Wednesday, August 29, 2012
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullah..
Assalamualaikum Warahmatullah..
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” Surah Ar-Ruum : Ayat 21
Alhamdulillah, syukur padaNya, kerna insyaAllah selepas solat asar, hari Jumaat, 31 ogos 2012 ini, sy bakal diijabkabulkan dengan seorang muslimin yang bakal menjadi suami dan kunci syurga buat sy..
Tergerak hati untuk menulis sedikit perkongsian pengalaman sy di ambang bergelar seorang zaujah@isteri..Sy catatkan di coretan ini agar dapat menjadi tatapan sahabat-sahabat sy yang bakal menjadi pengantin atau yang sedang melayari bahtera rumahtangga..mudah-mudahan bermanfaat..
Perkahwinan itu, sering digambarkan sebagai sesuatu yang indah, mendamaikan, dan sesuatu yang didambakan bagi setiap teruna dan dara sebagai jalan untuk membentuk satu ikatan yang menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan bukan muhrim.
Namun, dikalangan mereka yang sudah lama berumahtangga, pasti terdapat penambahan bagi pendifinisian di atas, mungkin ada yang mengatakan perkahwinan itu adalah suatu perhubungan yang penuh onak dan duri, penuh ujian, perlukan kesabaran dan sebagainya. Dan, mungkin juga ramai yang berpandangan, suasana bagi sesebuah rumahtangga itu adalah bergantung kepada bagaimana cara dan halatuju bahtera perkahwinan itu dikemudi.
Menjelang detik bergelar seorang isteri, pelbagai kerja dan persiapan yang perlu dilakukan. Dalam kesibukan itu, sempat juga sy mencuri masa berbual dengan beberapa orang wanita yang sudah berumahtangga dan meminta nasihat daripada mereka sebagai persediaan untuk menjadi seorang isteri dan bakal ibu..
Catatan 1
Penghujung Ramadhan yang lalu, Sy berkesempatan berbual melalui telefon dengan seorang kakak satu universiti yang baru beberapa bulan berumahtangga.Ada 2 perkara utama yang amat terkesan di hati ini dari nasihatnya kepada sy, sebagai bekalan untuk bergelar seorang isteri solehah.Pesanan dari Kak S: "Nasihat akak, persiapkan diri dengan ilmu agama,gunakan Ramadhan ni untuk sucikan diri. Nanti, waktu nti dah nak nikah, banyakkan baca Al-Quran terutama disaat makin dekat diijabkabulkan. insyaAllah akan beroleh ketenangan."
Sewaktu berbual di telefon bersama Kak S, kedengaran suaminya meberitahu sesuatu kepada kak S, dan Kak S menyampaikan suatu pesanan dari suaminya untuk sy.
Pesanan dari Suami Kak S : "Maziah kena Terima suami seadanya termasuk kekurangan suami.. Dan bersyukurlah kerana mempunyai suami.Sedangkan di luar sana masih ramai yang belum mempunyai suami.."
Catatan 2
Sewaktu di lobby tempat kerja, berkesempatan berbual dengan seorang kakak yang telah bercerai dengan suaminya. Dan sy turut meminta nasihat darinya sebagai persediaan menjadi isteri.Pesanan dari Kak N :"Bagi akak, sebagai isteri kena banyak bersabar. Kalau suami marah ke jangan lawan masa die tengah marah.Lelaki ni biasanya egonya tinggi.macam bekas suami akak garang, silapnya kami sebab tak banyak bersabar.."
Catatan 3
Sy juga berkesempatan berbual dengan seorang makcik India yang bekerja sebagai Cleaner di kantin tempat sy bekerja.Sewaktu menjemputnya untuk hadir ke majlis sy,nasihat dari beliau juga sy minta kerana usia perkahwinanya sudah menjangkau 20 tahun..Pesanan dari Aunty M : "Nanti, bila u Jadi isteri, u kena banyak sabar. Jangan lawan cakap suami u kalau die tengah marah. Tunggu dia sejuk hati dulu, ada masa yang u rasa suami u tengah sejuk hati, baru u bincang dengan dia baik-baik. Terangkan pada dia, kalau u rasa u tak salah. lelaki selalunya penat di tempat kerja cari rezeki, jadi bila die balik rumah, di marah-marah sebab dia penat. u kena banyak sabar..aunty sudah 20 tahun kahwin. Jadi aunty amalkan banyak bersabar dan tolak ansur. Bagi aunty, yang banyak2 cerai di malaysia sekarang, sebab banyak perempuan sekarang jenis garang dan tak da banyak sabar.."
Catatan 4
Minggu lalu, di kantin tempat kerja,sy makan bersama beberapa rakan dan berhadapan dengan sy adalah seorang kawan sy yang berbangsa cina. Sudah mempunyai 3 orang anak..
Nasihat dari N : "u kawin muda. nanti u jangan dapat anak dulu. banyak susah.. u tunggu dalam umur u 27 ke baru u plan ada anak. mula2 kawin lagi baik u dengan suami u berdua saja. yang lain tu, u kena pandai jaga hati suami u la.."
Dalam banyak-banyak nasihat, satu nasihat ini agak janggal bagi sy dan ada sedikit rasa kurang bersetuju dengan pandangannya..dan telah sy jelaskan padanya tentang mengapa sy kurang bersetuju. Dalam Islam, antara tanda keberkatan seorang perempuan ialah, rendah maharnya, cepat ia bernikah, cepat ia mempunyai anak.Dan dia menerima penjelasan itu dengan hati terbuka. Namun, sy hargai juga nasihat yang beliau berikan itu..
Panggilan telefon dari seorang dari bakal kakak ipar agak mengejutkan sy. Pertama kali dapat panggilan dari keluarga lelaki sejak bertunang pd 1 julai yang lalu. Beliau bertanyakan khabar dan bagaimana persediaan sy. Dan sy turut mengambil peluang meminta nasihat darinya sebagai persediaan untuk berumahtangga.
Pesanan dari Kak T: "Bagi akak, untuk jadi isteri yang baik,maziah kena faham, perkahwinan tu sebenarnya satu ibadah. Maziah kena faham, dengan maziah melayani suami dan anak-anak, itulah pahala yang kita kutip untuk dibawa ke akhirat nanti.untuk berjumpa dengan Allah. Dan lagi satu, bagi akak, da kawin nanti, jangan peduli sangat apa orang nak kata.."
Itulah antara nasihat dari beberapa wanita yang dapat sy catatkan disini. Disamping dapat mengingatkan sy kembali apabila terlupa kelak, diharapkan juga, catatan ini dapat dikongsikan pada semua pembaca dan diambil pengajaran..
Kesimpulan yang dapat sy buat dari nasihat nasihat ini, antaranya ialah:-

Catatan 5

- Perkahwinan itu adalah satu tanda kebesaran Allah yang menghadirkan perasaan kasih sayang dan cinta antara seorang lelaki dan perempuan dengan cara yang halal, meningkatkan martabat manusia dan melindungi manusia dari perbuatan maksiat.
- Perkahwinan itu sebenarnya adalah satu ibadah! Sebagaimana juga ibadah lain seperti solat, sedekah, puasa. Kerana di dalam perkahwinan itu terlalu banyak pahala yang akan kita dapat malahan pahala itu dilipatgandakan. Subhanallah! Moga di akhirat kelak neraca timbangan amalan kita semakin berat ke arah pahala.
- Dalam hubungan suami isteri, perlu banyak bersabar dan tolak ansur. Hm, bagi sy, ia mungkin nampak mudah, namun untuk melaksanakannya, perlukan jihad yang tinggi. Moga kami dijauhkan dari gangguan Syaitan yang suka menghasut lagi suka memporak perandakan.
- Mempunyai seorang pasangan hidup adalah hadiah Maha Agung dari Allah. Sy perlu bersyukur dengan suami yang dijodohkan untuk sy. Terima kekurangannya, kerana sy juga punya baaanyak kekurangan.
- Dan yang terakhir, pesanan sy buat diri saya sendiri, agar sya tidak mencintai suami sy melebihi dari cinta sy pada Allah & Rasulnya. Kerana Allah berfirman,
“Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” Suraah At Taubah : Ayat 24
Kepada sesiapa yang sudi/ingin memberi nasihat kepada sy, amat sy hargai dan alukan.. Wassalam..
~Ya Allah, berkatilah rumahtangga yang bakal kami bina ini, limpahkanlah rahmat dan kasih sayangmu, lindungilah kami dan zuriat keturunan kami dari Api NerakaMu. Dan jadikanlah rumahtangga yang bakal kami bina ini bermanfaat untuk AgamaMu. Amin~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment