Thursday, February 26, 2009
Bismillahirrahmanirrahim..
Kereta kancil putih yg kunaiki meluncur laju ke arah UMSKAL..dipandu oleh kak syuhaidah, senior kampusku..aku lebih banyak berdiam diri seusai pulang dari rumah makcik Jarinah di Kg Layangan untuk menghantar surat praktikalku..di dalam minda ini hanya berlegar satu persoalan yg benar2 menggesa diri ini untuk membuat persiapan yg segera..
"Siapa yg akan menguruskan Jenazahku?" bisik hati kecilku..
Tanah perkuburan Kg Sg Miri kulimpasi sebelum tiba di persimpangan kampus UMSKAL. Jelas kelihatan batu nisan tegak berdiri tersusun rapi..semakin hari semakin bertambah penghuni disitu..dan aku?.....
"Aku jua bakal menjadi penghuni perkampungan itu.." getus hati kecilku..
Setibanya dibilik..perbualanku dgn makcik Jarinah dirumahnya tadi masih bermain difikiranku..betul..aku perlu mengambil tindakan segera..sebelum tiada insan yg akan memandikan jenazahku dan insan yg lain kelak! lantas kunukilkan di entry ini buat renungan diri ini dan muhasabah semua pembaca..agar kelak aku punya jawapan..
Perkongsian pengalaman makcik Jarinah sebagai pengurus jenazah benar2 amat kusyukuri..bertapa bertuahnya diri ini pabila dapat mendengar kisah2 dan pengalaman2 beliau semasa menguruskan jenazah..bukan semudah yg disangka..tanggungjawab & amanah yg benar2 sgt berat! Amanah yg akan dipersoalkan kelak di hadapan Allah..kisah yg bukan utk mengaibkan, namun lebih kepada pengajaran buat yg hidup. Mungkin Allah sedang memberi peringatan padaku untuk membuat persiapan yg secukupnya sebelum bertemu denganNya..Terima kasih Ya Allah..
"Kumpulan kami ni memang orang-orang tua sajak..Makcik pun belajar dari mertua makcik..Yela..bukan kita tau siapa yg akan teruskan Fardu Kifayah ni kalau mereka2 ni dah takda nanti.." lebih kurang begitulah kata makcik Jarinah..
Tersentak hatiku pabila ungkapan itu terpancul dari mulutnya..'terasa' benar diri ini.."Berapa ramai yg tahu memandikan jenazah? Berapa ramai golongan muda yg mewarisi Fardu Kifayah ini? Berapa ramai yg sanggup memikul amanah sebagai persiapan terakhir si mati sebelum bertemu Allah? " persoaln yg perlu dirungkai dan diteliti sebaiknya....
Mane pergi golongan muda?? Tiada siapakah yg akan menjadi pelapis?? Kalau tiada pelapis..siapa pula yg akan menguruskan jenazah ku kelak?? Jenazah manusia zaman akan datang??
Tidak semua insan punya kekuatan untuk menguruskan jenazah..itu memang kuakui. Diri ini juga sudah tiga kali membantu mengurusan jenazah..jenazah arwah ibuku..jenazah arwah nenekku dan jenazah arwah ibu seorang sahabatku. Sememangnya tidak semudah yg disangka. Kekuatan fizikal dan mental juga diperlukan. Semangat yg kuat juga perlu ada. Begitu bertuah insan2 yg diberikan kelebihan itu. Aku sendiri pernah demam sebaik sahaja pulang dari membantu menguruskan jenazah ibu sahabatku. Makcik Jarinah memberitahuku itu adalah antara perkara yg kadang2 akan berlaku kpd mana2 pengurus jenazah.
Sebaik-baik pengurus jenazah adalah saudara terdekat..samada anak, adik beradik atau saudara mara si mati..itulah yg terbaik. Aku juga menanamkn azam dalam diri untuk menjadi salah seorang yg boleh menguruskan jenzah suatu ketika nanti. Bertapa berbahagianya si mati jika keluarga sendiri yg dapat menguruskan jenazah mereka. Terjaga keaiban Terjaga kelakuan..
Masih kuingat lagi..sewaktu kematian arwah ibuku yg tersayang 12 tahun yg lalu..ayahku sendiri yg menguruskan jenazah ibuku.. memandikan..mengkafankan..mensolatkan..dan mengebumikan.. bertapa bertuahnya ibuku..punya suami yg mampu menguruskan jenazah isterinya sendiri. sudah pasti diuruskan dengan penuh kasih sayang dan kelembutan.. aku juga mendoakan agar punya suami seperti ayahku..yg mampu menguruskan jenazahku jika aku pergi terlebih dahulu..
Kepada semua pemuda dan pemudi Islam..ayuhlah kita menyiapkan diri untuk belajar Fardu Kifayah yg sangat dituntut ini..sekurang-kurangnya..pabila ibu atau ayah atau saudara terdekat kita yg pergi terlebih dahulu, kitalah yg akan menguruskan jenazah mereka. Bertapa berbahagianya mereka..Tanpa kita selaku org muda..siapa lg yg akan menjalankan Fardu Kifayah ini 10 atau 20 tahun akan datang? Kita pasti akan disoal di akhirat kelak jika terjadi sehingga tiada siapa yg boleh menguruskan jenazah..
Perkongsian buat peringatan diri ini dan diri yg lain..mudah-mudahan bisa membangunkan hati yg lena.. Wasalam.
0 comments:
Post a Comment