Monday, December 7, 2009

.: Rantai Perjuangan :.

Bismillahirrahmanirrahim..
Jika suatu ketika dahulu di medan Tarbiyyah kampus, seringkali cerita dan pengalaman penggerak-penggerak jihad di medan sebenar menjadi antara halwa telinga yang paling digemari dan dinanti-nantikan. Mendengar pengalaman kakak-kakak dan makcik-makcik yang perlu membahagikan masa antara gerak kerja, suami, anak-anak, kerjaya dan menguruskan rumahtangga sememangnya sangat mengujakan. Pada waktu itu, fikiran pasti melayang memikirkan bagaimana diri sendiri akan menghadapi perjalanan hidup sebagai insan yang ingin bergelar Daie di dunia luar yang pasti mencabar.

Beberapa minggu yang lalu, sy berpeluang menghadiri kursus kepimpinan muslimat Perak di Cameron Highland. Rata-rata peserta terdiri daripada "Hardcore Muslimat" kawasan masing-masing. Hanya beberapa golongan nisa yg berpeluang turut serta. Peluang yang sy perolehi itu sy gunakan sebaik mungkin untuk "menimba ilmu" berdasarkan pengalaman kakak2 dan makcik2 penggerak yang ternyata jauh berpengalaman. Masa terluang selepas mana2 slot sy isi dengan beramah mesra dengan makcik2 muslimat yang tinggal serumah dengan sy dan beberapa orang makcik yang ternyata begitu ramah. Rata-rata melahirkan rasa gembira dengan adanya golongan muda yang insyaAllah akan menjadi rantai-rantai perjuangan.

Antara ramai-ramai peserta, seorang peserta tertua yang menyertai kursus tersebut benar-benar menarik perhatian sy. Berumur lingkungan awal 70an. Namun jelas masih mepunyai semangat yang membara untuk menjulang Agama Islam yang tercinta ini. Mudah-mudahan Allah tetap memelihara sy untuk terus berada dijalan dakwah ini hingga ke akhir hayat. Beliau menjadi salah satu contoh teladan yang baik buat sy.

Suatu petang sewaktu selesai program, sy sempat bersembang dengan seorang makcik berumur dalam lingkungan awal 60an di biliknya. Makcik Siti namanya. Walaupun bersembang, namun bagi sy ia bukanlah sekadar sembang kosong. Makcik Siti banyak bercerita tentang pengalamannya sejak berada di medan perjuangan ini. Apa yang betul-betul menyentuh hati sy ialah bilamana makcik Siti mengatakan bahawa antara cara untuk mengetahui samada kita Istiqamah atau tidak dalam perjuangan ini, tunggulah sampai anak kelima. Jika masih berada di medan perjuangan ini insyaAllah itulah insan yang benar-benar seorang Daie. Saya pula? Jangankan punya lima anak, suami pun belum ada. Mudah-mudahan Allah tidak menyingkirkan sy dari medan dakwah ini dan menguatkan semangat sy walaupun sudah berumahtangga kelak. Amin.

Di sana juga, sy sempat bersembang dengan seorang makcik yang berpesan kepada kami yang masih belum berkahwin agar seboleh-bolehnya mencari suami yang sefikrah dan turut berada di dalam medan perjuangan yang sama. Kerna ia antara perkara yang sangat penting jika mahu kekal dalam perjuangan. Begitu ramai muslimat yang kecundang pabila berkahwin dengan lelaki yang berlainan fikrah. Pabila difikir, sememangnya logik apa yang dikatakan oleh Makcik itu. Jika tak sefikrah, pasti sukar untuk mendapat izin ke meeting, program, usrah dan sebagainya.

Namun, berdasarkan pengalaman mengikuti mesyuarat kawasan dan program2, sesekali terdengar juga isu Muslimin kita yang suka mengambil Muslimat dari kalangan bukan sefikrah sebagai Zaujah mereka!! Panas ni !! Kesian jugak melihat nisa'-nisa' yang masih belum berpunya dek kekurangan muslimin sefikrah kerana muslimin sendiri lebih suka mencari yang tak sefikrah dari mengambil muslimat gerakan sendiri. Mungkin tak semua begitu, tetapi bila statistik kian meningkat dan isu kian panas, terdetik juga hati sy untuk menyatakannya disini. Mungkin kita selaku muslimat tak boleh seratus peratus menyalahkan muslimin. Mungkin dek kerana kita yang punya kekurangan pada sesetengah perkara menyebabkan mereka mencari bukan dari kalangan kita. Jadi, ayuh muslimat, perkasakan ibadah dan didiklah diri kita menjadi muslimah solehah yang professional. Buktikan pada muslimin yang kita juga sangat 'mahal'! Buat muslimin, nilailah muslimat kita dengan mata hati. =)

Coretan pengalaman yang ringkas ini mungkin tidaklah begitu padat namun punya masej yang ingin sy sampaikan. Buat sahabat2 seperjuangan, sy doakan anda semua dan sy sendiri diberi kekuatan oleh Allah untuk menghadapi segala mehnah dan ujian dariNya. Moga kita adalah rantai-rantai perjuangan Agama Islam yang tercinta ini. Ya Allah, terimalah amalan kami. Amin. -Wasalam -

0 comments:

Post a Comment