Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1. Apabila terdengar azan, segeralah mendirikan solat.
2. Rajin-rajinlah membaca al-Quran, buku-buku, dengar perkara yang baik-baik, berzikir dan jangan membuang masa.
3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana itulah syiar Islam
4. Kurangkanlah pertengkaran kosong.
5. Kurangkanlah ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu pastinya selalu tenang lagi tenteram.
6. Kurangkanlah bergurau kerana umat yang sedang dalam perjuangan itu pastinya berkeadaan bersungguh-sungguh.
7. Berbicaralah dalam nada suara yang sederhana, yang diperlukan oleh pendengar agar tidak sia-sia atau menyakiti hati orang lain.
8. Jangan mengumpat.
9. Mudahkan diri untuk berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Bijaklah menggunakan masa kerana kerja kita lebih banyak daripada masa yang ada.
Ya Allah, Engkau Mengetahui
bahawa hati-hati ini
(DMPK BG,Pemuda BG,Nisa' BG, ISRA,Keluarga,Sahabat2ku) telah berkumpul kerana MengasihiMu,
Bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu,
Bersatu memikul beban dakwahMu.
Hati-hati ini telah mengikat
janji setia untuk mendaulat
dan menyokong syari'atMu,
Maka eratkanlah Ya Allah
akan ikatannya.
Kekalkan kemesraan antara hati-hati
ini. Tunjuklah kepada hati-hati
ini akan jalan-Nya (yangsebenar).
Penuhkan (piala) hati ini
dengan cahayaRabbani Mu yang tidak
kunjung malap.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan
iman/keyakinan dan keindahan tawakkal
kepadaMu. Hidup-suburkan hati-hati ini
dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar)
tentang Mu . . .
(jika Engkau mentaqdirkan mati)
maka matikanlah pemilik
hati-hati ini sebagai para syuhada'
dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik baik
sandaran dan sebaik-baik penolong.
Copyright © .: nurspecial.blogspot :.
WP Theme by nurspecial |
Blogger theme by
nur_special@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment