Saturday, October 24, 2009
Himpunan One Black Perak adalah bertujuan untuk menyatakan sokongan muslimat Perak untuk membubarkan Dun di Negeri Perak ini yang berpunca dari tindakan kerajaan pusat merampas kuasa kerajaan Negeri Perak yang sebelum ini diterajui oleh Pakatan Rakyat. Kini, peralihan kuasa di negeri Perak dari Pakatan Rakyat ke Barisan Nasional adalah tindakan yang haram kerana telah sejelas-jelasnya melanggar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Oleh itu, Dun di Perak sememangnya wajar dan wajib dibubarkan agar rakyat dapat membuat keputusan dan memilih pemimpin yang mereka inginkan. Dan ternyata itulah cara yang adil dan mengikut peraturan.
Kehadiran pimpinan2 Pakatan Rakyat, ahli2 dan kelab penyokong dari serata pelusuk negeri jelas menggambarkan bertapa besarnya harapan agar keadilan akan tertegak. Walaupun terdapat sedikit halangan dengan kehadiran ramai
"Sahabat Baik" dan anggota polis, ia tidak sedikitpun melunturkan semangat Muslimat. Tambahan pula himpunan ini adalah himpunan yang telah diluluskan. Tiada asbab untuk menganggu majlis ini. Selaku muslimat2 yang telah ditarbiah dengan sebaiknya, layanan yang baik turut diberikan buat mereka. Walaupun hati yang terluka masih belum sembuh. Apepun terima kasih juga atas kehadiran mereka.
InsyaAllah, usaha Muslimat tidak akan berhenti disini. Bahkan himpunan Muslimat ini lebih meningkatkan kesedaran dan kekuatan untuk Muslimat terus bergerak. Apapun, selaku muslimat yang faham tentang erti perjuangan ini, sama-samalah kita betulkan niat agar segala usaha kita mendapat redha dariNya. Mudah-mudahan berkat doa ibu-ibu mithali, isteri-isteri mithali, anak-anak solehah pada himpunan Muslimat tadi diperkenankan olehNya.
Akhirnya, buat semua kaum adam, suami-suami dan bapa-bapa yang telah mengizinkan isteri dan anak-anak mereka hadir ke perhimpunan tadi serta bergerak kerja, sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan. Ternyata, keizinan yang anda semua berikan adalah antara saham yang akan anda terima di alam sana kelak. InsyaAllah... Amin.. Wasalam..
0 comments:
Post a Comment