Friday, April 10, 2009

.: PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT MASTER & PHD :.

Bismillahirrahmanirrahim...


"Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman yang mempunyai ilmu diantara kamu dengan beberapa darjat"(QS.Al-Mujadallah : 11)

"Katakanlah :"samakah orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang tidak berilmu" (QS, Az-Zumar : 9),

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar(manusia) dengan perantaraan kalam.Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (QS,Al-Alaq :1-4)

Berdasarkan dalil-dalil di atas, jelas menunjukkan bertapa Allah meninggikan martabat orang yang berilmu. Selaku seorang yang ingin bergelar Dai'e, kita juga sewajibnya melengkapkan diri dengan ilmu di dada agar kita tidak akan dikategorikan sebagai orang mendapat murka Allah seperti di dalam ayat berikut:-

"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? .Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan." (As-Saff :2 dan 3)

Pada masa kini, cara dakwah harus dipelbagaikan. Jika pada masa kini, ketinggian ilmu dilihat sebagai salah satu wadah untuk meningkatkan dan menaikkan kembali 'Izzah Islam di mata dunia. Islam perlu melahirkan ramai Profesional Muslim yang bukan sahaja hebat dalam berdakwah dan berhujjah, malah hebat dalam ketinggian ilmunya. Dalam diri setiap individu Muslim, harus ada niat untuk meningkatkan ilmu di dada..Antaranya adalah dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi..dari spm ke diploma, dari diploma ke ijazah, dari ijazah ke master dan dari master ke phd...tak lupa juga, dari universiti ke pondok atau pasentran..dan dari satu course ke course yang lain..

Allah sentiasa memudahkan jalan bagi hambaNya yang benar-benar ikhlas untuk membantu agamaNya..BAGI YANG BERMINAT UNTUK SAMBUNG MASTER ATAU PHD.....NAH.....



TAWARAN PEMBIAYAAN UNTUK PENGAJIAN IJAZAH LANJUTAN DI BAWAH PAKEJ RANSANGAN EKONOMI KEDUA.


Antara syarat yang diperlukan adalah..

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat-Syarat Umum
1.
Terbuka kepada warganegara Malaysia yang sedang atau memulakan pengajian dalam tahun 2009 dan 2010 sahaja.
2.Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi calon peringkat sarjana dan 43 tahun bagi calon peringkat Ph.D para tarikh memulakan pengajian.
3.Pengajian adalah secara sepenuh masa.
4.Pembiayaan diberikan setelah menerima surat tawaran dan mendaftar sebagai pelajar ijazah lanjutan di mana-mana IPTA dan IPTS terbabit.
5.Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja (kecuali pinjaman pelajaran atau elaun pembantu penyelidik siswazah).
6.Tiada ikatan perjanjian dengan pihak lain.
7.Tiada ikatan kontrak yang akan dikenakan dan pembiayaan ini tidak bermaksud untuk berkhidmat dengan pihak Kerajaan selepas tamat pengajian.

Syarat-Syarat Khusus
1.Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya CGPA 2.75 atau setaraf dengannya bagi pengajian peringkat sarjana dan berkelayakan sarjana yang baik bagi pengajian peringkat Ph.D.
2.Bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA di bawah 2.75 atau setaraf, pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan akan dipertimbangkan.

CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK
Calon-calon yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan umum dan khusus yang ditetapkan.
Mempunyai pekerjaan tetap atau berpendapatan tetap.

TEMPOH TAJAAN
Ph.D - maksimum lapan (8) semesterSarjana – maksimum empat (4) semesterYuran akan dibayar terus kepada pihak universiti.

KAEDAH PERMOHONAN

Pemohon boleh muat turun borang permohonan mulai 12 Mac 2009. Permohonan yang lengkap beserta dokumen sokongan boleh dihantar ke alamat seperti di bawah. mulai 19 Mac 2009. Bagi permohonan lebih awal, calon-calon boleh memuat turun borang permohonan mulai 12 Mac 2009.
MAKLUMAT LANJUT
sila layari laman web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi di




Mari sama2 kite try apply dulu, dapat atau tidak kemudian kira.. Allah tengok usaha kita. Moga perkongsian ini mendapat manfaat bersama. Allahuakbar!

7 comments:

Anonymous said...

salam..mcm mane kalo utk luar negara ye?...sy berminat nak melanjutkan pelajaran peringkat sarjana somewhere luar dr malaysia...kalo boleh bg sikit petunjuk

Anonymous said...

Assalamualaikum, nice post. Sy berminat nk smbg master, skarg tgh ambk dgree kt IPTA dlm bidg Chemical engineering (Gas Technology), masalhnya skarg nak kejar pointer punya lh pyah.. Ada tips X nk nak kjar pointer ni?

Normaziah Khori said...

Waalaikummussalam..

To Anonymous 1: Maaf lambt reply. x perasan ad comment. kalau masih membaca di blog ni, harap panduan ni sedikit sebanyak dapat membantu.

Untuk melanjutkn pelajarn ke oversea ni ad pelbagai cara & kategori. Samada pmohonan utk lepasan SPM, matrik atau Univct. Samaada utk degree, master @ phd.

Klu lepasan SPM, mesti tau pasal biasiswa JPA, MARA & biasiswa tentera.ni yg famous.

Kat bawah ni sy sertakan link trbaru yg sy dapat. Sy sarankn,klu result elok,try minta biasiswa.kat website KPT pun bnk offer.ada link kat bawah ni.

Kerajaan Indonesia pun slalu offer biasiswa utk sambung blajar kat negara diorang.Pls check those links below.

Bagus niat nk sambung tu.Good Luck k! ^_^

http://thepeace08.blogspot.com/2011/03/peluang-untuk-sambung-belajar-di-luar.html

https://www.mohe.gov.my/MIS/

Normaziah Khori said...

Waalaikummussalam..

To Anonymous 2.

1stly tahniah bjaya sampai ke menara gading.

Sy bukanlah arif & hebat.Cuma sy cuba bg pandangan peribadi.

Bdasarkn pengalaman sy, dulu sy ingat nk sambung master tu susah.tp sebenarnya lebih mudah dr ap yg kita sangka.ramai jugak kawan2 sy yg smbung mster.just apply di univct yg ada tawarkn mster bg course yg kte nk tu.

klau nk sambung master, PNGK tu adalah sgt penting.bagi subjek yg sdra/sdri ni. Mke sure > than 3.oo.

Cuma bg certain course, ada jgak unvct yg terima student yg nk smbung master wlaupun dpat kurang 3 pointer. tp at least 2.75.

utk soalan tips nk kejar pointer tu,sy cuba bg pandgn peribadi dgn sebaiknya.

1)Betulkan balik niat blaja(penting)
2)rajin2 buat soalan past year questn
3)klau ada subjek sem2 sbelum ni yg dapat C- atau D, pls do repeat that paper.mke sure kat transkrip hanya ada A+,A-,B+,B- & C+ sahaja.(Sebaiknya xda C)
4)Jaga pointer dr tahun 1 lg.
5)Jaga hubungn ng Allah & sesama manusia.

Harap maaf klau pandngan sy tak menepati apa yg disoalkan sdra/i.

Trm Kasih. Sy doakan sdra/i bjaya.. ^_^

Anonymous said...

sy berminat na bt Master..tp masalah sy skg pointer masa sy studi dlu x smpai 2.75..adakah harapan sy untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Master takkan tercapai?

Anonymous said...

Wat if CGPA yg kurang menepati syarat?kurang dr 3.00

Normaziah Khori said...

sy ada ramai kawan2 yg pointer 2.7-2.9 yang skrg da sambung master. tp,di universiti spt uitm,ums.ble la cuba apply dl. tp kalau x dapat jgn sedih, kerja dl,dalam 1-2tahun. Pengalaman kerja sangat membantu utk capai hasrat sambung master. rajin2 online dan cari tempat blaja yang sesuai dan berpotensi besar utk terima kita blaja di peringkat master. good luck semua :)

Post a Comment