Sunday, April 26, 2009
Soalan adik junior skolahku di ym mbuatkan ak terfikir semula..adakah permasalahan yg sama brlaku disini??.......
******************************************************
"Salam.kak,pe kbr? bz ke kak?"
"Tapi ni bukan percanggahan pendapat cam biasa tu, ni cam masing2 nak tunjuk hebat. ada ego masing2 muslimin ng muslimat ni.."
"Hm..camtu rupenye.."
"Kak,akak rasa ape ye yg buatkan kami ni jadi camtu?"
"Sebelum ni usrah berjalan tak?"
"Ada.berjalan cam biasa.baru mgu lepas buat"
"Hm..meeting kalu 'panas' sbb pcanggahan pendapat biasala. tp kalu panas sbb nk tembak menembak tu da lain da niatnye tu..tambah2 plak bila tembak menembak antara muslimin & muslimat"
"Tu la pasal kak. ana risau."
"Hm,laki dan perempuan ni berbeza dik. kite kna faham. akak tringat usrah muslimat kami mgu lepas yg dberi oleh seorg kakak naqibah muslimat yg sudah berumah tangga."
"kakak tu pesan, kite ni sbg muslimat, jgn sesekali berlagak pandai melebihi lelaki. walaupun kite rasa pandangan kita yg terbaik, gunakanlah 'kebijaksanaan' kita untuk utarakan pendapat kita. jgn tanam dalam hati kita perasaan 'nak menang' sje. camtu gak dalam rumah tangga nanti. suami sbg ketua. kita ni muslimat sbg isteri. perlu hormati mereka."
"Lelaki dan perempuan ni memang dilahirkan berbeza dik. namun, kita saling memerlukan antara satu sama lain untuk membela agama..buktinya, Allah kan ada berfirman dalam Al-Quran.Surah At-Taubah ayat 71 yg bermaksud:-
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. "
"Kak,kat tmpat akak pun camni ke kak?"
"Hm..xle akak nafikn.ada gak.Kadang-kadang akak tgk, ahli gerakan kita ni masih lemah dlm ilmu komunikasi. termasuklah akak sendiri. Ilmu Komunikasi yg baik antara lelaki dan perempuan. akak teringat satu buku yg akak pernah baca karangan John Gray. Tajuk buku tu Men are from Mars, Women are from Venus.."
"Apa kandungan buku tu kak?""Buku tu lebih menerangkan bagaimana cara untuk meningkatkan komunikasi antara lelaki dan perempuan. Lelaki dan perempuan ni berbeza dalam memahami sesuatu perkara. We speak different langguage. Bila akak baca buku tu, akak tersedar. bertapa banyaknye miscommunication antara kita slama ni."
"Maksudnya camne tu kak?"
"Hm..ok. akak bagi contoh ye.. contohnya, kalau ada satu masalah la. Biasanya org perempuan akan lebih suka bercakap atau berleter kerana mereka bimbangkan permaslahn tersebut dan menganggap permasalahan tu serius dan perlu ditangani segera. Tapi berbeza pula dgn lelaki, org lelaki pula, kalau ada masalah, lebih suka berdiam diri dan cuba menyelesaikan dengan cara sendiri...atau menumpukan perhatian kepada kerja dan hobi."
"lagi satu, menurut kajian, slalunya, Orang lelaki bila bercakap, tujuannya untuk menyelesaikan masalah dan mereka fikir dulu sebelum bercakap.Selagi jawapan belum "confirm' di minda mereka, selagi itu dia tidak akan bercakap.Manakala wanita bercakap tujuannya lebih kepada untuk meluahkan perasaan dan berkongsi masalah. Mereka bercakap dahulu kemudian baru berfikir apa yang dia cakap."
"Maknanye perempuan ni kalau berleter tu tandanya dorang ni prihatin pastu nak bagitau masalah tu perlu dibincangkan dan ditangani bersama la ye kak?"
"Camtu la lebih kurang, tapi bagi lelaki, ia dianggap sesuatu yg merunsingkan.dan boleh diibaratkan cam perempuan ni x yakin dgn lelaki tu. ikut kajian,lelaki memang ada sifat ego sikit. memang tu sifat yg ada pada lelaki.jadi kita ni sbg perempuan perlu faham dan bijaksana. "
"Jadi,apa la yg sepatutnya dibuat kalu jadi masalah camtu?"
"Lelaki perlu faham perempuan dan perempuan jugak perlu fahami lelaki. Perempuan berleter adalah untuk mengingatkan dan memberitahu bahawa perkara tu perlu ditangani segera. Dan perempuan plak perlu faham, lelaki ni tak suka dileteri. jadi, nak senang, just come out with suggested solution.. tak yah nak bermukaddimah panjang-panjang sangat.""Abis tu kak, kalu kita bagi cadangan pun dorang tembak balik camne kak?"
"Hm..itu maknenya, there is somethg wrong with the way u suggest it..kan akak da cakap tadi. kita jangan anggap cadangan kita adalah yg terbaik. dan bagi pihak yang menembak tu plak, kita kena amalkan konsep 'meraikan' pandangan org lain."
"Itula yg sy nak dorang tau kak.. kadang-kadang sedih tau kak. Meeting yg sepatutnya sekejap boleh jadi lama sebab dok tembak menembak.."
"Hm..kadang-kadang tu kna muhasabah balik dik. takut-takut waktu kita meeting tu xda baraqah. kot2 la tembak menembak tu sbb kita dicucuk2 oleh 'musuh' kita tu..kan kita buat kije islam.'musuh' kita kan tak suka.jadi, 'musuh' kita tu amik kesempatan cucuk2 kat hati kita.sekadar pandangan.."
"Betul jugak kan kak..Nauzubillah..hm..bnk sy dapat ilmu hari ni. trm ksh ye kak."
"Akak pun dalam proses blaja dik. tapi biasa la tu kalau selisih pendapat sikit2. baru namanye bermesyuarat.."
"Hehe..betul. hm..k la kak ye. trm ksh tau.. adik minta diri dl.nanti kte ym balik ye.."
"Ok..same2. mudah2an pasni xda meeting tembak menembak da k..he.."
"InsyaAllah..he..k kak..sayang akak. mga terus istiqamah dgn perjuangan..Assalamualaikum"
"Akak syg adik jugak.k.adik pun sama..Waalaikumussalam.."
**************************************************************
.."Adakah permaslahan yg sama juga berlaku disini" ?? soalan dr adik junior ini yg membuatkan diri ini berfikir.apa kbr kah pimpinanku?..
p/s : Ana terbaca satu artikel menarik tentang komunikasi dalam islam..amat menarik. bolelah baca di link berikut http://www.extro.biz/portal/modules/smartsection/item.php?itemid=12
2 comments:
Salam maziah...
betul..
MFM,WFV tu menarik...
buku dua dia pun menarik juga...
Semalam masuk tak meeting seratas tu?
abg tak dpt join meeting tu smlm...
tembak-tembak untuk apa..?
Fikir bersama..!!!
Post a Comment