Tuesday, February 3, 2009

.: Merintis Perubahan di Tanah Gersang :.

"Fifi,tinggallah disini bah..ndak kesian ka dgn kami?" Kata-kata yg keluar dari bibir mulus kak arma selepas habis tadarus bersama di masjid semalam masih terngiang di telingaku..Raut wajahnya penuh dengan pengharapan.

"Bukan sy ndak mau kak, tp sy ada tangguungjwab lain bah di Perak.." Balasku sambil memegang tangan kak Arma. Bukan baru kali ini soalan tu disoal, malah dah banyak kali.

"Fifi ndak kesian ka dgn org Sabah? Ramai lagi yg ndak tau agama. Mengaji Quran pun ndak tau.." Kak Arma sekali lagi meluahkan kebimbangannya..Begitu sayangnya dia terhadap masyarakat senegerinya khususnya yg seagama..

"Sy tau kak..malah dah lama sy fikirkn sejak berada disini. Melihat masyarakat yg miskin agama, melihat pendakwah yg saangat kurang disini ditambah pula dengan gereja yg berada hampir di setiap kg membuatkan hati tersentuh." Bisik hati kecilku..tapi tidak terluah dek hati untuk mengungkapkannya.

Sewaktu pulang dari masjid, kata2 kak Arma masih lagi kufikirkan. Mungkin ramai antara umat Islam di semenanjung yg tidak tahu dan mungkin mengambil sikap tidak ambil peduli terhadap permasalahan ini. Permasalahan berat yg perlu dirawat segera!. Sabah ketandusan dai'e, sabah ketandusan pendakwah, sabah ketandusan agama. Tidak ramai yg sanggup berkorban untuk menetap disini dan membantu saudara seagama. Kalau adapun hanya golongan minoriti yg boleh dikira bilangannya..

Aku ingat lagi, kisah seorang ustaz yg sanggup meninggalkan kg halamannya di Kelantan dan menetap di Sandakan untuk membantu dakwah disana. Tinggal saudara demi agama. Mungkin hasil dakwah yg dilakukan tidak boleh nampak dalam masa sesingkat dua, tiga atau lima tahun..Bahkan memerlukan puluhan tahun. Nah..sekarang..Sandakan sudah mampu melahirkan pakar agama dan pendakwah yg jauh lebih hebat dari kita di semenanjung..Sanggup berkorban untuk agama. Begitu hebat dlm berbicara isu agama..Begitu juga dgn Tawau..

Aku juga pingin jadi begitu. Merintis perubahan di tanah gersang. Walau aku muslimah. Tidak ada yg mustahil. Mungkin bukan sekarang. Kerna keluargaku dan ayahku lebih memerlukanku buat masa ini. Tidak sanggup diri ini melihat kesusahan ayah menjaga rumah, makan minum dan melakukan semua kerja sendirian. Kerna itu ak masih punya halangan untuk menetap disini. Namun, insyaAllah. Suatu hari nanti aku pasti kembali. Biar seketika, bumi sabah akan tetap kuingati..

Kadang-kadang kuterfikir.. Benarkah kita ini negara Islam? atau hanya sekadar nama. Aku ingat lagi, sewaktu perjalananku ke Sandakan suatu ketika dahulu, kurasakan seperti tidak berada di negara sendiri. Tatkala bas yg kunaiki melalui kampung-kampung kecil di sepanjang perjalanan, setiap kg pasti terdirinya GEREJA.. Jarang sekali kulihat masjid. Jika adapun, hanya surau-surau kecil yg seakan ditinggalkan usang. Bagaimana umat Islam disini bersolat Jumaat? soalku sendirian.Berbeza sungguh dengan tempat kelahiranku, tiap kg pasti terdirinya masjid. benarlah..jauh perjalanan,luas permandangan, jelas kebobrokan, nampak ketandusan.

Wahai muslimin harapan Ummah! Dikau pembela agama! Berjihadlah! Berhijrahlah! Bantulah saudaramu yg dahagakan agama! Mudah-mudahan pengorbananmu diganjari rahmat dan pahala dariNya! Buat diriku jua..

Perkongsian yg mungkin nampak remeh, tp besar dsisi insan yg sensitif dgn permasalahan umat. Wahai Doktor Islam, Wahai Guru2 Islam, Wahai Pakar Ekonomi Islam, Wahai Pemuda dan Pemudi Islam.. Moga terdetik dalam jiwamu untuk berkorban dan membuat perubahan.

Semoga usaha yg kecil melalui penulisan ini dapat memegang hati banyak jiwa insan seagamaku dan melahirkan ramai insan seperti Hassan Al Banna http://no2salafi.tripod.com/id4.html . Maaf atas salah dan silap. Wasalam.

1 comments:

Ibnu Saif said...

SalamualaiKum Ukhti FiFi..

Terima kasih Kerana MemahaMi... InsyaAllah Umat islaM SAbah akan bangkiT satu hari nanti..

:-) SalaM PerjuangaN dari Sy..

Dr AFiFi..

Post a Comment