaku.. aku mula sedar..aku mula menyingkap kembali.. apa yang sudah aku lakukan beberapa jam yg lalu.. memang betul.. ia berkaitan.. "Ya Allah...ampunkan aku.."

"Assalamualaikum..hello..fifi..ble x temankan aku ke cafe? laparla.." kedengaran suara ina melalui corong handphone ku...jam waktu itu menunjukkan kul 12.04 tghari..

"Waalaikumussalam.. emm.. bolehla.. ak siap jap.." balasku ringkas..lantas panggilan kumatikan..

sewaktu di cafe aku dan ina membeli makanan.. menu yg ada bolehlah dikatakan sedap hari ni.. aku lantas membungkus nasi bersama telur dadar.. x cukup dgn itu.. ku pergi ke gerai berhadapan dan membeli sambal tempe.. sosej masak merah dan pastinya ayam goreng kegemaranku.. hmm.. banyaknye aku beli.. nafsu membatasi segalanya.. ah..bukan selalu.. bentak hati kecilku..

sampai dibilik.. aku lantas membuka bungkusan makanan dan menikmati makanan yg kubeli.. tapi.. baru 3 ke 4 suapan.. aku mula merasa kenyang..

"isk.. x larat la nak habiskan..makan guna tangan..mesti basi kalau simpan.." hatiku bersuara..

lantas semua sisa makanan kubuang ke dalam tong sampah.. selalunya aku akan ambil separuh sahaja makanan yg kubeli dan yang selebihnya kusimpan utk makan semula jika lapar.. tapi hari ini, tak sempat diasingkan kerana terlalu mengikut nafsu yg mengatakan aku mampu menghabiskn semua makanan..akibatnya.. makanan kubuang begitu sahaja..tanpa niat utk menyedekahkan makanan itu kepada haiwan dan bakteria pengurai seperti yg biasanya kulakukan..

kalaulah nasi itu boleh bersuara..tentu nasi itu akan berkata..

"tolonglah kasihani aku..aku ini rezeki dari Tuhanmu.. habiskanlah aku.. jangan dibaziri aku..tolonglah wahai manusia.." inilah yg pasti nasi itu katakan padaku dengan deraian air mata andai dia boleh bersuara..

kini aku sedar..itulah dosa yang aku lakukan sehingga aku tidak setenang ini.. ayat Allah dari surah Al-Israa ayat 26 dan 27 itu benar-benar telah membuatkan aku malu pada Penciptaku.. benar-benar memberi peingatan kepadaku.. sikap boros adalah kawan syaitan.. syaitan kini pasti sedang bergembira dan meraikan kemenangan kerana telah berjaya menewaskan seorang lagi manusia..

"Durjana kau syaitan!!"

"Ya Allah.. ampunilah aku.. aku mengakui akan dosaku.. Terimalah Taubatku.. janganlah Kauhumku dengan azab siksaMu yang amat pedih.. aku tak sanggup menghadapi api nerakaMu yang amat menyakitkan..Astaghfirullah hal azim.." deraian air mata semakin menghujani pipiku..

aku kembali membuka tafsirku dan terlihat sepotong ayat ini yang benar-benar menyejukkan hatiku.. semoga Allah menerima taubatku.. Amin.. -Wasalam-


"Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertobat." ( Al-Israa : 25)


**Kuserahkan cinta ini..hanya padaMu oh Tuhan..**

Wednesday, November 12, 2008

-UNTUNGNYA AKU PUNYA AYAH-

“Assalamualaikum..Hello..ayah da sampai umah ke?”soalku setelah panggilan diangkat.

“Waalaikumussalam..belum lagi.. ayah baru sampai Kampar.. lambat sikit bertolak tadi..” kedengaran sayup suara ayah berlatar belakangkan suara yang agak hingar..

”Owh.. ingatkan da sampai tadi.. xpela kalau macamtu..”balasku agak lega setelah panggilan pertamaku tidak bersambut. risau juga..hmm.. malam la jawabny ayah aku sampai umah..

Ini kali ketiga aku telifon ayah sejak tengahari tadi.. ayah pergi berkursus di Trolak..pagi tadi, hari terakhir kursus.. tengahari bertolak pulang ke rumah..untuk hari terakhir sebelum pulang ayah perlu menduduki satu exam..itulah yg ayah bagitau ak semalam..



” He..he.. he..ayah amik exam??” ak ketawa kecil..lucu sekali mendengar kabaran ayah.

teringat lagi perbualanku dengan ayah malam tadi.. waktu tu hampir kul 11 malam..geli hatiku mengenangkan ayah perlu amik exam dgn usia yg da hampir 53tahun...

”Jangan lupa buat solat hajat..tidur awal..siapkan alat tulis..he..he..he..”aku mengusik ayah dengan ayat yg selalu ayah gunakan kepadaku tiap kali aku exam..

”Tu la...kan da pesan belaja dari awal.. jangan main2.. kan da susah.. he..he..he..he..” usikku lagi...

”He..he..kenakan ayah yer..owh...perli ayah la tu..he..he..ni tengah study la ni..” balas ayahku riang..

Seronok mendengar suara riang ayah.. hmm..rindunya kat ayah.. biasala.. bila da dok jauh ni baru tau nak rindu.. kalau dok umah..kadang-kadang tu nakal gak..ayah jarang pergi ke mana-mana kursus sejak aku berumur 10 tahun.. walaupun banyak kursus yang perlu dan wajib dihadirinya..semuanya ditolak dengan alasan yang sememangnya diterima oleh pihak atasannya..”sy tidak boleh tinggalkan anak-anak..takde siapa jaga mereka..”

Cuma sejak 2-3 tahun kebelakangan ini baru ayah selalu menghadiri kursus.. mungkin sebab kami semua da besar..barulah ayah berani meninggalkan kami.. tapi lain pulak akibatnya bila kami x biasa berpisah ngan ayah.. biasanya ayah ke kursus bukan lama..3 hingga 4 hari je.. tapi setiap kali ayah nak tinggalkan kami..mesti ada yg tak tahan nak sembunyikan rasa sedih.. menagis dan rumah pasti sunyi seketika.. 3 hari ibarat 3 tahun lamanya..

waktu itu barulah semua pandai berdikari..bangun subuh sendiri.. siapkan diri ke sekolah sendiri.. cusi pakaian dan jemur pakaian sendiri.. masak sendiri..dan waktu tu barulah rasa cammana susahnya ayah besarkan kami 6 beradik.. itupun kami buat kerja 6 orang..ayah?buat seorang diri saja semuanya...kalau aku dan abang-abangku ada di rumah senanglah sikit adik-adikku yang 3 orang ni.. tapi kalau kami takde n dok kat u..sayu hati aku bilamana diorang tinggal sendiri..

hanya telefon yg boleh aku lakukan...telefon untuk bangunkan..telefon untuk pastikan diorang ke sekolah..telefon utk pastikan diorang da makan..mengaji quran dan solat..yang peliknya adik-adikku secara automatik pandai pula buat semua kerja sendiri..hmm...itulah kisah bila ayah tiada di rumah.. kami terlalu sayangkan ayah..syukur punya ayah yang soleh sepertinya..Terima kasih Allah..aku terlalu bersyukur atas kurniannmu yang tak terhingga ini..-Wasalam-

"Dan tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendak-lah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun perkataan ah.. dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia yang bersopan santun. " (Al-Israa : 23)

"wajah mana pilihanmu?"

wajah-wajah mayat di dalam kubur

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi.
Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih ....

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.
Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai.
Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum.
Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

** Bagaimana keadaan aku kelak??? Ya Allah!! ampunilah aku...
Bagaimana keadaan dirimu kelak??fikir-fikirkan..jika masih tidak menggeletar badan engkau dan aku, tidak terkelu lidahku dan lidahmumu..tidak menitis walau setitik air mataku dan airmatamu tatkala membaca peringatan ini..marilah sama-sama muhasabah n analisa kembali diri ini..adakah kita sudah bersedia??-aku yg menulis akan lebih diuji dgn penulisanku-Wasalam**

"Barang siapa yang mengerjakan amal yang saleh maka itu adalah untuk dirinya sendiri, dan barang siapa mengerjakan kejahatan, maka itu akan menimpa dirinya sendiri, kemudian kepada Tuhanmulah kamu dikembalikan." (Al Jaatsiyah : 15)

- risik.. tunang.. hantaran..-


Pada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka

** Berdiri tegak romaku tatkala membaca syair ini.. risik..tunang..hantaran.. dan perkahwinan, yg pasti buatku dan buatmu..tatkala remaja kini leka dan lalai mengejar cinta dunia.. cinta manusia.. kita sebenarnya telah diperhatikan dari jauh oleh jodoh kita ini yg sememangnya pasti menjadi teman pabila tiba masanya kelak.. kerana itu.. aku ingin engkau dan aku.. sama-sama sedar akan jodoh kita ini..dan membuat persiapan sebagaimana ghairahnya bakal pengantin membuat persiapan utk majlis perkahwinan mereka..malah..perlu lebih dari itu. . Diriku akan lebih diuji dengan penulisanku dari org yg membacanya..Semoga penulisanku menjadi peringatan buat diriku dan dirimu..ingatlah.. Mati itu pasti buat diriku dan dirimu.** -Wasalam-


" Setiap yg bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdayakan." ( Ali Imran : 185)

- Aku wanita Api -

Baca dan fikirkan dimanakah anda. Saya rasa apa yang dikatakan ada kebenarannya. Apakata kita kongsi dan hayati bersama pengetahuan ini. Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalamkeluarga:-

a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

Katakanlah kepada wanita yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
(An Nuur : 31)

..Dengan Lafaz Bismillah..

Alhamdulillah..
segala puji & syukur..
pada Allah yg menciptakanku & masih memberikan aku nikmat iman & Islam..
semoga blog ini lebih mendekatkan aku denganNya & mendekat diri pembaca blog ini denganNya..
Sekadar nukilan dari insan yang masih lemah dan memerlukan santapan jiwa..
Untuk tatapan bersama..agar apa yg baik dijadikan teladan & apa yang buruk dijadikan sempadan..Iklas dari diriku yang pernah melakukan kesilapan..-Wasalam-

Sabda Rasullullah
" Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap orang apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu." ( Hadith )