Thursday, October 13, 2011

Bahasa Inggerisku MANTOP!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum WBT.

Lama sudah tidak menulis, mudah-mudahan penulisan kali ini dipimpin ke arah kebaikan.

Sejak beberapa bulan ini confident level sy tak menentu. Kejap naik, kejap turun. Semua bermula dengan pengalaman bertukar kerja ke syarikat baru yang lebih besar & internasional. Mencabar & benar2 menguji kekuatan dalaman sy selaku seorang wanita yg beragama Islam & membawa imej muslimah.

Hari pertama di syarikat baru ini, hati terkejut melihat suasana kerja yang nyata jauh berbeza dari syarikat sebelum ini. Staff di office kebanyakannya non muslim & foreigner. Department sy pula, hanya sy seorang yang berbangsa Melayu & beragama Islam. Yang lain, Cina, India & Mat Salleh. Bos2 @ manager2, majority Mat Salleh & Cina. Hanya seorang yang beragama Islam. Nyata jauh berbeza dengan environment kerja di syarikat sebelum ini yang kebanyakannya Melayu & Cina. Hanya 2 orang Jepun yang foreigner. Itupun 2 orang Jepun itu adalah big boss kat company.

Hari pertama di tempat kerja, sy dikenalkan pada semua staff, perkara biasa bagi staff yang baru menyertai syarikat. Namun, ramai yang memandang sy pelik. Manakan tidak, sudahlah berbaju kurung, bertudung labuh, berstokin, ditambah pelik bila mereka melihat sarung tangan yang membaluti tangan kanan sy. Mungkin mereka tidak tahu, itulah usaha untuk mengelakkan sy berjabat tangan dengan lelaki bukan muhrim yang nyata sentiasa menghulurkan tangan tanda selamat datang. Itulah cabaran pertama di syarikat baru. Sy hanya mampu terus menerus melemparkan senyuman. hati ini terus memberikan kata2 positif buat diri sendiri. Hati inilah yg menjadi teman rapat di hari pertama di company baru.

Perasaan untuk menjadi yang terbaik terus menerus disuntik dalam diri ini, terutama untuk membuktikan wanita Islam itu hebat. Kerna sy merasakan sy ibarat duta agama yg sering dinilai oleh insan disekeliling. Jika sy membawakan imej & perangai yang buruk, sudah pasti mereka(non muslim) akan membuat kesimpulan awal yang mengatakan Islam itu tidaklah sebaik mana. Itu perlu sy elakkan.

Di IT department, terdiri dari 8 orang yang mana setiap orang mempunyai tugas yang berlainan. Sy telah diletakkan bersama seorang lelaki yang berasal dari USA bernama Kyle. Jadi, sejak hari pertama hingga kini, Kyle adalah kawan baik sy di syarikat ini. Sepanjang sy mengenali Kyle, beliau memang seorang yang amat bertanggungjawab & prihatin terhadap rakan sekerja. Beliau juga merupakan salah seorang interviewer sy & beliaulah yang telah memilih sy untuk bekerja di syarikat ini dengan izinNya. Sy tak pasti kenapa Kyle memilih sy. Apa yang pasti, kadang-kala sy berasa malu sebab sy bukanlah sehebat Kyle yang ternyata mempunyai kemahiran yang tinggi dalam penggunaan software-software, pembinaan sistem, website development & yang penting in marketing strategy.

Sebenarnya sy selalu merasa down pabila membandingkan diri sy dengan Kyle. Terutama dengan cara kerjanya yang tip top. Tapi Kyle selalu memberi kata semangat pada sy. Dan mungkin, itu sifat positif yang ada pada dirinya, selalu memberi semangat, mengajar dengan penuh ikhlas & ternyata tidak kedekut ilmu!

Antara kelemahan sy ialah penguasaan Bahasa Inggeris sy yang tidak sebaik mana. Itu merupakan antara halangan besar sy untuk berinteraksi dengan mereka terutamanya ketika International APC Marketing Meeting berlangsung. Meeting ini sebulan sekali. Melalui voice call atau video call di internet. Melibatkan hampir 10 members dari beberapa negara/region. Hanya sy yang beragama Islam & Melayu dalam meeting tersebut. jadi, kadangkala, sy akan menjadi down pabila berinteraksi dalam komunikasi yang terhad akibat kelemahan bahasa Inggeris sy. Sy slalu blame diri sy kerana sy tidak dapat menjadi contoh muslim yang hebat. Dan selalu juga sy menangis pabila tamat sesi meeting tersebut. Cuma, yang menguatkan kembali semangat sy ialah sy selalu berusaha untuk contribute dengan meeting & akan cuba juga untuk bercakap. Walau kadangkala percakaan sy disambut dengan gelak dari mereka. Itulah cabaran yang membuatkan sy bertekad untuk menjadikan diri sy fasih berbahasa Inggeris. InsyaAllah, moga sy mampu. InsyaAllah, dengan gerak kerja harian yang hanya menggunakan bahasa Inggeris untuk berbincang dengan Kyle, mudah-mudahan ia dapat melatih sy berinteraksi dengan bahasa Inggeris dengan lebih baik selepas ini & insyaAllah mudah-mudahan ia bakal menjadi salah satu cara sy berdakwah terhadap mereka.

Sy juga dalam usaha untuk mencari kelas tambahan bahasa inggeris. Sy tidak suka diperlekehkan & itu tidak boleh dibiarkan. Sy perlu berusaha memperbaiki mutu Bahasa Inggeris sy. Pernah rakan sekerja sy (engineer Melayu di syarikat ini) tergelak mendengar pengakuan sy tentang kelemahan bahasa Inggeris sy & beliau tiadak percaya. Mungkin kerana baginya bahasa inggeris sy tidak seteruk mana, ya, itu kalau bercakap dengan kawan2 disini, tapi bagi mat salleh, pronunciation sy sukar untuk difahami. InsyaAllah, sy akan berusaha memperbaikinya.

Bagi sahabat2 di luar sana yang mempunyai kepakaran & penguasaan dalam Bahasa Inggeris yang baik, harap dapat beri tunjuk ajar. Mudah-mudahan dapat meningkatkan Imej Islam dimata mereka.

Mungkin penulisan ini bersifat luahan rasa, namun mungkin ada hati-hati yang boleh menjadikan ini sebagai pengajaran buat persiapan ke alam pekerjaan atau persiapan menjadi seorang daie yang hebat dalam serba serbi.

Semoga Allah mempermudahkan kerja sy dan mudah-mudahan ia bukan penghalang untuk sy istiqamah dengan gerak kerja Islam. Allahuakbar!!

Wassalam.


0 comments:

Post a Comment