Saturday, October 22, 2011

.: Hadiah buat Kaum India :.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullah hi wa barakatuh.

Alhamdulillah (syukur pada Allah), punya masa utk menulis tika ini. Jarang sekali rasanya hari sabtu atau ahad berpeluang meluangkan masa di rumah seawal ini. Tapi, hari ini mungkin Allah mahu memberikan ruang waktu untuk bersama keluarga. Dan syukur, sempat juga masak tengahari tadi utk keluarga.

Pagi tadi, Alhamdulillah, berpeluang meneruskan sisa hidup dengan Program Sumbangan. Antara program yang sy minati dalam arena dakwah ini. Program sumbangan ini telah sy ikuti sejak 2 tahun yang lepas sekembalinya ke Perak & sejak mengijtima'kan diri dalam arena dakwah di kawasan Batu Gajah. Jadi, Alhamdulillah, dengan keizinan dariNya, sy berpeluang untuk bertemu secara terus dengan pelbagai suasana keluarga. Ada yang dari latarbelakang berpendapatan rendah, ibu tunggal, OKU & tidak terkecuali anak yatim.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, dari mana kami mendapat sumber kewangan yang agak banyak kerana agak kerap juga program sumbangan ini dilakukan. Hampir setiap 2 bulan sekali atau saban bulan. Kadang kala sy tersenyum & yg pasti nya bersyukur. Kerana itulah antara kehebatan Allah dalam menciptakan manusia. Dijadikan manusia itu dengan pelbagai sikap & perangai. Dan diantaranya, diciptakan oleh Allah segolongan manusia yang kaya dan tidak lokek untuk berzakat & bersedekah kepada golongan yang memerlukan.

Kami hanya golongan yang menyampaikan. Kerna itu satu amanah dari mereka yang sudah berniat untuk berzakat & menginfakkan harta(penyumbang), tetapi mereka tidak tahu bagaimana cara menyampaikannya & kepada siapa. InsyaAllah, dengan maklumat database penerima sumbangan yang layak yg kami ada, kami turun padang menyampaikan sumbangan secara terus ke tiap-tiap rumah penerima.

Terdetik untuk berkongsi pengalaman menyampaikan sedikit sumbangan kepada kaum India yang telah bermula seawal jam 9 pagi hingga ke jam 1 ptg tadi. Kaum India yang dari latar belakang yang berpendapatan rendah, Ibu Tunggal & OKU menjadi sasaran. Rasanya inilah kali pertama sy mengikuti program sumbangan yang melibatkan kaum India. Duit bagi sumbangan kali ini ditaja oleh penyumbang yang bukanlah dari wang zakat.

Sy amat teruja dengan layanan yang diberikan oleh hampir keseluruhan keluarga yang kami ziarah tadi. Kebanyakannya mengalu-alukan kedatangan kami dengan layanan mesra. Walaupun berlainan agama & bangsa, kelihatan sinar kegembiraan terpancar di wajah mereka dengan kehadiran kami sebagai tetamu di rumah mereka. Tambahan pula di ambang Kaum India mahu merayakan perayaan mereka Deepavali. Ramai juga yang sedang kelihatan sibuk bergotong royong mengemas rumah bersama keluarga untuk menyambut Deepavali sewaktu kami tiba tadi. "Macam orang Islam nak sambut raya jugak suasananya" detik hati sy.

Seperti di program ziarah menyampaikan sumbangan pada program-program sebelum ini, setiap penerima sumbangan pasti akan meluahkan permasalahan mereka kepada kami. Itulah hikmahnya pergi sendiri kepada golongan yang kurang bernasib baik ini, barulah kita akan mendapat sendiri maklumat bertapa sukarnya mereka melalui kehidupan dengan serba kekurangan. Tadi, ada yang mengadu tentang sukarnya mendapatkan bantuan sumbangan dari JKM, ada yang mengadu tentang taraf tanah rumah yang mereka duduki yang masih belum diperoleh geran tanah walaupun sudah beberapa kali turun naik ke pejabat daerah. Ada yang mengadu tentang masalah anak-anak mereka yang tidak mengenang jasa ibu bapa , ada yang mengadu tentang keadaan rumah yang seperti sudah tidak bolh diduduki akibat kerosakan yang teruk, ada yang mengadu tentang masalah kesihatan yang kronik & memerlukan pembelanjaan kewangan yang tinggi dan bermacam-macam lagi.

Itulah realiti sebenar di negara ini, tatkala ada golongan yang hidup bermewah-mewah, masih ramai lagi yang hidup mengikat perut menahan lapar & berteduh di pondok yang hanya menanti masa untuk menyembah bumi. Sy pernah melalui kehidupan yang susah dan miskin sebelum ini. Namun, dengan melihat sendiri keadaan keluarga-keluarga yang diziarahi, sy merasakan, rupa-rupanya masih ramai yang jauh lebih susah & miskin dari sy. Itulah realiti sbenar. Air mata ini sememngnya akan menitis dengan sendirinya bila mana melihat kedaifan mereka. Dan ia banyak menimbulkan keinsafan pada diri untuk mensyukuri nikmat yang Allah beri pada diri ini.

Dengan coretan yang tidak seberapa ini, diharapkan agar sahabat-sahabat sekalian akan menjadikannya sebagai iktibar. Marilah sama-sama kita infakkan(sumbangkan/sedekahkan) masa yang kita ada untuk kerja-kerja dakwah & islah ini. Mudah-mudahan, ia boleh menjadi landasan untuk melahirkan keinsafan dalam diri kita & mendekatkan lagi kita pada Allah yang Maha Kuasa.

Sy tinggalkan sahabat-sahabat pembaca dengan 2 ayat dari Al-Quran, dan semoga kita mengambil iktibar darinya. Semoga bertemu di coretan yang lain. Wassalamualaikum. ^_^

"Dan berbuat baiklah sebagaimana Allah telah berbuat baik padamu."
(Al-Qashas [28]: 77)

“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan harta mereka di jalan Allah adalah sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir dan setiap butir membuahkan lagi 100 biji. Allah melipat gandakan (pahala) bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Allah maha luas karunia-Nya dan lagi maha mengetahui.
(Al-Baqarah [2]: 261)


0 comments:

Post a Comment