Thursday, January 22, 2009

-Warkah Buat Ibu-


Ibu tersayang..
Sudah sekian lama kupendam rasa yg tersimpan dihati..
Tentang kerinduanku yang semakin memuncak,hari demi hari..
kurindukan belaianmu ibu..
kurindukan dakapan erat darimu ibu..
kurindukan tempat mengadu bu..
Kurindukan kata-kata lembut dari bibir halusmu..
yang dulu sering menjadi penawar kesedihanku..

Ibu tersayang..
Tatkala insan lain bercerita tentang ibu mereka..aku cemburu bu..
Tatkala insan lain berbual mesra bersama ibu mereka..aku cemburu bu..
Tatkala insan lain bersalaman dan mencium tgn ibu mereka..aku cemburu bu..
Tatkala pipi insan lain dicium penuh kasih sayang oleh ibu mereka..aku cemburu bu..
Kenapa aku cemburu dgn mereka bu..?

Ibu tersayang..
aku teringin berbual denganmu..
aku teringin menanyakan kabarmu..
aku teringin melafazkan kata sayang padamu..
aku teringin bercerita tentang kisah hidupku padamu..
aku teringin merasakan suapan makanan dari jari penyayangmu..
aku teringin berkongsi cerita tentang keperitanmu melahirkanku bu..
aku teringin mengungkapkan kata terima kasih padamu bu..

Ibu tersayang..
Bagaimanakah keadaan ibu disana bu..?
ibu telah kukafani dengan kain kafan yg bagus..
masihkah ibu memakai kain kafan itu?
dan kata org yg soleh,kain kafan org yg meninggal ada yg diganti dgn kain kafan syurga dan ada pula dari neraka,kain kafan dari manakah yg ibu pakai sekarang bu..?

Ibu tersayang..
orang-orang alim mengatakan bhw semua hamba esok ditanya tentang imannya..
Diantara mereka menjawab,tetapi ada juga yang cuma membisu..
yng kufikirkan,apakah ibu boleh menjawab atau hanya membisu?

Ibu tersayang..
dikatakan kubur itu boleh menjadi luas atau sempit..
bagaimanakah kubur ibu sekarang..?bertambah luas atau bertambah sempit..?
dan kubur itu katanya merupakan sebahagian dari taman syurga..
tetapi boleh juga menjadi taman neraka..
yang kufikirkan,bagaimanakah kubur ibu sekarang?Taman syurga atau lubang neraka?

Ibu tersayang..
katanya bhw lubang kubur boleh menghangati mayat dgn memeluknya seperti pelukan ibu trhadap anaknya..
tetapi boleh juga merupakan lilitan erat yang menghancurkan tulang-tulang..
bagaimanakah keadaan tubuh ibu sekarang?

Ibu tersayang..
orang soleh mengatakan,org dikebumikan itu ada yang menyesal mengapa dahulu semasa di dunia hidupnya tidak memperbanyakkan amalan baik,dan melakukan maksiat..
Adakah ibu termasuk org yg menyesal kerana sedikit melakukan amalan didunia?

Ibu tersayang..
dulu setiap kali aku memanggilmu ibu selalu menjawab..
tetapi kini ibu kupanggil-panggil tidak lagi mahu menjawab..
Kini,ibu telah berpisah denganku,dan tidak akan berjumpa hingga hari kiamat.
Semoga Allah tidak menghalang perjumpaanku denganmu ibu..

Ibu tersayang..
setiap persoalan itu kuiringi dengan doaku buatmu..
kudoakan..kain kafan yg ibu pakai sekarang..kain kafan yg diganti dgn kain kafan syurga..
kudoakan..ibu boleh menjawab apa sahaja yg disoal oleh malaikatNya..
kudoakan..kubur ibu luas-seluasnya..dan merupakan sebahagian taman syurga..
kudoakan..kubur ibu memelukmu seperti pelukan ibu kepada anaknya..
kudoakan..ibu tidak termasuk golongan yg menyesal krn tidak beramal didunia..

Ibu tersayang..
bersemadilah ibu dengan aman disana..
Jangan dirisaukan anak-anakmu didunia ini..
Kerna berkat didikan ibu dan ayah..
Anak-anakmu kini menjadi permata yg sentiasa mendoakanmu dan menjadi A'bid Penciptamu..
Terima Kasih ibu..
Kerna melahirkan dan mendidikku..
Ibu tetap diingatan dan doaku..Selamanya..
Terimalah hadiah istimewa dariku buatmu..
Doa dan ibadahku..
yang kesemua pahala walau sebesar zarah kuhadiahkan buatmu ibu..
Ya Allah..
Ampunilah dosa ibuku..
Tempatkan ibuku bersama org-org beriman..
Jauhkan ibuku dari siksa kubur dan azab api nerakamu..
Kasihanilah ibuku..
Pertemukanlah kami kelak pabila tiba masanya..
Wasalam..


Nukilan anakmu buat Ibu tersayang..
Almarhumah Latiffah Binti Yusof..
Al-Fatihah...

2 comments:

Suhana Amiril said...

Salam....

Ummiiiii!!!!!!!!!!!!!!!! Su sayang Ummi...!!

Thanks f d post ini.....

~ aman shah ~ said...

sedihnya membaca...
tak dapatdi gambarkan...
bg mereka yang masih mempunyai ibu,
tidak terasa oleh mereka seperti yang sudah kehilangan ibu...
abg sendiri tak dpt gambarkan kalau ibu abg sudah tiada kelak....
semoga maziah tabah menerima nya...
jgn bersedih...
Allah sedang menguji umatNya...

Post a Comment