Wednesday, January 28, 2009

-Pentingnya mendapatkan sumber yg sahih-

Bismillahhirrahmanirrahim..
Perkongsian pengalamanku hari ini..

Kemajuan teknologi maklumat khususnya Internet banyak membantu kita untuk mendapatkan maklumat berkenaan sesuatu perkara. Salah satu Search Engine yg terbesar dan popular pd masa kini adalah Google. Apa sahaja maklumat yg ingin diketahui kini amat mudah dengan bantuan Search Engine ini. Kita hanya perlu menaip key word maklumat yg ingin dicari dan selang beberapa saat kemudian, ratusan malah ribuan link ke website berkaitan akan terpampang di skrin monitor.

Namun, mungkin tanpa kita sedari, ramai di antara kita termasuk diri sy sendiri kurang menitikberatkan dari mana sumber maklumat yg kita perolehi itu berasal. Adakah benar dirujuk dari sumber yg sahih? atau sebaliknya? siapa pula penulisnya?..


Topik ini sy pilih untuk post pd kali ini memandangkan sy sendiri baru sahaja menjadi mangsa website yg tidak jelas sumbernya. Tambahan pula, maklumat yg sy cari tersebut berkaitan tentang Islam. Sy diamanhkan utk membentang hasil kajian tersebut di dlm group discussion utk persediaan usrah. Setelah membentangkan tugasan sy, sy telah ditegur oleh seorang ahli atas kesilapan beberapa fakta yg tidak jelas akan sumbernya. Teguran itu benar2 telah menyentuh hati sy. Membuatkan sy tersedar, setiap maklumat perlu jelas sumbernya. Terima kasih kepada yg menegur. Sy mohon maaf andai apa yg sy bentangkn tadi membuatkan anda tersinggung. Namun, sebenarnya sy tak terlintas langsung untuk membuat mana2 pihak tersinggung. Kesilapan yg tidak sy sengajakan. Kejadian pd pg tadi benar2 takkan sy lupakan.


Walaupun post kali ini dilihat agak simple dan mungkin tidak menarik perhatian mana2 pihak, namun bagi sy yg sudah 'terkena' ini, ia merupakan sesuatu yg bahaya!..kita perlu berhati2 untuk mendapatkan sebarang maklumat..Ramai didalam dunia ini yg suka memutar belitkan fakta bagi menjatuhkan insan dan organisasi lain..


Sebagai langkah keselamatan, cari maklumat dari website yg berlainan sebanyak mungkin dan buat perbandingan.. Jika ada hadis dan ayat Al-Quran pula, sila rujuk terus kepada ayat berkenaan di dalam Al-Quran. Semoga perkongsian pengalaman yg ringkas ini boleh memberi pengajaran buat semua. Maaf atas salah dan silap. Wasalam.

2 comments:

mohdnoor said...

Salam, maziah.. just tertarik dengan topik ni, since mendapatkan sumber yang sahih bukan perkara kecil. banyak perkara yang nampak seolah2 perkara baik, tapi sebenarnya sumbernya tidak sahih.. malah dlm hadith Rasulullah Bukhari 1/50 dan Muslim 1/10, baginda mengancam neraka bagi mereka yang berdusta ke atas baginda, termasuk meriwayatkan perkara2 yg palsu.. so, bende ni bukan perkara kecil. iAllah, sy akan sentuh perkara ni dlm blog tak lama lagi.. sekadar berkongsi..

PIANED said...

benar...jgn cepat terpengaruh...rujuk sunnah dan al-quran..

Post a Comment