Bismillahhirrahmanirrahim..
"Penat..Tapi berbaloi.."
Alhamdulillah..itulah kata2 yg boleh diungkapkan hasil penghijrahan 3 hari 2 malam dari kampus dan berkampung di SMK Lajau, Labuan bersama PSS Team yg lain..perancangan awal yg sampai kepada fasa pelaksanaan..
Kem ni julung2 kaliny diadakn & melibatkan peserta tingkatan 4 dari 8 buah sekolah menengah seluruh labuan. Peserta2 ini merupakn 'insan2 trpilih' yg insyaAllah bakal menjadi 'seseorang' di bumi labuan suatu hari nanti..beruntungnya mereka.. dianugerahkan sifat kepimpinan yg sedang digilap.
Di hari pendaftaran, peserta disambut dgn penuh kasih sayang dan senyuman ikhlas dr AJK2 program.. Brbagai ragam peserta yg dpt dilihat. Sewaktu menyambut peserta2, hati ini asyik mendoakan agar insan2 yg disambut inilah yg bakal mencorak perubahan di bumi labuan yg ketandusan agama ini..setiap wajah kuratapi penuh kesyahduan..masih ada sesuatu yg tersembunyi disebalik setiap wajah yg belum terungkai ..
Sebelum taklimat progrm & aktiviti Ice Breaking, peserta menunaikn solat asar terlebih dahulu. 'Ketandusan-pertama' telah berlaku.. Sewaktu mengarahkan peserta muslimat mengambil wudu' & bersedia utk solat asar berjemaah, hati ini jadi musykil pabila melihat jumlah peserta yg x boleh solat jauh lebih ramai dr peserta yg boleh solat..adakah hanya kebetulan??fikirku..
"Adik2 smua ni memang ndak boleh solat ka?"soalku kepada kumpulan peserta yg hanya duduk di belakang surau menandakan mereka tidak boleh solat @ uzur..ramai yg menundukkan kepala..
"Akak boleh baca tau muka2 org yg tak boleh solat ni.." gertakku lagi sambil tersenyum.. kali ini, beberapa org peserta mengangkt tangan & mengaku sebenarnya mereka tidak uzur..
"Xpe..akak tak marah.tapi akak nk tanye.knapa ndak mau solat?" Soalku kpd beberapa org yg telah mengaku td..
"Sy ndak tau ambil wudu' kak" kata salah seorang dr mereka..
"Sy ndak tau solat kak" jawab peserta yg lain..
Ya Allah! jawapan yg benar2 membuatkn hati ini trsentuh & trkejut. Sayu benar mendengar jawapan adik2 peserta tersebut. Sudah baligh dan berumur 16 tahun tetapi masih belum tau mengambil wudu' apatah lagi bersolat..Mahu menitis air mata ini. Namun kukuatkn juga semangatku..aku tidak salahkan mereka..kerna kutahu, disini masih 'tandus'..
"Macamni..adik2 ikut kak ju ni..nanti kak ju akan ajar adik2 cara ambil wudu' ye.." kataku sambil memberi isyarat pada kak ju untuk membawa mereka ke bilik wuduk & aku menguruskn peserta yg lain.
Seusai solat asar, program diteruskn dgn aktiviti Icebreaking di galeri. Gembira benar hati ini berjumpa dgn anak jati labuan. Rata-ratanya memang comel.Susuk tubuh pun agak kecil bagi peringkat umur 16tahun jika dibandingkan ditempatku.Slot Icebreaking ni kumanfaatkn sebaik mungkin untuk menarik minat adik2 bagi 'menghadirkan diri' dalam program.Kebetulan, ak diamanahkn utk menjadi moderator sesi ini. Terimbas kembali saat2 bersama Serataswaja Fc Team sewaktu di SERATAS suatu ketika dahulu. Pengalaman mengendalikan kem motivasi hampir 4 tahun di seratas kugunakan semula di kem ini. Rindu benar pengalaman itu..kini terubat kerinduan itu.
Icebreking kuisi dgn aktiviti 'Aku Jutawan' dan seterusnya pembahagian kumpulan dan sesi pembinaan nama dan logo kumpulan. Geli hati ini pabila mengingatkan muka2 cemas adik2 pabila nama2 mereka kupanggil atas tuduhan melakukan kesalahan dan akan didenda. Masing-masing seperti memikirkan kesalahan apa yg telah mereka lakukan. Keadaan tegang itu kuleraikan dgn memberitahu akan motif sebenar nama mereka dipanggil adalah untuk membahagikan mereka kepada kumpulan2 LDK..kesian adik2 ku..
Pada wktu mlm pula, pengisian diteruskan dengan Slot Ceramah 1 bertajuk Ilmu yg Hilang dan diikuti LDK 1-Untuk yang tersayang..LDK 1 dikendalikan oleh Sdr Aliff Basri yg juga mantan Naib Presiden MPP UMSKAL. dengar sahaja kpd tajuk Untuk yg Tersayang membuatkan ramai adik2 peserta yg tersenyum penuh makna..mungkin lain yg difikirkan oleh mereka, Namun, pabila aktiviti dimulakan, barulah terungkai semua persoalan..Peserta diarahkn utk menghasilkan apa2 shj dari surat khabar yg diberi kpd setiap kump utk diberi kpd org trsayang.
Macam2 bentuk yg dihasilkan oleh peserta. Ada yg membuat replika berbentuk hati, baju, bumi yg berbentuk bujur dan majoritinya membuat jambangan bunga utk diberikan kpd insan tersayang..ak tersenyum sendiri pabila melihat peserta lelaki pun membuat jambangan bunga utk diberikn kpd insan tersayang..macam lain jak..
Sebelum peserta dilepaskan untuk bacaan surah Al-Mulk dan tdo, Sdr Aliff skali lg megendalikn slot sharing moment..cam muhasabah la..minta komen dr peserta ttg progrm yg bmula sejak ptg. Antara banyak2 komen, hati ini tercuit dgn komen seorg peserta tentang makanan yg pedas dan sorg lagi memberi komen x cukup masa hemat diri sampai ada yg tak mandi.hihi..kelakar plak komen2 dorg ni.papepun kami tetap take note demi adik2 trsayang..
Hari kedua pula diisi dgn aktiviti Qiamullail pd awal pg..'ketandusan kedua' berlaku pabila ramai antara peserta yg tidak tahu apa itu qiamullail apatah lagi niat solat sunat tersebut. Fasilitator masih setia membantu.Kemudian aktiviti kuliah subuh diisi dgn aktiviti perbincangan LDK Takwim hari ahad. Seterusnya aktiviti senaman pagi & kawad kaki dijalankan.
Selepas sarapan, aktiviti debat dijalankan bagi menggantikan slot ceramah 2 yg terpaksa dibatalkan kerana penceramah tidak dapat hadir disaat akhir. Aktiviti yg benar2 menarik perhatianku yg memang sukakan debat. Dikendalikan oleh Kak Leni selaku moderator. Kak Leni berjaya mengendalikan aktiviti ini dgn baik walaupun pd mulanya asyik menyatakan kurang yakin utk mengendalikannya.Tahniah kak leni..Malangnya,ak x dapat ikuti aktiviti debat, LDK 2-Cita-citaku dan Perujian wudu' kerna ak diserang gastrik..da lama x sakit.seingat ak last kena gastrik sewaktu di tingkatan 5.terpaksa berehat dibilik kaunseling seketika.Sakitnye tuhan sahaja yg tahu. Mungkin kerna ak x mengisi perut ni dgn mkanan dari hari sebelumnya. Kelalaian yg menarik nikmat kesihatanku..Setelah kurasakan badan semakin ok, ak ke kantin membantu kak syu & kak alida menyediakan makanan peserta.Kasihan Ajk makanan, kekurangan tenaga kerja..
Makan tengahari peserta pada hari itu adalah makan bermodul. Peserta diberi makan menggunakan talam. Tak sabar hati ini menunggu reaksi peserta. Sementara menunggu peserta tiba, aku dikejutkan dgn 2 org peserta perempuan yg dtg ke kantin dan memanggil namaku..
"Akak..akak sakit ya?" Soal salah seorang dari mereka yg juga penghuluwati..
"Aik?camne adik2 tau ni?tadi je akak sakit cikit.skrg da ok.." balasku sambil memegang bahu mereka..
"Tadi kami tgk akak takde pun dari pg..kami tanye sorg kakak tu.." balas mereka..
"Ni kak..sy ada bawakan ubat..akak makan la yer..ni ubat gastrik.." kata salah seorg dari mereka sambil menghulurkan ubat..
"La..buat susah2 je..trm ksh ye.." balasku sambil membalas dgn senyuman. Terharu hati ini dibuat mereka. Ingatkan adik2 peserta tak perasan ketiadaanku pagi itu.
Baru ak tringat..adik2 inilah yg semalam begitu khusyuk mendengar sedikit teguran dan peringatan dariku di surau sebelum mereka tidur. Mereka inilah yg datang bersalam denganku sebelum tidur..syukur pada Allah..lembut benar hati mereka..mudah menerima ilmu..
Sesi makan di dalam talam tengahari itu benar-benar menarik perhatian semua. Rata-rata peserta tidak pernah makan dalam talam sebelum ini. Geli hati ini melihat gelagat mereka. Ada yg seakan geli untuk menyuap dan disuap oleh peserta yg lain. Tapi lama-kelamaan jelas kelihatan sinar kegembiraan di wajah mereka. Alhamdulillah, suatu tanda ukhwah yg mula bersemi. Kakak2 & abang2 FC pun turut kenyang perut disuap oleh adik2 peserta..sayang adik2!
Petang itu pula diisi dgn slot seramah 3-Ke arah melahirkan modal insan yg gemilang oleh En Rushdan, Pensyarah UMS. Diikuti sesi LDK 3 iaitu persediaan Malam kebudayaan Islam.Aktiviti diteruskan lagi dgn Perujian Solat dan Riadah. Perujian Solat dikendalikan oleh Kak Syuhaidah & Sdr Farid. Ini merupakan usaha awal bagi membantu adik2 peserta membetulkan cara solat mereka. Bimbang benar hati kami jika masih ada yg tidak tahu solat diusia sebegini. Aktiviti riadah pd ptg itu pula dibahagikan kpd 5 check point. Skali lg ak mnjadi moderator. Setiap kesempatan kugunakan sebaik mungkin. Mudah2an riadah ptg itu bukan sekadar menyihatkan jasmani bahkan rohani mereka..Amin..
Malam terakhir disana diisi dgn pesmbahan kumpulan2 peserta. Terdapat 3 kumpulan yg membuat pesembahan pd malam itu iaitu 2 kumpulan perempuan & 1 kumpulan lelaki. Persembahan yg benar2 mencuit hati sidang hadirin. Walaupun tidak cukup masa, pserta masih mampu membuat persembahan yg baik. Tahniah skali lagi buat smua peserta.
akan bersambung..
0 comments:
Post a Comment