Sunday, April 26, 2009

.: We speak different langguages :.

Bismillahirrahmanirrahim..

Soalan adik junior skolahku di ym mbuatkan ak terfikir semula..adakah permasalahan yg sama brlaku disini??.......

******************************************************

"Salam.kak,pe kbr? bz ke kak?"

"Salam..alhamdulillh.chat je dik. xda la bz sgt. nape dik?"
"Nak tanye pandangan ckit ni sbnrnye."
"Pandangan ape tu? ada masalah pape ke dik?"

"Hm..camni. adik pening la tgk shbt2 ngan sahabiah2 adik kat sini. Tiap kali meeting je mesti nk gaduh. antara muslimin ng muslimat lak tu..cam tembak menembak plak."
"Owh..hm..percanggahan pendapat tu biasa la dik. untuk cari penyelesaian.."

"Tapi ni bukan percanggahan pendapat cam biasa tu, ni cam masing2 nak tunjuk hebat. ada ego masing2 muslimin ng muslimat ni.."

"Hm..camtu rupenye.."

"Kak,akak rasa ape ye yg buatkan kami ni jadi camtu?"

"Sebelum ni usrah berjalan tak?"

"Ada.berjalan cam biasa.baru mgu lepas buat"

"Hm..meeting kalu 'panas' sbb pcanggahan pendapat biasala. tp kalu panas sbb nk tembak menembak tu da lain da niatnye tu..tambah2 plak bila tembak menembak antara muslimin & muslimat"

"Tu la pasal kak. ana risau."

"Hm,laki dan perempuan ni berbeza dik. kite kna faham. akak tringat usrah muslimat kami mgu lepas yg dberi oleh seorg kakak naqibah muslimat yg sudah berumah tangga."

"kakak tu pesan, kite ni sbg muslimat, jgn sesekali berlagak pandai melebihi lelaki. walaupun kite rasa pandangan kita yg terbaik, gunakanlah 'kebijaksanaan' kita untuk utarakan pendapat kita. jgn tanam dalam hati kita perasaan 'nak menang' sje. camtu gak dalam rumah tangga nanti. suami sbg ketua. kita ni muslimat sbg isteri. perlu hormati mereka."

"Lelaki dan perempuan ni memang dilahirkan berbeza dik. namun, kita saling memerlukan antara satu sama lain untuk membela agama..buktinya, Allah kan ada berfirman dalam Al-Quran.Surah At-Taubah ayat 71 yg bermaksud:-

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. "

"Kak,kat tmpat akak pun camni ke kak?"

"Hm..xle akak nafikn.ada gak.Kadang-kadang akak tgk, ahli gerakan kita ni masih lemah dlm ilmu komunikasi. termasuklah akak sendiri. Ilmu Komunikasi yg baik antara lelaki dan perempuan. akak teringat satu buku yg akak pernah baca karangan John Gray. Tajuk buku tu Men are from Mars, Women are from Venus.."

"Apa kandungan buku tu kak?"

"Buku tu lebih menerangkan bagaimana cara untuk meningkatkan komunikasi antara lelaki dan perempuan. Lelaki dan perempuan ni berbeza dalam memahami sesuatu perkara. We speak different langguage. Bila akak baca buku tu, akak tersedar. bertapa banyaknye miscommunication antara kita slama ni."

"Maksudnya camne tu kak?"

"Hm..ok. akak bagi contoh ye.. contohnya, kalau ada satu masalah la. Biasanya org perempuan akan lebih suka bercakap atau berleter kerana mereka bimbangkan permaslahn tersebut dan menganggap permasalahan tu serius dan perlu ditangani segera. Tapi berbeza pula dgn lelaki, org lelaki pula, kalau ada masalah, lebih suka berdiam diri dan cuba menyelesaikan dengan cara sendiri...atau menumpukan perhatian kepada kerja dan hobi."

"lagi satu, menurut kajian, slalunya, Orang lelaki bila bercakap, tujuannya untuk menyelesaikan masalah dan mereka fikir dulu sebelum bercakap.Selagi jawapan belum "confirm' di minda mereka, selagi itu dia tidak akan bercakap.Manakala wanita bercakap tujuannya lebih kepada untuk meluahkan perasaan dan berkongsi masalah. Mereka bercakap dahulu kemudian baru berfikir apa yang dia cakap."

"Maknanye perempuan ni kalau berleter tu tandanya dorang ni prihatin pastu nak bagitau masalah tu perlu dibincangkan dan ditangani bersama la ye kak?"

"Camtu la lebih kurang, tapi bagi lelaki, ia dianggap sesuatu yg merunsingkan.dan boleh diibaratkan cam perempuan ni x yakin dgn lelaki tu. ikut kajian,lelaki memang ada sifat ego sikit. memang tu sifat yg ada pada lelaki.jadi kita ni sbg perempuan perlu faham dan bijaksana. "

"Jadi,apa la yg sepatutnya dibuat kalu jadi masalah camtu?"

"Lelaki perlu faham perempuan dan perempuan jugak perlu fahami lelaki. Perempuan berleter adalah untuk mengingatkan dan memberitahu bahawa perkara tu perlu ditangani segera. Dan perempuan plak perlu faham, lelaki ni tak suka dileteri. jadi, nak senang, just come out with suggested solution.. tak yah nak bermukaddimah panjang-panjang sangat."

"Abis tu kak, kalu kita bagi cadangan pun dorang tembak balik camne kak?"

"Hm..itu maknenya, there is somethg wrong with the way u suggest it..kan akak da cakap tadi. kita jangan anggap cadangan kita adalah yg terbaik. dan bagi pihak yang menembak tu plak, kita kena amalkan konsep 'meraikan' pandangan org lain."

"Itula yg sy nak dorang tau kak.. kadang-kadang sedih tau kak. Meeting yg sepatutnya sekejap boleh jadi lama sebab dok tembak menembak.."

"Hm..kadang-kadang tu kna muhasabah balik dik. takut-takut waktu kita meeting tu xda baraqah. kot2 la tembak menembak tu sbb kita dicucuk2 oleh 'musuh' kita tu..kan kita buat kije islam.'musuh' kita kan tak suka.jadi, 'musuh' kita tu amik kesempatan cucuk2 kat hati kita.sekadar pandangan.."

"Betul jugak kan kak..Nauzubillah..hm..bnk sy dapat ilmu hari ni. trm ksh ye kak."

"Akak pun dalam proses blaja dik. tapi biasa la tu kalau selisih pendapat sikit2. baru namanye bermesyuarat.."

"Hehe..betul. hm..k la kak ye. trm ksh tau.. adik minta diri dl.nanti kte ym balik ye.."

"Ok..same2. mudah2an pasni xda meeting tembak menembak da k..he.."

"InsyaAllah..he..k kak..sayang akak. mga terus istiqamah dgn perjuangan..Assalamualaikum"

"Akak syg adik jugak.k.adik pun sama..Waalaikumussalam.."

**************************************************************


.."Adakah permaslahan yg sama juga berlaku disini" ?? soalan dr adik junior ini yg membuatkan diri ini berfikir.apa kbr kah pimpinanku?..

p/s : Ana terbaca satu artikel menarik tentang komunikasi dalam islam..amat menarik. bolelah baca di link berikut http://www.extro.biz/portal/modules/smartsection/item.php?itemid=12

Friday, April 10, 2009

.: PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT MASTER & PHD :.

Bismillahirrahmanirrahim...


"Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman yang mempunyai ilmu diantara kamu dengan beberapa darjat"(QS.Al-Mujadallah : 11)

"Katakanlah :"samakah orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang tidak berilmu" (QS, Az-Zumar : 9),

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar(manusia) dengan perantaraan kalam.Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (QS,Al-Alaq :1-4)

Berdasarkan dalil-dalil di atas, jelas menunjukkan bertapa Allah meninggikan martabat orang yang berilmu. Selaku seorang yang ingin bergelar Dai'e, kita juga sewajibnya melengkapkan diri dengan ilmu di dada agar kita tidak akan dikategorikan sebagai orang mendapat murka Allah seperti di dalam ayat berikut:-

"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? .Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan." (As-Saff :2 dan 3)

Pada masa kini, cara dakwah harus dipelbagaikan. Jika pada masa kini, ketinggian ilmu dilihat sebagai salah satu wadah untuk meningkatkan dan menaikkan kembali 'Izzah Islam di mata dunia. Islam perlu melahirkan ramai Profesional Muslim yang bukan sahaja hebat dalam berdakwah dan berhujjah, malah hebat dalam ketinggian ilmunya. Dalam diri setiap individu Muslim, harus ada niat untuk meningkatkan ilmu di dada..Antaranya adalah dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi..dari spm ke diploma, dari diploma ke ijazah, dari ijazah ke master dan dari master ke phd...tak lupa juga, dari universiti ke pondok atau pasentran..dan dari satu course ke course yang lain..

Allah sentiasa memudahkan jalan bagi hambaNya yang benar-benar ikhlas untuk membantu agamaNya..BAGI YANG BERMINAT UNTUK SAMBUNG MASTER ATAU PHD.....NAH.....



TAWARAN PEMBIAYAAN UNTUK PENGAJIAN IJAZAH LANJUTAN DI BAWAH PAKEJ RANSANGAN EKONOMI KEDUA.


Antara syarat yang diperlukan adalah..

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat-Syarat Umum
1.
Terbuka kepada warganegara Malaysia yang sedang atau memulakan pengajian dalam tahun 2009 dan 2010 sahaja.
2.Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi calon peringkat sarjana dan 43 tahun bagi calon peringkat Ph.D para tarikh memulakan pengajian.
3.Pengajian adalah secara sepenuh masa.
4.Pembiayaan diberikan setelah menerima surat tawaran dan mendaftar sebagai pelajar ijazah lanjutan di mana-mana IPTA dan IPTS terbabit.
5.Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja (kecuali pinjaman pelajaran atau elaun pembantu penyelidik siswazah).
6.Tiada ikatan perjanjian dengan pihak lain.
7.Tiada ikatan kontrak yang akan dikenakan dan pembiayaan ini tidak bermaksud untuk berkhidmat dengan pihak Kerajaan selepas tamat pengajian.

Syarat-Syarat Khusus
1.Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya CGPA 2.75 atau setaraf dengannya bagi pengajian peringkat sarjana dan berkelayakan sarjana yang baik bagi pengajian peringkat Ph.D.
2.Bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA di bawah 2.75 atau setaraf, pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan akan dipertimbangkan.

CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK
Calon-calon yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan umum dan khusus yang ditetapkan.
Mempunyai pekerjaan tetap atau berpendapatan tetap.

TEMPOH TAJAAN
Ph.D - maksimum lapan (8) semesterSarjana – maksimum empat (4) semesterYuran akan dibayar terus kepada pihak universiti.

KAEDAH PERMOHONAN

Pemohon boleh muat turun borang permohonan mulai 12 Mac 2009. Permohonan yang lengkap beserta dokumen sokongan boleh dihantar ke alamat seperti di bawah. mulai 19 Mac 2009. Bagi permohonan lebih awal, calon-calon boleh memuat turun borang permohonan mulai 12 Mac 2009.
MAKLUMAT LANJUT
sila layari laman web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi di




Mari sama2 kite try apply dulu, dapat atau tidak kemudian kira.. Allah tengok usaha kita. Moga perkongsian ini mendapat manfaat bersama. Allahuakbar!

Tuesday, April 7, 2009

.: Nizar Menang di Bukit Gantang :.

sumber : berita harian

TAIPING: Calon Pas, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dengan memperoleh majoriti 2,789 undi mengalahkan dua pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN) dan Bebas. Bekas Menteri Besar Perak itu memperoleh 21,860 undi, manakala calon BN, Ismail Saffian (19,071) dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris (62). Pengumuman keputusan pilihan raya itu akan dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Mahmod Mursidi pada bila-bila masa di pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Perbandaran Taiping (MPT), di sini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang, Roslan Shahrom daripada Pas pada 9 Februari lalu. Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Roslan menang dengan majoriti 1,566 undi mengalahkan M Murganan (Bebas) dan Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi (BN).

Monday, April 6, 2009

.: Seuntai kata untuk dirasa :.


" Sesungguhnya bagi seorang yang beriman, wajib baginya untuk meletakkan kecintaannya pada Allah, RasulNya dan pada jihad di jalanNya lebih dari segala bentuk kecintaan yang lain walaupun pada ibubapanya sendiri. Sedangkan yang terkait perhubungan di antara dua jantina yang bukan mahram Allah menegaskan bahawa ianya bukanlah cinta tapi syahwat semata. "

-tq to Amaz_Xunter atas peringatan ini-

Respon bagi persoalan sdr/sdri insan ingin tahu di shoutbox..(7 Apr)

setelah membuat sedikit kajian, penjelasan di atas adalah berdasarkan hadis dan dalil berikut :-

“Tidak sempurna iman seseorang sebelum ia lebih mencintaiku berbandingbapanya, anaknya dan seluruh umat manusia”(HR Bukhari)

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan syahwat kepada apa apa yang diingini, yaitu: wanita wanita, .”(Ali Imran 3:14)

'Bukan mahram' pula bukanlah bermaksud hubungan suami isteri spt yg sdr insan ingin tahu maksudkan, tetapi hubungan antara lelaki dan perempuan bukan mahram yang belum bernikah.

Artikel asal dari iluvislam dan boleh juga dibaca di
http://norchang.blogspot.com/2007/09/couple.html

Friday, April 3, 2009

.: Najib sah PM ke 6 :.

Oleh Ahmad Naim Tahir dan Norfatimah Ahmad bhnews@bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Proses peralihan kuasa kepemimpinan negara bermula semalam apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi menyerahkan surat melepaskan jawatannya dan memohon perkenan melantik Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri keenam. Abdullah dilihat memasuki pekarangan Istana Negara di sini, kira-kira jam 10 pagi dengan menaiki Proton Perdana bernombor WCH 13 dan keluar kira-kira sejam selepas itu sambil tersenyum dan melambai kepada wakil media yang menunggu di luar istana.

Najib, 55, yang mengambil alih jawatan Presiden Umno daripada Abdullah pada Perhimpunan Agung parti itu minggu lalu, turut menghadap Yang di-Pertuan Agong setengah jam selepas itu. Timbalan Perdana Menteri dilihat memasuki perkarangan istana pada jam 11.25 pagi dan beredar kira-kira 45 minit dengan menaiki Proton Perdana bernombor pendaftaran WRP 11. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan Sultan Mizan memperkenankan pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri keenam.

Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan serta sumpah simpan rahsia di hadapan Seri Paduka akan diadakan di Istana Negara pada jam 10 pagi ini. Mohd Sidek berkata, istiadat bersejarah itu akan berlangsung seperti dijadualkan dan semua persiapan sudah diatur untuk memastikan upacara berkenaan berjalan lancar. "Selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib akan menandatangani surat menyimpan rahsia kerajaan sepanjang tempoh menduduki kerusi tertinggi kerajaan," katanya. Mohd Sidek berkata, orang kenamaan tempatan dan wakil negara asing turut dijemput untuk menyaksikan istiadat itu, yang dijangka selesai sebelum tengah hari.

Majlis penyerahan nota serah tugas Perdana Menteri oleh Abdullah kepada Najib pula dijadual berlangsung di Pejabat Perdana Menteri pada jam 4 petang. Pelantikan Najib mengulangi sejarah bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, yang memegang jawatan nombor satu dalam kerajaan dari 1970 hingga meninggal dunia pada 14 Januari 1976. Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 7 Januari 2004 ketika menjadi Naib Presiden Umno paling kanan. Sebelum itu, beliau pernah menjadi Menteri Pendidikan (1995-1999) serta dua kali sebagai Menteri Pertahanan pada Oktober 1990 hingga April 1995 dan dari Disember 1999 sebelum berpindah ke Kementerian Kewangan pada 17 September 2008.

“Dan sesiapa yang tidak berhukum dengan yang telah diturunkan Allah maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir”. – AlQuran, Surah AlMaidah ayat 44

“Barangsiapa yang tidak memutuskan perkara (berhukum) menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim”. – AlQuran, Surah AlMaidah ayat 45

“Barangsiapa yang tidak memutuskan perkara (tidak berhukum) menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik”. – AlQuran, Surah AlMaidah ayat 47

"Semoga Dato' Seri Najib menjadi pemimpin yang menjalankan hukum Allah agar tidak disamakan seperti kafir, orang zalim atau orang yang fasik spt ayat di atas.."

Wednesday, April 1, 2009

.: Gambaran Syurga menurut Al-Quran :.

Bismillahirrahmanirrahim...

Semoga bingkisan ini bisa menaikkan lagi semangat para pejuang agama Allah dalam meneruskan perjuangan menegakkan agamaNya walau banyak rintangan yang melanda...TERIMALAH JANJIAN HADIAH TERHEBAT DARI YANG MAHA KUASA!!...Syurga Allah......

Para ulama bersepakat syurga itu terletak di atas dari langit yang ketujuh.

Dalam surah An-Majm ayat 13-15 Allah berfirman:
Sesungguhnya ia (Muhammad) telah melihat Jibril sekali lagi, iaitu di Sidratul Muntaha, dan di dekatnya ada syurga tempat kembali. Ketika Rasulullah dalam perjalanan Mikraj, Baginda telah berhenti di Sidratul Muntaha. Menurut baginda, Sidratul Muntaha itu berada jauh di luar alam langit (di luar ruang angkasa). Di situlah Baginda dapati terletaknya syurga. Kemudian dikatakan syurga itu luasnya seluas langit dan bumi sebagaimana difirmankan Allah dalam surah Ali Imran ayat 133:

Kejarlah oleh kamu ampunan Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Di syurga juga udaranya nyaman tidak panas membakar dan tidak pula sejuk mengigit.

Allah berfirman:
Mereka berehat didalam syurga dengan berteleku di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang bersangatan sejuknya. (Al-Insan: 13)

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda:
"Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi." (Hadis riwayat Al-Bazzar). Dalam sebuah hadis lain diceritakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tanah syurga itu licin putih, kasturi murni." (Hadis riwayat Muslim).

Harumnya bau syurga ini dapat dicium dari jarak perjalanan 100 tahun. Sungai-Sungai di Syurga Sungai-sungai syurga pula memancar dari bawah-bawah bukit. Di dalam al-Quran, Allah banyak menyebut tentang macam-macam sungai di syurga ini antara lain firmanNya dalam Surah Muhammad ayat 15 yang bermaksud: Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih.

Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dan air yang menggeledak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (sudah tentu tidak sama!). Ayat di atas memberi pengertian bahawa sungai-sungai di syurga bukanlah mengandungi air-air biasa seperti di dunia ini, sebaliknya ada sungai yang berair susu, ada yang berair anggur (arak) yang tidak memabukkan, ada yang dari madu dan sebagainya. Sungai-sungai ini semuanya mengalir dengan tenang melalui rumah-rumah di syurga, di kebun-kebun dan di celah-celah pokok.

Bahkan terdapat juga mata-mata air yang mengalir. Jadi Allah telah menjanjikan bagi orang yang bertakwa itu sungai yang airnya mempunyai ciri-ciri sebagai berikut: = Airnya tidak berubah rasa dan baunya. = Air susu yang tidak berubah rasa dan warnanya = Air anggur (arak) yang lazat dan tidak memabukkan bagi peminumnya. = Madu yang disaring Sewaktu Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w. pernah melihat sungai yang dinamakan Al-Kausar. Sungai ini dilingkari oleh bukit-bukit yang terdiri dari permata-permata dan tanahnya dari wewangian yang paling wangi. Tepian sungai ini terdiri dari emas sedangkan anak-anak batunya dari mutiara. Barangsiapa meminum air dari Al-Kausar ini walau hanya satu kali sahaja, dia tidak merasa haus untuk selama-lamanya.

Tentang nama-nama sungai di syurga, tidak ada disebut dengan jelas di dalam al-Quran. Tetapi dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi bersabda: Bahawasanya di syurga terdapat suatu sungai yang disebut sungai rajab, airnya lebih putih daripada air susu dan rasanya lebih manis daripada madu. Sesiapa yang puasa satu hari dari bulan Rajab, maka Allah memberikan minuman dari sungai itu. Yang jelas sungai yang bersama Rajab dengan sifat-sifatnya yang luar biasa ini belum pernah dilihat dan dirasakan airnya oleh manusia di dunia ini.

Walau bagaimanapun di dalam keterangan-keterangan lain disebutkan bahawa di syurga ada sungai-sungai seperti Al-Kausar dan Al-Firdaus. Tentang Al-Kausar, Anas r.a. ada bercerita bahawa Rasulullah s.a.w. tidur di atas tikar jerami, tiba-tiba sambil mengangkat kepalanya Baginda tersenyum. Anas bertanya: "Mengapa engkau tertawa ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Ayat yang diturunkan kepadaku tadi (yang bermaksud): Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak (Al-Kausar), maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus. (Al-Kausar: 1-2-3). Kemudian Baginda bertanya: "Adakah engkau tahu apa itu Al-Kausar?" Anas menjawab: "Allah dan RasulNya yang lebih tahu." Lalu Rasul menerangkan: "Al-Kausar itu satu sungai yang dijanjikan kepadaku oleh Allah, pada sungai itu banyak kebajikan. Di atasnya sebuah kolam (Al-Haudi) yang akan datang umatku kepadanya. Bejananya banyak sebanyak bintang-bintang di langit." (Riwayat Muslim). Seterusnya Imam At-Termizi meriwayatkan, Nabi bersabda: "Bahawa masing-masing nabi itu mempunyai kolam. Mereka ini bangga membanggakan manakah yang lebih banyak orang datang. Dan ana mengharap, bahawa adalah ana yang terbanyak orang datang." Mendengar tentang banyaknya kenikmatan yang terdapat pada Al-Kausar ini, tentu banyak di antara kita yang berharap untuk dapat menjadi golongan orang-orang yang dapat datang ke tempat tersebut. Agar harapan ini menjadi nyata, hendaklah kita berusaha mencari keredhaan Allah dalam kehidupan ini dari segala segi.

Syurga itu Bertingkat-Tingkat Syurga itu bertingkat-tingkat dan setiap tingkat berbeza-beza pula. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain ialah seperti jarak antara bumi dan langit. Adapun tingkatan syurga yang paling tinggi darjatnya dinamakan "Al-Firdaus". Di atas Al-Firdaus inilah terletak "Arsy Rahman (Mahligai Tuhan). Selain itu, keistimewaan syurga Al-Firdaus ialah para penghuninya akan dapat melihat wajah Allah dua kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Sedangkan nikmat yang tertinggi di dalam syurga ialah apabila manusia dapat menatap wajah Allah. Adapun cara melihat Allah bukanlah seperti halnya kita melihat dengan mata biasa seperti yang lazim berlaku, tetapi caranya ialah dengan penglihatan mata yang telah ditentukan Allah buat para penduduk syurga. Segala yang ada di syurga itu indah-indah belaka jauh lebih indah dari apa yang ada di atas muka bumi ini. Tetapi yang terindah di syurga ialah pandangan terhadap Allah, tidak sesuatu kenikmatan lain yang dapat melebihi keistimewaannya. Cuba kita bayangkan di dunia ini sahaja, kalaulah kita diberikan kesempatan bertemu dan berbual-bual dengan salah seorang pemimpin negara, tentu kita akan sangat gembira dan bahagia dengan pengalaman tersebut. Inikan pula akan bertemu dengan Allah yang menciptakan dunia ini.

Firman Allah dalam surah Al-Qiyamah ayat 22-23 yang bermaksud: Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat. Rasulullah pernah bertanya kepada Jibril: "Hai Jibril pernahkah kau melihat Allah?" jawab Jibril pernahkah kau melihat Allah?" jawab Jibril: "Bahawa di antara saya dan Tuhan ada 79 tutup yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka tutup yang paling luar, maka akan terbakarlah ana memandangNya. Sedangkan antara engkau dan Tuhan ada 71 lapisan tutup dari cahaya. Bila terbuka tutup yang paling luar, engkau akan terbakar pula memandangnya." Dalam hal ini pernah Nabi Musa a.s. meminta kepada Allah untuk melihatNya. Tetapi baru sahaja Allah menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu bergegar dan hancur sehingga Musa jatuh pengsan. Ini membuktikan gunung yang bagaimana juga kukuhnya akan hancur bila Tuhan menunjukkan diriNya, inikan pula manusia yang lemah.

Kemudian dalam satu riwayat lain digambarkan syurga itu sebagai berikut : = Tingkatan syurga pertama yang dibuat dari bahan perak baik kampung,rumah, pintu dan kuncinya. = Tingkatan syurga kedua yang dibuat dari bahan emas baik kampung,rumah, pintu dan kuncinya. = Tingkatan syurga ketiga yang kampung, rumah, pintu dan kuncinya dibuat dari bahan yakut dan lukluk (mutiara). Taman-Taman Di Syurga Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia. Kalau di dunia ini kita selalu melihat macam-macam taman yang dihiasi indah dengan aneka macam tumbuhan dan bermacam-macam bunga, di situ kita boleh menghabiskan masa berjam-jam sambil menikmati keindahannya juga mencari ketenangan. Maka begitu juga di syurga, Allah menciptakan taman-taman bagi penghuninya.

Ada dua bentuk taman di syurga: (1) Dua taman yang dicipta Allah dari perak dengan segala apa yang ada padanya. (2) Dua taman yang dicipta Allah dari emas dengan segala apa yang ada padanya. (Riwayat Bukhari Muslim). Pada taman-taman ini terdapat bermacam-macam buah-buahan sama ada kurma ataupun delima, air mata air dan sungai yang terus-menerus mengalir airnya dengan tenang. At-Tabrani meriwayatkan bahawa di taman-taman tersebut ada pohon-pohon yang rendang, besar, tinggi dan luas. Bila bidadari-bidadari bernyanyi di bawahnya, daun-daun dan ranting-ranting pohon-pohon itu bergerak-gerak sambil mengeluarkan bunyi-bunyian yang amat merdu pula. Apabila angin berhembus lalu menyentuh daun dan ranting, maka akan terdengar desiran yang amat merdu pula. Sehingga tidak dapat dibanding manakah yang lebih merdu antara suara bidadari-bidadari atau bunyi desiran pohon-pohon tersebut.

Pintu-Pintu Syurga Sebelum masuk ke syurga, penghuni-penghuninya akan melalui pintu-pintu syurga terlebih dahulu. Pintu-pintu ini ada bermacam-macam pula jenisnya. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran Surah Shaad ayat 49-50 yang bermaksud: Ini adalah kehormatan bagi mereka dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa benar-benar (disediakan) tempat kembali yang baik, (iaitu) syurga dan yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka. Kemudian Abu Hurairah ada meriwayatkan sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. bersabda: Dan bagi syurga itu lapan pintu. Maka siapa yang termasuk dari orang yang menegakkan ibadah sembahyang, dia akan dipanggil dari pintu sembahyang. Bagi orang berpuasa ia akan dipanggil dari pintu puasa. Orang yang brsedekah akan dipanggil dari pintu sedekah. Dan yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh kerana itu kalau seorang semasa hidupnya benar-benar melaksanakan segala hal yang disebut tadi, maka ia akan dipanggil untuk masuk melalui ke semua pintu-pintu tersebut. Adapun pintu syurga bagi orang yang melakukan ibadah puasa dinamakan Ar-Rayyan. Sedangkan setiap Muslim yang pernah kematian tiga orang anak-anaknya yang masih kecil diberi kebebasan untuk masuk ke syurga melalui pintu mana sahaja yang disukainya. Penghuni-penghuni syurga setiap orang mempunyai pintu-pintu tersendiri. Satu pintu untuk tempat masuknya sendiri. Satu untuk isterinya. Satu untuk tamu-tamu (malaikat dan kawan-kawannya). Satu menuju ke neraka untuk rasa nikmat Allah atas dirinya, dan satu pintu ke Arsy (Mahligai Allah untuk melihat wajah Allah).

Dalam buku "Ahli Syurga dan kenikmatannya" diterangkan, selain yang tersebut di atas ada lagi pintu-pintu yang diberi nama : = Pintu para rasul dan nabi = Pintu zakat = Pintu haji = Pintu syahadat dan selawat = Pintu syuhada = Pintu salihin = Pintu siddiqin = Pintu ilmu dan iman = Pintu rahmat = Pintu taubat Dalam hadis riwayat Bukhari-Muslim, Rasulullah bersabda: Demi Allah, demi antara dua ambang pintu syurga itu bagaikan jarak antara Makkah dan Basrah. Jelaskan pada kita betapa luasnya pintu-pintu yang terdapat di dalam syurga. Bilik-Bilik, Rumah dan Istana di Syurga Untuk lebih menyeronokkan lagi, maka pada penghuni-penghuni syurga diberikan bilik-bilik khas, rumah dan istana yang dibuat dari permata-permata yang tembus dipandang mata seperti kaca. Di dalamnya penuh dengan kenikmatan dan kelazatan yang tidak pernah dilihat mata serta didengar telinga.

Pernah pada suatu hari para sahabat bertanya kepada Rasulullah: "Untuk siapakah Allah menyediakan bilik-bilik seperti itu ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Bagi mereka yang menyebarkan salam, menyumbangkan makanan, terus berpuasa dan berjaga malam mengerjakan sembahyang sedangkan orang lain tidur nyenyak." Lalu sahabat-sahabat bertanya lagi : "Siapakah yang tahan dan sanggup berbuat demikian ya Rasulullah?" Jawab Baginda lagi: "Umatku! Dengarlah ...sesiapa yang bertemu sesama Muslim lalu ia memberi salam, itu bererti telah menyebarkan salam. Barang siapa yang memberi makan anak-anak dan isterinya sampai kenyang, bererti ia telah menyumbangkan makanan. Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan ditambah dengan tiga hari pada setiap bulan, itu bererti ia terus menerus berpuasa. Dan sesiapa yang menunaikan sembahyang Isyak terakhir dengan berjemaah, bererti dia telah bersembahyang malam sedang manusia tidur." (Riwayat Abu Naim dari Jabir).

Bagi penghuni syurga ini, disediakan bilik-bilik sebagaimana yang dijanjikan Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 20: Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya mereka mendapat tempat-tempat yang tinggi, di atasnya dibangun pula tempat-tempat yang tinggi yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Allah telah berjanji dengan sebenar-benarnya. Allah tidak akan memungkiri janjinya. Kemudian di dalam firmanNya Surah Muhammad ayat 6 yang bermaksud: Dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenankanNya kepada mereka. Selain menerangkan keadaan bilik-bilik di syurga, ayat di atas juga menerangkan bahawa setiap orang yang masuk ke syurga itu mengetahui tempat mereka masing-masing tanpa perlu ditunjuk seolah-olah (bilik rumah dan istana-istana itu) sudah lama dikenalinya. Kemudian dalam surah Al-Furqan ayat 10, Allah berfirman: Maha suci (Allah) yang jika Dia menghendaki, nescaya dijadikanNya bagimu yang lebih baik dari yang demikian, (iaitu) syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, dan dijadikanNya (pula) untukmu istana-istana. Ayat ini mengisyaratkan bahawa di dalam syurga terdapat istana tetapi tidak dijelaskan bagaimana bentuk rupa istana tersebut, sama ada bertingkat-tingkat menjulang tinggi atau sebaliknya. Di samping bilik dan istana dan pula rumah-rumah.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali, maka Allah berkenan membangunkan baginya rumah di syurga.(Riwayat Muslim). Pohon-Pohon dan Buah-Buahan di Syurga Keindahan alam dengan pohon-pohon yang rimbun menghijau serta aneka macam jenis bunga-bunga yang menawan dapat memberikan kedamaian jiwa bagi siapa yang memandangnya. Bayangkanlah kalau kita berada di tengah-tengah kebun bunga yang seperti itu ditambah pula dengan pohon-pohon yang mengeluarkan bermacam-macam jenis buah-buahan,tentu kita akan asyik dan enggan pergi atau meninggalkan tempat tersebut.

Di syurga, Allah memberikan kepada penghuni-penghuninya lebih dari itu sebagaimana firmanNya yang bermaksud: Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu, berada di antara pohon bidara yang tidak berduri dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya dan naungan yang terbentang luas; dan air yang tercurah; dan buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya. (Al-Waqiah: 27-33). Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan. (Ar-Rahman: 4 . Di dalam keduanya ada (macam-macam) buah-buahan dan kurma serta delima. (Ar-Rahman: 6 Dan naungan (pohon-pohon syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya. (Al-Insan: 14) Di syurga juga ada sejenis pohon yang dinamakan tuba. Abu Hurairah berkata: Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebatang pohon yang dipanggil "tuba" dan Allah berfirman kepadanya: "Keluarkanlah untuk hambaKu apa-apa yang mereka kehendaki." Maka keluarlah kuda dengan kekang serta pelana dan apa-apa keperluan yang dikehendaki dan dikeluarkan pula untuknya kenderaan dengan tempat duduk serta pengikatnya, apa-apa keperluan yang dikehendaki dan juga pakaian-pakaian. (Riwayat Ibnu Abid Dunya).

Ibnu Hibban meriwayatkan Hadis daripada Abu Said yang menceritakan seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah tuba itu?" Baginda menjawab: "Ialah sebatang pohon yang sangat rindang. Rindangnya sejauh 100 tahun perjalanan, (manakala) pakaian-pakaian penghuni syurga adalah daripada kelopak-kelopaknya." Keistimewaan pohon-pohon di syurga ini semua umbi-umbinya diciptakan Allah daripada emas. Adapun pohon bidara di syurga itu bercabang-cabang. Setiap cabangnya mengeluarkan sebiji buah, kemudian dari buah ini keluar pula 72 jenis makanan yang berlainan. Sedangkan pohon-pohon kurma pula diciptakan Allah s.w.t. dalam bentuk yang sangat luar biasa sebagaimana Abdullah bin Al-Mubarak, Ibnu Abi Hatim, Ibnu Abid Dunya dan Al-Hakaim meriwayatkan perkataan Ibnu Abbas r.a.: "Pokok kurma syurga itu batangnya daripada permata Zamrud yang hijau, pangkal-pangkal pelepahnya daripada emas yang merah dan setiap satu pelepahnya menjadi pakaian penghuni syurga, daripadanyalah pakaian dan perhiasan-perhiasan mereka dipotong dan dijahit. Manakala buahnya seperti tempayan, lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu dan lebih lembut daripada buih dan tiada mempunyai benih."

Berkata Abu Darda r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda: Allah telah berfirman: "Sesungguhnya ana dengan jin dan manusia dalam suatu berita besar (Hari Kiamat). ana yang mencipta, tetapi mengapa orang lain yang disembah? ana yang memberi rezeki, mengapa pula orang lain yang disyukuri." (Riwayat Baihaqi)