Thursday, June 4, 2009

.: Kini Praktikalnya pula :.

Bismillahirrahmanirrahim...

Setelah hampir 10 tahun merantau, kini alhamdulillah kembali ke pangkuan keluarga. Setelah hampir 3 tahun di tarbiyyah di The Beach Campus, kini mula melangkah ke 'alam sebenar'. Pengalaman menjalani latihan praktikal mungkin agak lewat untuk dikongsikan bersama. Inilah antara kegagalan yang berlaku sepanjang diri ini berada di bumi perak. Kegagalan menguruskan masa dengan baik sehingga nak meng'update' blog pun tak sempat. Terasa diri ini tidak layak untuk digelar sebagai seorang Dai'e pabila memikirkan kegagalan demi kegagalan yang dibuat.

Dunia bekerja sememangnya jauh berbeza dengan dunia belajar di alam kampus. Barulah diri ini mengetahui mengapa begitu ramai penggerak kampus yang 'tercicir' pabila tamat belajar dan berada di alam pekerjaan. Jika diri tidak kuat sudah pasti akan tewas. Jika melayan badan yang penat, melayan kehendak keluarga yang mahu sentiasa bersama di rumah, sudah pasti ramai yg akan kecundang dari medan perjuangan. Moga dijauhkan.

Buat semua bakal zaujah dan ummi, terutamanya yang sedang menjalani praktikal , sama-samalah kita menggunakan peluang ini dengan sebaiknya sebagai persediaan pabila berumahtangga kelak. Dunia praktikal merupakan medan latihan sebelum ke alam yang sebenar kelak. Sememangnya agak sukar untuk kita bekejar menguruskan kerja rumah, memasak, membasuh pakaian, mengemas rumah dan sebagainya dalam satu masa. Belum lagi dengan gerak kerja, usrh dan tuntutan-tuntutan yang lain. Diri ini juga hampir saban hari tewas dalam sesi latihan persediaan yang sedang dillui sekarang. Banyak yang perlu dikorbankan. Dan tak semua yang mampu dilakukan dalam satu-satu masa.

Namun, mengingatkan pesanan seorang sahabat..'Walau dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung..Walau dimanapun berada, Islam tetap yang utama' menjadikan diri semakin kuat untuk meneruskan perjuangan di tempat sendiri. Walaupun agak kekok, perjuangan perlu diteruskan. Kalau diikutkan rasa hati, berada di Labuan jauh lebih mudah untuk bergerak kerja dan disana sememangnya sangat memerlukan kita.

Perkongsian pengalaman ini moga sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran buat pembaca khususnya yang masih bergerak di kampus. Gunakan peluang di sana sebaiknya dan penuhi dada dengan pengalaman semaksima mungkin. Semoga kita semua kan tetap di bawah landasan perjuangan yang sebenar.Wasalam.

5 comments:

~ aman shah ~ said...

Dalam perjuangan, pasti akan wujud cubaan dan dugaan dari Nya,,,
jangan disangka jalan kebaikan itu tidak lekang dari ujian dan tarbiahNya...
semoga dugaan dan ajaran dari Nya mematangkan diri dalam menghadapi rintangan kehidupan...
Kesabaran ada jalan yang terbaik dalam melatih diri ini di bidang pekerjaan...
jangan dilupakan prinsip dalam berjuang...

~sharing is caring~

anakbulan.com said...

Berjalan dan mengembaralah di alam pekerjaan dengan mencari rahmat dan keampunan dariNya...

Semoga terus istiqamah di jalan perjuangan ini...

germany said...

salam perjuangan kak...
saya mau tanye.. baru2 ni saya de ikuti program nisa'. saya de dpt artikel ni. saya nak mint akak komen ttg pernyataan no 8. pe pendapat akak?

Musuh islam menggunakan pelabagai cara utk merosakkan wanita muslimah dalam semua aspek kehidupan. Diantara cara yg mereka lakukan adalah:

1-Berita2 media massa, sama ada media cetak mahupun eletronik. Secara zahirnya, dapat saja pemberitaan itu dianggap sebagai langkah maju dlm membela kaum kewanitaan melalui tajuk2 yg diperlukan wanita dan kononye utk membela hak2 wanita. Namun, pada hakikatnya adalah eksploitasi n penindasan terhadap kaum wanita melalui penampilan wanita2 yg tidak memiliki rasa malu dan berakhlak rendah.

2-menyeru kaum wanita utk menjalani kehidupan bebas.

3-mengkempenkan hidup serba boleh serta keluar dari nilai2 syariat dan budaya Islam

4-meniru budaya glamour yg menyimpang dari nilai2 islam, seperti kehidupan para artis n penyanyi

5-mengikuti fesyen2 baru sama ade dlm pakaian, kasut dll.

6-menyeru wanita muslimah untuk berkerja diluar rumah dgn melampaui batas.

7-mengajari wanita ttg cara2 menarik perhatian lelaki melalui penulisan syair dan asmara dlm ruangan majalah2.

8-membuka account page2 tersendiri dgn tidak terkawal yg dpt mendedahkan identity yg melampau2 yg diingini secara tersembunyi. ex: myspace,frendster, blog dll.

Paul,seorang misionari jerman(1879) pernah berkata:

"Yakinlah anda dengan sepenuhnya bahawa kita tidak akan mampu mengalahkan islam kecuali jika wanita itu bersama kita
dan berjalan dibarisan kita”.

Normaziah Khori said...

Salam perjuangan kembali..

"membuka account page2 tersendiri dgn tidak terkawal yg dpt mendedahkan identity yg melampau2 yg diingini secara tersembunyi. ex: myspace,frendster, blog dll."

akak buaknlh yg trbaik utk bg pndgn.tapi ni ikut pndgn peribadi akak

myspace,frendster, blog dll atau nama lainnya social network ni tak dinafikn ada baik dan buruknya.

artikel tu bagus utk sedarkn kita yg kadang-kadang tak sedar kita sedang diracuni secara halus oleh musuh.esp musuh islam.Dan akak rasa, artikel ni lebih fokus untuk sedarkan wanita islam yg sekarang ni menjadi antara sasaran utama serangan minda oleh musuh islam.


tp, slaku org yg faham agama, social network yg djadikn racun oleh musuh islam ni boleh diolah menjadi senjata kita untuk menyerang mereka kembali.ex : dakwah melalui penulisan di blog

dan tak mustahil juga, musuh islam kini sedang bimbang dengan 'senjata' yg kita olah dari racun mereka ini sbb skrg senjata social network ni antara senjata yg 'berkesan'untuk sebarkn dakwah.

jd, kalu ikutkan cara ke 8 tu, TIDAK TERKAWAL tu yg akak rasa perlu di highligt kan. ex:pamerkn gambar dedah aurat dll. kalu itu yg trjadi, memg social network jd musuh.

Fakta bahawa wanita adalah antara sasaran utama musuh islam untuk menghancurkan islam juga tidak harus dipandang remeh.Sebab wanita bakal corakkan anak2 islam penerus generasi kita.

Wanita dikurniakan Allah dgn sifat malu. dan malu sebahagian dari iman. Sekadar pandangan. Terima kasih atas perkongsian artikel tu. Ws

germany said...

betul kak... saya setuju dengan akak...
macam kakak yg dlm progrm tu kt, yg salahnye kite. sb kite salah gunakan teknologi. bukan saje dedahkan aurat tapi ada yang menjadikan benda ni sbg diari harian, menceritakan hal2 peribadi, yang sepatutnye tidak perlu di khabarkan pada umum... trm kasih kak atas perkongsian....
ALLAHUAKBAR..............

Post a Comment