Thursday, October 29, 2009

.: Diari Alam Kerjayaku :.

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, syukur dan puji-pujian buat Kekasih hati yang amat dirindui. Syukur padaMu yg masih memberi nikmat kesihatan dan nikmat berada di dalam medan perjuangan ini. Moga diterima setiap amalanku dan amalan saudara2 seperjuanganku.

InsyaAllah esok akan genap sebulan sy berada di alam yang baru saya jejaki iaitu alam kerjaya. Alam yang bagi sy menguji kekuatan mental, fizikal dan rohani. Alhamdulillah, sememangnya kesyukuran yg tidak terhingga sy panjatkan kepada Ilahi, kerana memberi ruang buat sy mencari rezeki di bumi yang sementara ini dan memberi peluang kerjaya di tempat sendiri walaupun memakan masa lebih kurang 40 minit dari rumah ke tempat kerja.

Teringat kembali bagaimana sukarnya detik-detik membuat keputusan memilih kerjaya kira-kira sebulan yang lalu. Bermula setelah bekerja sementara sebagai kerani yang dirakemen oleh seorang sahabat. Sempat selama 3 hari,sy mula menerima beberapa tawaran lain pada waktu yang sama. Tawaran mengikuti kursus selama 2 bulan dan bekerja sebagai Computer programmer, tawaran menjadi tenaga pengajar di sebuah sekolah swasta dan tawaran sebagai IT Executive. Detik yang sy rasakan tersangat sukar kerana perlu membuat keputusan pada satu hari yang sama.

Berkat doa keluarga dan bantuan sahabat-sahabat serta keizinan dari-Nya, detik sukar itu alhamdulillah telah dapat dilalui dan keputusan telah sy lakukan. Kini, alhamdulillah, sy telah sebulan bekerja sebagai IT Executive di sebuah syarikat Jepun di Batu Gajah. InsyaAllah mudah-mudahan inilah pilihan yang setepatnya. Tambahan pula dengan sy bekerja disini, ia telah membuka jalan untuk sy bergerak kerja dengan saudara seperjuangan yg berkerja di bawah bumbung yang sama. Alhamdulillah. Namun, kerjaya ini juga benar-benar menuntut untuk sy menjaga diri dengan sebaiknya terutama pabila bekerja dengan bangsa asing.

Sewaktu di alam universiti suatu ketika dahulu, ungkapan 'Budak Badar terlalu aktif', 'Budak Badar kurang berkualiti', 'Jangan terlalu aktif nanti susah nak dapat kerja' dan bermacam-macam lagi ungkapan sinis seringkali menjadi halwa telinga sahabat-sahabat seperjuangan termasuk diri sy sendiri. Ungkapan yang kadang-kala benar-benar menjatuhkan semangat jiwa muda yang di dalam proses pentarbiyahan ini. Namun, alhamdulillah, pada masa itu masih ada ramai kakak2 dan abang2 seperjuangan yang mengingatkan tentang kepentingan pergantungan kepada Allah dan bukan pergantungan kepada manusia. Ayat dari Surah Muhammad ayat ke 7 pasti akan menjadi kata-kata motivasi buat kami. Walaubagaimanapun seringkali kami ditekankan, walau aktif macammanapun bergerak kerja, ia bukan penghalang untuk berjaya kerana pelajaran tetap utama.

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah,nescaya Dia akan menolong kamu dan mengukuhkan kedudukanmu" (surah Muhammad, 47:7) ...

Kini, alhamdulillah, Allah telah memberi ruang dan peluang buat sy serta memberi bukti kepada diri sy sendiri tentang bertapa pentingnya pergantungan kepadaNya. Allah itu pemilik segala-galanya. Bertapa sy dapat merasakan begitu Allah itu Maha pengasih dan penyayang. Mintalah dan mohonlah kepadaNya dengan penuh yakin. InsyaAllah, kita akan dapat melihat hasil keyakinan kita itu. Alhamdulillah, kerjaya ini antara rezeki yang Allah berikan berkat pergantungan kepadaNya.

Buat sahabat-sahabat seperjuangan, jangan bersedih jika apa yang dihajati masih belum diperolehi, yakinlah, Allah ada sesuatu rencana yang jauh lebih baik buat kita kelak. Usaha tetap perlu diteruskan. Dan buat sahabat-sahabat yang telah mendapat apa yang dihajati, janganlah kita terlalu gembira, kerna ia juga sebahagian ujian buat kita.

Buat adik2 yg masih di medan perjuangan kampus, teruskan memperkasakan diri di medan tarbiyyah kampus. Persiapkan diri untuk ke alam kerjaya kerna alam ini benar-benar menguji kesetiaan kita di medan perjuangan sebenar.Bersyukurlah kita kepadaNya atas peluang berada di dalam lingkungan Tarbiyyah kampus. Kerna ia banyak membantu dalam menyiapkan kita ke alam sebenar. Sekadar perkongsian pengalaman. Mudah-mudahan diri sy dan semua sahabat seperjuangan dirahmatiNya. Wasalam

0 comments:

Post a Comment