Tuesday, January 6, 2009
Salam Muharam..
Muharam bulan yg penuh barakah dan terdapat banyak sgt BONUS pd bulan ini yg diberi oleh Allah utk kita. Jadi,sesiapa yg rasa nk bersihkan diri dan nak cantikkan buku amalan,jom kita pakat ramai2 banyakkan ibadah pd bulan ini.. kat bawah ni ada sedikit info sbg guideline utk kita. Smg sedikit info ini dapat memberi manfaat buat semua.. Selamt membaca dan beribadah.. =)
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1.Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2.Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3.Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama
enam bulan.
4.Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5.Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6.Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7.Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8.Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9.Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40
malam.
10.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera
Firaun.
11.Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12.Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13.Hari pertama Allah menciptakan alam.
14.Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15.Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16.Allah menjadikan 'Arasy.
17.Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18.Allah menjadikan alam.
19.Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20.Nabi Isa diangkat ke langit.
Tiga belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
1.Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada
tahun ini.
2.Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3.Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan
yang redha.
4.Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5.Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok
di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6.Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor
gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah
kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7.Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa
diterangi cahaya keimanan.
8.Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku
mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan
pandangan rahmah di akhirat nanti.
11.Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya -
Tidak mati pada tahun ini.
12.Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang
Islam berbuka puasa.
13.Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat -
Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya
daripada neraka.
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
-Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
-Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
-Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
-Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
Semoga artikel ini dapat dijadikan panduan kita bersama dalam meningkatkan keimanan kita kepada Allah..Sy ingin mengajak diri sy dan antum semua utk sama2 melakukan amalan sunat yg digalakkan pada bulan ini.Semoga dapat membantu kita di akhirat kelak..Man jadda Wa Jadda (Siapa berusaha dia dapat).-Wasalam-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment