Wednesday, August 29, 2012
Assalamualaikum Warahmatullah..
Alhamdulillah, syukur padaNya, kerna insyaAllah selepas solat asar, hari Jumaat, 31 ogos 2012 ini, sy bakal diijabkabulkan dengan seorang muslimin yang bakal menjadi suami dan kunci syurga buat sy..
Tergerak hati untuk menulis sedikit perkongsian pengalaman sy di ambang bergelar seorang zaujah@isteri..Sy catatkan di coretan ini agar dapat menjadi tatapan sahabat-sahabat sy yang bakal menjadi pengantin atau yang sedang melayari bahtera rumahtangga..mudah-mudahan bermanfaat..
Perkahwinan itu, sering digambarkan sebagai sesuatu yang indah, mendamaikan, dan sesuatu yang didambakan bagi setiap teruna dan dara sebagai jalan untuk membentuk satu ikatan yang menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan bukan muhrim.
Namun, dikalangan mereka yang sudah lama berumahtangga, pasti terdapat penambahan bagi pendifinisian di atas, mungkin ada yang mengatakan perkahwinan itu adalah suatu perhubungan yang penuh onak dan duri, penuh ujian, perlukan kesabaran dan sebagainya. Dan, mungkin juga ramai yang berpandangan, suasana bagi sesebuah rumahtangga itu adalah bergantung kepada bagaimana cara dan halatuju bahtera perkahwinan itu dikemudi.
Menjelang detik bergelar seorang isteri, pelbagai kerja dan persiapan yang perlu dilakukan. Dalam kesibukan itu, sempat juga sy mencuri masa berbual dengan beberapa orang wanita yang sudah berumahtangga dan meminta nasihat daripada mereka sebagai persediaan untuk menjadi seorang isteri dan bakal ibu..
Pesanan dari Kak S: "Nasihat akak, persiapkan diri dengan ilmu agama,gunakan Ramadhan ni untuk sucikan diri. Nanti, waktu nti dah nak nikah, banyakkan baca Al-Quran terutama disaat makin dekat diijabkabulkan. insyaAllah akan beroleh ketenangan."
Sewaktu berbual di telefon bersama Kak S, kedengaran suaminya meberitahu sesuatu kepada kak S, dan Kak S menyampaikan suatu pesanan dari suaminya untuk sy.
Pesanan dari Suami Kak S : "Maziah kena Terima suami seadanya termasuk kekurangan suami.. Dan bersyukurlah kerana mempunyai suami.Sedangkan di luar sana masih ramai yang belum mempunyai suami.."
Pesanan dari Kak N :"Bagi akak, sebagai isteri kena banyak bersabar. Kalau suami marah ke jangan lawan masa die tengah marah.Lelaki ni biasanya egonya tinggi.macam bekas suami akak garang, silapnya kami sebab tak banyak bersabar.."
Pesanan dari Aunty M : "Nanti, bila u Jadi isteri, u kena banyak sabar. Jangan lawan cakap suami u kalau die tengah marah. Tunggu dia sejuk hati dulu, ada masa yang u rasa suami u tengah sejuk hati, baru u bincang dengan dia baik-baik. Terangkan pada dia, kalau u rasa u tak salah. lelaki selalunya penat di tempat kerja cari rezeki, jadi bila die balik rumah, di marah-marah sebab dia penat. u kena banyak sabar..aunty sudah 20 tahun kahwin. Jadi aunty amalkan banyak bersabar dan tolak ansur. Bagi aunty, yang banyak2 cerai di malaysia sekarang, sebab banyak perempuan sekarang jenis garang dan tak da banyak sabar.."
Nasihat dari N : "u kawin muda. nanti u jangan dapat anak dulu. banyak susah.. u tunggu dalam umur u 27 ke baru u plan ada anak. mula2 kawin lagi baik u dengan suami u berdua saja. yang lain tu, u kena pandai jaga hati suami u la.."
Dalam banyak-banyak nasihat, satu nasihat ini agak janggal bagi sy dan ada sedikit rasa kurang bersetuju dengan pandangannya..dan telah sy jelaskan padanya tentang mengapa sy kurang bersetuju. Dalam Islam, antara tanda keberkatan seorang perempuan ialah, rendah maharnya, cepat ia bernikah, cepat ia mempunyai anak.Dan dia menerima penjelasan itu dengan hati terbuka. Namun, sy hargai juga nasihat yang beliau berikan itu..
Panggilan telefon dari seorang dari bakal kakak ipar agak mengejutkan sy. Pertama kali dapat panggilan dari keluarga lelaki sejak bertunang pd 1 julai yang lalu. Beliau bertanyakan khabar dan bagaimana persediaan sy. Dan sy turut mengambil peluang meminta nasihat darinya sebagai persediaan untuk berumahtangga.
Pesanan dari Kak T: "Bagi akak, untuk jadi isteri yang baik,maziah kena faham, perkahwinan tu sebenarnya satu ibadah. Maziah kena faham, dengan maziah melayani suami dan anak-anak, itulah pahala yang kita kutip untuk dibawa ke akhirat nanti.untuk berjumpa dengan Allah. Dan lagi satu, bagi akak, da kawin nanti, jangan peduli sangat apa orang nak kata.."
Itulah antara nasihat dari beberapa wanita yang dapat sy catatkan disini. Disamping dapat mengingatkan sy kembali apabila terlupa kelak, diharapkan juga, catatan ini dapat dikongsikan pada semua pembaca dan diambil pengajaran..
Kesimpulan yang dapat sy buat dari nasihat nasihat ini, antaranya ialah:-
- Perkahwinan itu adalah satu tanda kebesaran Allah yang menghadirkan perasaan kasih sayang dan cinta antara seorang lelaki dan perempuan dengan cara yang halal, meningkatkan martabat manusia dan melindungi manusia dari perbuatan maksiat.
- Perkahwinan itu sebenarnya adalah satu ibadah! Sebagaimana juga ibadah lain seperti solat, sedekah, puasa. Kerana di dalam perkahwinan itu terlalu banyak pahala yang akan kita dapat malahan pahala itu dilipatgandakan. Subhanallah! Moga di akhirat kelak neraca timbangan amalan kita semakin berat ke arah pahala.
- Dalam hubungan suami isteri, perlu banyak bersabar dan tolak ansur. Hm, bagi sy, ia mungkin nampak mudah, namun untuk melaksanakannya, perlukan jihad yang tinggi. Moga kami dijauhkan dari gangguan Syaitan yang suka menghasut lagi suka memporak perandakan.
- Mempunyai seorang pasangan hidup adalah hadiah Maha Agung dari Allah. Sy perlu bersyukur dengan suami yang dijodohkan untuk sy. Terima kekurangannya, kerana sy juga punya baaanyak kekurangan.
- Dan yang terakhir, pesanan sy buat diri saya sendiri, agar sya tidak mencintai suami sy melebihi dari cinta sy pada Allah & Rasulnya. Kerana Allah berfirman,
Saturday, October 22, 2011
Assalamualaikum warahmatullah hi wa barakatuh.
Alhamdulillah (syukur pada Allah), punya masa utk menulis tika ini. Jarang sekali rasanya hari sabtu atau ahad berpeluang meluangkan masa di rumah seawal ini. Tapi, hari ini mungkin Allah mahu memberikan ruang waktu untuk bersama keluarga. Dan syukur, sempat juga masak tengahari tadi utk keluarga.
Pagi tadi, Alhamdulillah, berpeluang meneruskan sisa hidup dengan Program Sumbangan. Antara program yang sy minati dalam arena dakwah ini. Program sumbangan ini telah sy ikuti sejak 2 tahun yang lepas sekembalinya ke Perak & sejak mengijtima'kan diri dalam arena dakwah di kawasan Batu Gajah. Jadi, Alhamdulillah, dengan keizinan dariNya, sy berpeluang untuk bertemu secara terus dengan pelbagai suasana keluarga. Ada yang dari latarbelakang berpendapatan rendah, ibu tunggal, OKU & tidak terkecuali anak yatim.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya, dari mana kami mendapat sumber kewangan yang agak banyak kerana agak kerap juga program sumbangan ini dilakukan. Hampir setiap 2 bulan sekali atau saban bulan. Kadang kala sy tersenyum & yg pasti nya bersyukur. Kerana itulah antara kehebatan Allah dalam menciptakan manusia. Dijadikan manusia itu dengan pelbagai sikap & perangai. Dan diantaranya, diciptakan oleh Allah segolongan manusia yang kaya dan tidak lokek untuk berzakat & bersedekah kepada golongan yang memerlukan.
Kami hanya golongan yang menyampaikan. Kerna itu satu amanah dari mereka yang sudah berniat untuk berzakat & menginfakkan harta(penyumbang), tetapi mereka tidak tahu bagaimana cara menyampaikannya & kepada siapa. InsyaAllah, dengan maklumat database penerima sumbangan yang layak yg kami ada, kami turun padang menyampaikan sumbangan secara terus ke tiap-tiap rumah penerima.
Terdetik untuk berkongsi pengalaman menyampaikan sedikit sumbangan kepada kaum India yang telah bermula seawal jam 9 pagi hingga ke jam 1 ptg tadi. Kaum India yang dari latar belakang yang berpendapatan rendah, Ibu Tunggal & OKU menjadi sasaran. Rasanya inilah kali pertama sy mengikuti program sumbangan yang melibatkan kaum India. Duit bagi sumbangan kali ini ditaja oleh penyumbang yang bukanlah dari wang zakat.
Sy amat teruja dengan layanan yang diberikan oleh hampir keseluruhan keluarga yang kami ziarah tadi. Kebanyakannya mengalu-alukan kedatangan kami dengan layanan mesra. Walaupun berlainan agama & bangsa, kelihatan sinar kegembiraan terpancar di wajah mereka dengan kehadiran kami sebagai tetamu di rumah mereka. Tambahan pula di ambang Kaum India mahu merayakan perayaan mereka Deepavali. Ramai juga yang sedang kelihatan sibuk bergotong royong mengemas rumah bersama keluarga untuk menyambut Deepavali sewaktu kami tiba tadi. "Macam orang Islam nak sambut raya jugak suasananya" detik hati sy.
Seperti di program ziarah menyampaikan sumbangan pada program-program sebelum ini, setiap penerima sumbangan pasti akan meluahkan permasalahan mereka kepada kami. Itulah hikmahnya pergi sendiri kepada golongan yang kurang bernasib baik ini, barulah kita akan mendapat sendiri maklumat bertapa sukarnya mereka melalui kehidupan dengan serba kekurangan. Tadi, ada yang mengadu tentang sukarnya mendapatkan bantuan sumbangan dari JKM, ada yang mengadu tentang taraf tanah rumah yang mereka duduki yang masih belum diperoleh geran tanah walaupun sudah beberapa kali turun naik ke pejabat daerah. Ada yang mengadu tentang masalah anak-anak mereka yang tidak mengenang jasa ibu bapa , ada yang mengadu tentang keadaan rumah yang seperti sudah tidak bolh diduduki akibat kerosakan yang teruk, ada yang mengadu tentang masalah kesihatan yang kronik & memerlukan pembelanjaan kewangan yang tinggi dan bermacam-macam lagi.
Itulah realiti sebenar di negara ini, tatkala ada golongan yang hidup bermewah-mewah, masih ramai lagi yang hidup mengikat perut menahan lapar & berteduh di pondok yang hanya menanti masa untuk menyembah bumi. Sy pernah melalui kehidupan yang susah dan miskin sebelum ini. Namun, dengan melihat sendiri keadaan keluarga-keluarga yang diziarahi, sy merasakan, rupa-rupanya masih ramai yang jauh lebih susah & miskin dari sy. Itulah realiti sbenar. Air mata ini sememngnya akan menitis dengan sendirinya bila mana melihat kedaifan mereka. Dan ia banyak menimbulkan keinsafan pada diri untuk mensyukuri nikmat yang Allah beri pada diri ini.
Dengan coretan yang tidak seberapa ini, diharapkan agar sahabat-sahabat sekalian akan menjadikannya sebagai iktibar. Marilah sama-sama kita infakkan(sumbangkan/sedekahkan) masa yang kita ada untuk kerja-kerja dakwah & islah ini. Mudah-mudahan, ia boleh menjadi landasan untuk melahirkan keinsafan dalam diri kita & mendekatkan lagi kita pada Allah yang Maha Kuasa.
Sy tinggalkan sahabat-sahabat pembaca dengan 2 ayat dari Al-Quran, dan semoga kita mengambil iktibar darinya. Semoga bertemu di coretan yang lain. Wassalamualaikum. ^_^
(Al-Qashas [28]: 77)
Thursday, October 13, 2011
Assalamualaikum WBT.
Lama sudah tidak menulis, mudah-mudahan penulisan kali ini dipimpin ke arah kebaikan.
Sejak beberapa bulan ini confident level sy tak menentu. Kejap naik, kejap turun. Semua bermula dengan pengalaman bertukar kerja ke syarikat baru yang lebih besar & internasional. Mencabar & benar2 menguji kekuatan dalaman sy selaku seorang wanita yg beragama Islam & membawa imej muslimah.
Hari pertama di syarikat baru ini, hati terkejut melihat suasana kerja yang nyata jauh berbeza dari syarikat sebelum ini. Staff di office kebanyakannya non muslim & foreigner. Department sy pula, hanya sy seorang yang berbangsa Melayu & beragama Islam. Yang lain, Cina, India & Mat Salleh. Bos2 @ manager2, majority Mat Salleh & Cina. Hanya seorang yang beragama Islam. Nyata jauh berbeza dengan environment kerja di syarikat sebelum ini yang kebanyakannya Melayu & Cina. Hanya 2 orang Jepun yang foreigner. Itupun 2 orang Jepun itu adalah big boss kat company.
Hari pertama di tempat kerja, sy dikenalkan pada semua staff, perkara biasa bagi staff yang baru menyertai syarikat. Namun, ramai yang memandang sy pelik. Manakan tidak, sudahlah berbaju kurung, bertudung labuh, berstokin, ditambah pelik bila mereka melihat sarung tangan yang membaluti tangan kanan sy. Mungkin mereka tidak tahu, itulah usaha untuk mengelakkan sy berjabat tangan dengan lelaki bukan muhrim yang nyata sentiasa menghulurkan tangan tanda selamat datang. Itulah cabaran pertama di syarikat baru. Sy hanya mampu terus menerus melemparkan senyuman. hati ini terus memberikan kata2 positif buat diri sendiri. Hati inilah yg menjadi teman rapat di hari pertama di company baru.
Perasaan untuk menjadi yang terbaik terus menerus disuntik dalam diri ini, terutama untuk membuktikan wanita Islam itu hebat. Kerna sy merasakan sy ibarat duta agama yg sering dinilai oleh insan disekeliling. Jika sy membawakan imej & perangai yang buruk, sudah pasti mereka(non muslim) akan membuat kesimpulan awal yang mengatakan Islam itu tidaklah sebaik mana. Itu perlu sy elakkan.
Di IT department, terdiri dari 8 orang yang mana setiap orang mempunyai tugas yang berlainan. Sy telah diletakkan bersama seorang lelaki yang berasal dari USA bernama Kyle. Jadi, sejak hari pertama hingga kini, Kyle adalah kawan baik sy di syarikat ini. Sepanjang sy mengenali Kyle, beliau memang seorang yang amat bertanggungjawab & prihatin terhadap rakan sekerja. Beliau juga merupakan salah seorang interviewer sy & beliaulah yang telah memilih sy untuk bekerja di syarikat ini dengan izinNya. Sy tak pasti kenapa Kyle memilih sy. Apa yang pasti, kadang-kala sy berasa malu sebab sy bukanlah sehebat Kyle yang ternyata mempunyai kemahiran yang tinggi dalam penggunaan software-software, pembinaan sistem, website development & yang penting in marketing strategy.
Sebenarnya sy selalu merasa down pabila membandingkan diri sy dengan Kyle. Terutama dengan cara kerjanya yang tip top. Tapi Kyle selalu memberi kata semangat pada sy. Dan mungkin, itu sifat positif yang ada pada dirinya, selalu memberi semangat, mengajar dengan penuh ikhlas & ternyata tidak kedekut ilmu!
Antara kelemahan sy ialah penguasaan Bahasa Inggeris sy yang tidak sebaik mana. Itu merupakan antara halangan besar sy untuk berinteraksi dengan mereka terutamanya ketika International APC Marketing Meeting berlangsung. Meeting ini sebulan sekali. Melalui voice call atau video call di internet. Melibatkan hampir 10 members dari beberapa negara/region. Hanya sy yang beragama Islam & Melayu dalam meeting tersebut. jadi, kadangkala, sy akan menjadi down pabila berinteraksi dalam komunikasi yang terhad akibat kelemahan bahasa Inggeris sy. Sy slalu blame diri sy kerana sy tidak dapat menjadi contoh muslim yang hebat. Dan selalu juga sy menangis pabila tamat sesi meeting tersebut. Cuma, yang menguatkan kembali semangat sy ialah sy selalu berusaha untuk contribute dengan meeting & akan cuba juga untuk bercakap. Walau kadangkala percakaan sy disambut dengan gelak dari mereka. Itulah cabaran yang membuatkan sy bertekad untuk menjadikan diri sy fasih berbahasa Inggeris. InsyaAllah, moga sy mampu. InsyaAllah, dengan gerak kerja harian yang hanya menggunakan bahasa Inggeris untuk berbincang dengan Kyle, mudah-mudahan ia dapat melatih sy berinteraksi dengan bahasa Inggeris dengan lebih baik selepas ini & insyaAllah mudah-mudahan ia bakal menjadi salah satu cara sy berdakwah terhadap mereka.
Sy juga dalam usaha untuk mencari kelas tambahan bahasa inggeris. Sy tidak suka diperlekehkan & itu tidak boleh dibiarkan. Sy perlu berusaha memperbaiki mutu Bahasa Inggeris sy. Pernah rakan sekerja sy (engineer Melayu di syarikat ini) tergelak mendengar pengakuan sy tentang kelemahan bahasa Inggeris sy & beliau tiadak percaya. Mungkin kerana baginya bahasa inggeris sy tidak seteruk mana, ya, itu kalau bercakap dengan kawan2 disini, tapi bagi mat salleh, pronunciation sy sukar untuk difahami. InsyaAllah, sy akan berusaha memperbaikinya.
Bagi sahabat2 di luar sana yang mempunyai kepakaran & penguasaan dalam Bahasa Inggeris yang baik, harap dapat beri tunjuk ajar. Mudah-mudahan dapat meningkatkan Imej Islam dimata mereka.
Mungkin penulisan ini bersifat luahan rasa, namun mungkin ada hati-hati yang boleh menjadikan ini sebagai pengajaran buat persiapan ke alam pekerjaan atau persiapan menjadi seorang daie yang hebat dalam serba serbi.
Semoga Allah mempermudahkan kerja sy dan mudah-mudahan ia bukan penghalang untuk sy istiqamah dengan gerak kerja Islam. Allahuakbar!!
Wassalam.
Thursday, May 26, 2011
Assalamualaikum WBT..
Alhamdulillah, masa yang terluang ni sy gunakan utk update blog ini.. Coretan yang mudah-mudahan bermanfaat & dapat dikira sebagai sedekah secara tak langsung..
Sekarang jam menunjukkan 6.55 ptg.. sy tengah menunggu waktu berbuka puasa@waktu maghrib.. Hari ni hari Khamis, jadi alhamdulillah Allah bg keizinan utk berpuasa sunat pada hari ini. Memberi peluang berehat buat kilang-kilang yang terdapat dalam perut sy ni. Kalau tak puasa, maknanya kilang-kilang di perut ni terpaksalah berkerja siang malam tanpa cuti. Kesian..
Puasa hari ini mengingatkan saya pada memori di zaman persekolahan dulu. Di Asrama Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping, Perak. Zaman persekolahan dulu, hampir saban minggu, tiap Isnin & Khamis sy dan kawan2 akan berpuasa sunat. Kebanyakan warga asrama yang lain juga akan turut berpuasa. Indahnya memori tika itu, berbuka puasa beramai-ramai di dalam dewan makan asrama. Namun, kadang kala hati tercuit mengingatkan telatah 'kawan baik' kami iaitu monyet2 yg turut sibuk 'berbuka puasa' dengan kami tiap kali waktu berbuka menjelma..
Sy juga turut teringat kenangan ketika berada di dalam kelas pada suatu hari, tika itu sy kurang ingat samada hari Isnin atau Khamis. Seorang guru yang mengajar ke kelas saya bertanya
" Ramai ke yg puasa hari ni? cuba angkat tangan sape yg berpuasa arini? soal cikgu itu..
Hampir separuh dari ahli kelas sy mengangkat tangan tanda berpuasa pada hari berkenaan..
Cikgu tersenyum lalu menyuruh kami menjatuhkan tangan. Selepas itu cikgu tersebut menyatakan sesuatu yang membuatkan ia lekat diingatan hingga ke hari ini..
" Baguslah ramai yang berpuasa.. Seronok cikgu tengok. Cikgu harap kamu semua rajin2 lah ambil peluang berpuasa sunat sepanjang belajar di sekolah ni. Bukan apa, mengikut pengalaman cikgu, kebanyakan orang akan mula malas berpuasa sunat bila usia makin meningkat. Semua bagi alasan sibuk & letih.. terutama bila da kerja nanti.. "
Kata-kata di atas amat terkesan di hati saya...dan kini, sy merasakan apa yang dikatakan oleh cikgu itu banyak benarnya. Buktinya, sy sendiri semakin lalai melaksanakan puasa sunat Isnin & Khamis. Dah macam 'Chipsmore'.. Kejap puasa, kejap tidak..bertapa teruknya amalan sy.. Macammana nak capai requirement sebagai Daie ni?entahlah...
Inilah manusia, sering lalai & lupa. Namun, kita perlu berusaha untuk memperbaiki diri. Sy bersyukur, kerna sy masih punya sahabat2 dalam Jemaah Islam yang selalu mengingatkan agar sedaya upaya untuk melakukan ibadah kerna ia merupakan teras kepada perjuangan ini. Alhamdulillah.
Sy juga yakin, ramai lagi diluar sana yang rajin melakukan ibadah puasa sunat ini. Syabas & Tahniah sy ucapkan. Sy doakan diri anda & saya terus istiqamah. Moga Allah menerima amalan & ibadah kita semua agar ia dapat membantu kita di akhirat kelak.
Hm.. jam pun dah kul 7.18ptg. Waktu pun dah nak masuk. Buat yang berpuasa, selamat berbuka diucapkan. Mga Allah menerima amalan kita semua.
Waasalamualaikum.. ^_^
Wednesday, May 25, 2011
Medan ini..
Medan pilihanku sendiri..
Tiada yang memaksa..
Kerna hati ini yang merelakan..
Namun kadangkala,
Jiwa meronta & merintih..
Mengenangkan ujian & keperitan yang terpaksa ditanggung..
lantaran pilhanku sendiri..
Aku tidak kaya..
Aku tidak punya harta..
Namun medan yang dipilih ini tidak pula menawarkan sebarang bentuk pulangan harta & kemewahan..
Bahkan medan ini pula yang menuntutkan pelaburan..
Ada yang mengatakan aku bodoh..
Bodoh kerana mengorbankan harta, masa & tenaga demi medan yang tiada langsung menjanjikan pulangan wang & harta..
Ada yang mengatakan aku degil..
Degil kerana tetap berada di medan ini walau diherdik & dihina oleh mereka..
Ada yang mengatakan aku derhaka..
Derhaka kerana tidak menurut perintah mereka..
Semua itu sudah menjadi lumrah seharian sejak berada di medan ini..
Mungkin dulu mereka menyanjungku..kerna aku membanggakan mereka..
Mungkin dulu mereka sayang padaku..kerna aku puteri mereka..
Mungkin dulu mereka menyayangiku..kerna aku patuh mengikut 'segalanya'..
Aku tahu aku tidak sepatutnya merintih..
Aku tahu aku tidak sepatutnya menangis..
Aku tahu aku tidak sepatutnya seremuk ini..
Namun, aku hanya insan biasa..
Seorang Hawa..
Punya hati & rasa..
Punya keinginan utk dimanja..
Ada masa aku juga akan merintih..
Kerna aku juga punya rasa terguris..
Aku juga punya rasa cemburu dengan kemewahan mereka..
Namun, aku diajar, kemewahan itu hanya nikmat dunia yg sementara..
Aku juga punya rasa cemburu dengan manja mereka..
Manja yang tidak diherdik, tidak dimarah & tidak dihina..
Namun aku diajar, tidak dinamakan berada di medan ini selagi aku tidak diuji sebegini..
Aku juga punya rasa cemburu dengan kelapangan masa mereka..
Namun aku diajar, setiap masamu akan disoal diakhirat nanti..
Sememangnya aku bodoh, kerna aku melakukan segala-gala di medan ini secara percuma..
Namun aku yakin, bodohku itu itu hanya mengikut pandangan mereka di dunia..
InsyaAllah, cita-citaku aku mahu jadi orang yang berjaya diakhirat akibat 'tindakan bodoh' seperti yang mereka katakan di dunia ini..
Pesanku pada diri, biarlah mereka menghinaku.. biarlah mereka memarahiku.. biarlah mereka mengataku itu & ini..
Kerna aku bersyukur..
Aku masih punya air mata penemanku.. yang bila aku mengalirkannya, ia bisa menjadi penenang jiwaku..
Aku masih punya buku & blog..tempat meluah rasa & mencoretkan kisahku di medan ini..
Aku masih punya Kitab Allah & Tafsir kesayanganku.. yang bila aku tidak pasti betul atau tidak tindakanku,jawapan yang pasti ada di sana..
Dan yang paling pasti, AKU PUNYA ALLAH.. Tuhan yang sayang padaku kerna tetap terus memberi ujian kepadaku..terutama sejak berada di medan ini..
Aku punya Allah yang sayang padaku kerna memberiku hidayah untuk berada di medan ini..
Aku punya Allah yang sayang padaku kerna tidak pernah mengherdikku..
Aku punya Allah yang sayang padaku, menjadi peneman ketika sedihku.. dan selalu menjadi pendengar terbaik buat diriku...
Oh Allah..KeranaMu, aku rela dikata itu dan ini....
Friday, April 22, 2011
Assalamualaikum WBT..
Alhamdulillah, syukur pada Allah yang telah membuka kembali hati ini untuk menulis di blog yang sudah setahun lebih bersawang tanpa sebarang coretan.
Ada yang bertanya sy tentang kehilangan yang begitu lama dari alam penulisan ini. Ada juga yang memberikan kata-kata peransang untuk kembali menulis. Namun, semua itu dibiarkan sepi tanpa jawapan.
2 hari yang lalu, segalanya berubah. Hati ini menjadi sayu dan terbuka untuk kembali menulis di alam maya ini. Walaupun belum pasti berapa ramai yang akan singgah membaca coretan yg tak seberapa ini. Hati ini mula terdetik untuk menulis kembali seusai menghadiri satu majlis perkongsian ilmu 2 hari yang lalu. Perkongsian ilmu yang banyak memberi kesedaran & tamparan hebat buat diri yang sering lalai. Alhamdulillah. Allah lah yang telah memberikan peluang berada di majlis ilmu tersebut.
Bertapa ruginya sy. Setahun lebih dibazirkan dari menggunakan penulisan untuk mengumpul saham buat bekalan di alam akhirat.
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda:
Pada setiap hari terdapat sedekah di setiap sendi manusia ketika matahari terbit. Seterusnya baginda bersabda: Berlaku adil di antara dua orang manusia adalah sedekah, membantu seseorang naik ke atas binatang tunggangannya atau mengangkatkan barang-barangnya ke atas belakang binatang tunggangannya juga adalah sedekah. Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah menuju sembahyang adalah sedekah dan membuang sesuatu yang berbahaya di jalan adalah sedekah. (Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim: 1677)
PERKATAAN YANG BAIK ADALAH SEDEKAH
Sangat mudah untuk mendapat pahala. Hanya dengan menyampaikan kata-kata yang baik. Semua itu dikira sedekah. Sebelum ini, sy selalu cemburu dengan orang -orang kaya yang rajin bersedekah harta mereka kerana sy tiada harta yang banyak. Pasti mereka dapat banyak pahala. Namun rupa-rupanya, tanpa sy sedari, sy sendiri yang tidak menggunakan harta akal yang boleh berfikir ini untuk bersedekah melalui penulisan. Ruginya diri ini.
Namun, syukur pada Allah. Memberikan sy kesedaran ini. Sekarang, hanya diri ini yang perlu kuatkan semangat untuk terus istiqamah dalam penulisan. Mungkin bukan setiap hari, tapi akan diusahakan setiap minggu. Agar kelak, pabila roh telah berpisah dari jasad, Blog ini dengan hasil penulisan yang baik & mengajak ke arah kebaikan mampu menjadi saham buat membantu sy di akhirat sana.
Doakan sy terus istiqamah menulis.
Wasalam..
Monday, December 7, 2009
Bismillahirrahmanirrahim..
Jika suatu ketika dahulu di medan Tarbiyyah kampus, seringkali cerita dan pengalaman penggerak-penggerak jihad di medan sebenar menjadi antara halwa telinga yang paling digemari dan dinanti-nantikan. Mendengar pengalaman kakak-kakak dan makcik-makcik yang perlu membahagikan masa antara gerak kerja, suami, anak-anak, kerjaya dan menguruskan rumahtangga sememangnya sangat mengujakan. Pada waktu itu, fikiran pasti melayang memikirkan bagaimana diri sendiri akan menghadapi perjalanan hidup sebagai insan yang ingin bergelar Daie di dunia luar yang pasti mencabar.
Beberapa minggu yang lalu, sy berpeluang menghadiri kursus kepimpinan muslimat Perak di Cameron Highland. Rata-rata peserta terdiri daripada "Hardcore Muslimat" kawasan masing-masing. Hanya beberapa golongan nisa yg berpeluang turut serta. Peluang yang sy perolehi itu sy gunakan sebaik mungkin untuk "menimba ilmu" berdasarkan pengalaman kakak2 dan makcik2 penggerak yang ternyata jauh berpengalaman. Masa terluang selepas mana2 slot sy isi dengan beramah mesra dengan makcik2 muslimat yang tinggal serumah dengan sy dan beberapa orang makcik yang ternyata begitu ramah. Rata-rata melahirkan rasa gembira dengan adanya golongan muda yang insyaAllah akan menjadi rantai-rantai perjuangan.
Antara ramai-ramai peserta, seorang peserta tertua yang menyertai kursus tersebut benar-benar menarik perhatian sy. Berumur lingkungan awal 70an. Namun jelas masih mepunyai semangat yang membara untuk menjulang Agama Islam yang tercinta ini. Mudah-mudahan Allah tetap memelihara sy untuk terus berada dijalan dakwah ini hingga ke akhir hayat. Beliau menjadi salah satu contoh teladan yang baik buat sy.
Suatu petang sewaktu selesai program, sy sempat bersembang dengan seorang makcik berumur dalam lingkungan awal 60an di biliknya. Makcik Siti namanya. Walaupun bersembang, namun bagi sy ia bukanlah sekadar sembang kosong. Makcik Siti banyak bercerita tentang pengalamannya sejak berada di medan perjuangan ini. Apa yang betul-betul menyentuh hati sy ialah bilamana makcik Siti mengatakan bahawa antara cara untuk mengetahui samada kita Istiqamah atau tidak dalam perjuangan ini, tunggulah sampai anak kelima. Jika masih berada di medan perjuangan ini insyaAllah itulah insan yang benar-benar seorang Daie. Saya pula? Jangankan punya lima anak, suami pun belum ada. Mudah-mudahan Allah tidak menyingkirkan sy dari medan dakwah ini dan menguatkan semangat sy walaupun sudah berumahtangga kelak. Amin.
Di sana juga, sy sempat bersembang dengan seorang makcik yang berpesan kepada kami yang masih belum berkahwin agar seboleh-bolehnya mencari suami yang sefikrah dan turut berada di dalam medan perjuangan yang sama. Kerna ia antara perkara yang sangat penting jika mahu kekal dalam perjuangan. Begitu ramai muslimat yang kecundang pabila berkahwin dengan lelaki yang berlainan fikrah. Pabila difikir, sememangnya logik apa yang dikatakan oleh Makcik itu. Jika tak sefikrah, pasti sukar untuk mendapat izin ke meeting, program, usrah dan sebagainya.
Namun, berdasarkan pengalaman mengikuti mesyuarat kawasan dan program2, sesekali terdengar juga isu Muslimin kita yang suka mengambil Muslimat dari kalangan bukan sefikrah sebagai Zaujah mereka!! Panas ni !! Kesian jugak melihat nisa'-nisa' yang masih belum berpunya dek kekurangan muslimin sefikrah kerana muslimin sendiri lebih suka mencari yang tak sefikrah dari mengambil muslimat gerakan sendiri. Mungkin tak semua begitu, tetapi bila statistik kian meningkat dan isu kian panas, terdetik juga hati sy untuk menyatakannya disini. Mungkin kita selaku muslimat tak boleh seratus peratus menyalahkan muslimin. Mungkin dek kerana kita yang punya kekurangan pada sesetengah perkara menyebabkan mereka mencari bukan dari kalangan kita. Jadi, ayuh muslimat, perkasakan ibadah dan didiklah diri kita menjadi muslimah solehah yang professional. Buktikan pada muslimin yang kita juga sangat 'mahal'! Buat muslimin, nilailah muslimat kita dengan mata hati. =)
Coretan pengalaman yang ringkas ini mungkin tidaklah begitu padat namun punya masej yang ingin sy sampaikan. Buat sahabat2 seperjuangan, sy doakan anda semua dan sy sendiri diberi kekuatan oleh Allah untuk menghadapi segala mehnah dan ujian dariNya. Moga kita adalah rantai-rantai perjuangan Agama Islam yang tercinta ini. Ya Allah, terimalah amalan kami. Amin. -Wasalam -
Tuesday, July 21, 2009
Pengalaman sememangnya merupakan sesuatu yang amat beharga. Pengalaman itu pula kadangkala manis dan kadangkala pahit. Namun, bukanlah tajuk pengalaman yang ingin difokuskan pada entry kali ini. Tetapi post pada kali ini lebih kepada persoalan yang memerlukan pandangan dan buah fikiran pembaca.
Jika merujuk kepada maksud yang tertera di Wikipedia, Diskriminasi membawa maksud pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana layanan itu dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili individu berkenaan. Itu kalau 'individu'..persoalannya sekarang, bagaimana pula jika ia berlaku kepada bukan manusia? adakah masih diklasifikasikan sebagai diskriminasi?
Thursday, June 4, 2009
Setelah hampir 10 tahun merantau, kini alhamdulillah kembali ke pangkuan keluarga. Setelah hampir 3 tahun di tarbiyyah di The Beach Campus, kini mula melangkah ke 'alam sebenar'. Pengalaman menjalani latihan praktikal mungkin agak lewat untuk dikongsikan bersama. Inilah antara kegagalan yang berlaku sepanjang diri ini berada di bumi perak. Kegagalan menguruskan masa dengan baik sehingga nak meng'update' blog pun tak sempat. Terasa diri ini tidak layak untuk digelar sebagai seorang Dai'e pabila memikirkan kegagalan demi kegagalan yang dibuat.
Dunia bekerja sememangnya jauh berbeza dengan dunia belajar di alam kampus. Barulah diri ini mengetahui mengapa begitu ramai penggerak kampus yang 'tercicir' pabila tamat belajar dan berada di alam pekerjaan. Jika diri tidak kuat sudah pasti akan tewas. Jika melayan badan yang penat, melayan kehendak keluarga yang mahu sentiasa bersama di rumah, sudah pasti ramai yg akan kecundang dari medan perjuangan. Moga dijauhkan.
Buat semua bakal zaujah dan ummi, terutamanya yang sedang menjalani praktikal , sama-samalah kita menggunakan peluang ini dengan sebaiknya sebagai persediaan pabila berumahtangga kelak. Dunia praktikal merupakan medan latihan sebelum ke alam yang sebenar kelak. Sememangnya agak sukar untuk kita bekejar menguruskan kerja rumah, memasak, membasuh pakaian, mengemas rumah dan sebagainya dalam satu masa. Belum lagi dengan gerak kerja, usrh dan tuntutan-tuntutan yang lain. Diri ini juga hampir saban hari tewas dalam sesi latihan persediaan yang sedang dillui sekarang. Banyak yang perlu dikorbankan. Dan tak semua yang mampu dilakukan dalam satu-satu masa.
Namun, mengingatkan pesanan seorang sahabat..'Walau dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung..Walau dimanapun berada, Islam tetap yang utama' menjadikan diri semakin kuat untuk meneruskan perjuangan di tempat sendiri. Walaupun agak kekok, perjuangan perlu diteruskan. Kalau diikutkan rasa hati, berada di Labuan jauh lebih mudah untuk bergerak kerja dan disana sememangnya sangat memerlukan kita.
Perkongsian pengalaman ini moga sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran buat pembaca khususnya yang masih bergerak di kampus. Gunakan peluang di sana sebaiknya dan penuhi dada dengan pengalaman semaksima mungkin. Semoga kita semua kan tetap di bawah landasan perjuangan yang sebenar.Wasalam.