Tuesday, February 10, 2009

.: Dikau Pemimpin Teladanku :.

Bismillahhirrahmanirrahim..

Kesunyian blog ini hampir seminggu tanpa entri baru perlu kumuhasabah kembali. Kesibukan yg melalaikn diri ini terhadap tanggugjawab brdakwah melalui penulisan..

Tatkala membaca berita semasa negara dari beberapa sumber akhbar online tadi, hati ini benar2 trsentuh. Melihat jihad seorang pemimpin negeri kelahiranku yg begitu tabah dan tenang. Tidak pernah kujangkakan akan berlakunya krisis politik yg begini dahsyat di negeriku. Beliau sememangnya pemimpin yg amanah. Sanggup meredah halangan FRU yg berperisaikan peralatan canggih, dan beliau? hanya berperisaikan iman dan ketaqwaan di dada. Halangan yg perlu ditempuhi untuk menjalankan amanah sebagai Menteri Besar di negerinya sendiri..Dihalang FRU di pejabatnya sendiri..aneh benar bunyinya..tapi benar2 terjadi..

Dari manakah datang nya Tarbiyyah yg sebegini hebat dalam diri beliau? persoalan yg benar2 membuatkn ak kagum dgn prjuanganny..Ketenangan di wajahnya sahaja sudah cukup menunjukkan 'izzah kepimpinan Islam yg hebat dlm dirinya. Yang bukan sahaja mampu menenangkan rakyat seagama melihatnya, malah rakyat berlainan agama..Subhanallah..

Beliau digelar sebagai penderhaka! Beliau digelar sebagai org yg gila kuasa! Beliau digelar dengan pelbagai gelaran yg tidak berakhlak oleh mereka.. Kini, diugut untuk ditahan ISA ! Setakat ISA, pasti hati beliau takkan gentar walau sedikitpun..kerna balasan syurga dariNya lebih utama..atas jihad membela agama..Allahuakbar!!


Bila Beliau digelar penderhaka,aku teringat kisah lama..sewaktu sultan terengganu lantik MB baru dan tolak Mb lama, Idris Jusoh..Pihak kerajaan buat demo..hina Sultan Mizan.Kata Sultan "Natang". Knapa pulak tak digelar penderhaka? Kenapa tak ditahan ISA?..Benarlah..dunia semakin sampai ke penghujungnya..

Inilah sunnah berjuang..berjuang memang pahit..kerana syurga itu manis..bukan sedikit mahar yg perlu dibayar..bukan sedikit perit yg ditagih..kerna itu, Beliau benar2 menggunakan kesempatan ini..merebut anugerah yg hanya Allah berikan kepada "Insan2 bertuah yg terpilih".. Bukan mudah menjadi 'insan bertuah yg terpilih' ini. Kerna negara kita bukan spt Palastin mahupun Iraq..yg boleh mati sebagai syuhada' pabila mengangkt senjata..Sudah pasti sebelum diangkat menjadi Mb, beliau adalah 'seseorang' disisiNya..


Beliau disenangi oleh semua lapisan masyarakat di negeriku..Sebelum ini,setiap minggu pasti beliau menziarah rakyat di setiap pelosok negeri..bertanya khabar rakyat.memberi sumbangan.sehingga sanggup memotong gaji bulanannya sendiri.menjadikan rumah kediaman Mb sebagai tempat menuntut ilmu. Langsung tiada lagi kurasakan 'gap' antara org atasan dan bwahan spt sebelum ini. Kerna beliau tahu, disisiNya manusia dibezakan hanya kerna Taqwa dan bukan pangkat

Menziarahi rakyat perkara wajib baginya setiap minggu.. Rakyat berlainan bangsa dan agama turut dijaga kebajikan mereka..


Pasukan bola sepak negeri dijaga kebajikan.Diberi gaji bulanan..


Pemimpin serba boleh..Jgn katakan ayam, unta pun beliau tau sembelih..
Disebalik kekuatan beliau pasti ramai yg menjadi tulang belakang yg sentiasa memberi sokongan dan dorongan. Rakyat jelata tidak mengira bangsa dan agama..pimpinan dan ahli sefikrah..pimpinan kerajaan negeri..Tidak terlepas juga pasti yg paling hampir dengan beliau ialah isterinya yg tetap tabah dan cekal menjadi sayap kiri perjuangan suami. Menjadi contoh buat diriku.. Mengingatkan diri ini kepada sirah Nabi Muhammad dan isteri kesyangan Baginda Khadijah..aku juga pingin menjadi seperti mereka kelak..menjadi sayap kiri perjuangan suamiku..amin..

Bingkisan ringkas buat tatapan semua. Semoga Allah membantu negeriku dan beliau serta pejuang2 agamaNya..Diri ini akan tetap berdoa dan membantu sekadar termampu. Semoga setiap pengorbananmu mendapat balasan disisiNya..Bersabarlah atas setiap cemuhan dan fitnah musuhmu..Dikau pemimpin teladanku..Wasalam..

"Dan diantara manusia(ada)org yg mepergunakn percakapn kosong utk menyesatkn (manusia)dari jalan Allah tanpa ilmu & menjadiknny olok2an. Mereka akan memperoleh azab yg pedih" (Luqman:6)

"CELAKA lah bagi setiap pengumpat & PENCELA" ( Al-Humazah:1)

"Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman."(Al-Anbiyaa':88)

2 comments:

Annabuadiary said...

berbanggalah saudari punya pemimpin hebat seperti haji nizar di negeri saudari ....

Annabuadiary said...

salam ...

berbanggalah dan contohilah kehebatan pemimpin negeri kelahiran saudari yang sentiasa bersemangat dan tenang dalam musibah politik ini ...

Post a Comment