Friday, April 29, 2011

.: Jangan dicemari perjuangan ini :.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum WBT..

Alhamdulillah. Syukur pada Allah atas nikmat iman, nikmat Islam, nikmat hidup, nikmat bersahabat, nikmat berada di medan perjuangan ini & segala nikmat lain yang diberikan olehNya.

Tak lupa Selawat & Salam buat kekasih hatiku Rasullulah SAW..

Hari ini alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah untuk bersama-sama sahabat & sahabiah untuk bergerak kerja. Gerak kerja yang tidak menjanjikan sebarang balasan dalam bentuk wang ringgit, apatah lagi kemewahan. Namun, insyaAllah, moga ganjaran lain yang sangat2 didambakan di alam seterusnya diperoleh. Moga Allah menerima amalan kami semua.

Program malam tadi menyebabkan sy pulang lewat malam. Jam 1.30 pagi baru tiba di rumah. Namun Alhamdulillah hari ini adikku Syukri sudi menjadi muhrim untuk menemani. Kebetulan dia bercuti.

Namun, bukan kisah itu yang ingin di highlightkan pada post pada kali ini. Cuma, sejujurnya keadaan emosi ketika menulis ini agak sedih. Sedih bukan kerana kepenatan. Bukan juga kerana disakiti dengan kata-kata nista musuh. Kalau disebabkan musuh, itu sudah sunnah berjuang.

Cuma, hati menjadi sedih, tatkala melihat tunas-tunas harapan yang pernah digilap dengan sedaya upaya & akhirnya kini menjadi insan yang dibanggakan membuat sesuatu yang membuatkan hati ini terluka & malu.

Kenapa jadi begitu?

Mungkinkah kerana sistem tarbiyyah yang kian luntur warnanya?,atau mungkinkah kerana qiadah yang begitu baik hatinya?

Tunas-tunas harapan.. Antum nadi penerus perjuangan. Janganlah dengan dugaan jiwa remaja yang bergelora membuatkan diri kalian hanyut. Dibuai perasaan kebahagiaan yang sementara itu. Sedang syaitan bertepuk tangan. Kerna mereka berjaya menimbulkan firtnah pada tunas-tunas harapan. Hingga dilemparkan tuduhan yang sangat menyakitkan.

Sedarlah, kita semua adalah DUTA agama, duta perjuangan. Jangan kerana kesilapan yang dilakukan oleh tunas harapan itu, akhirnya satu angkatan perjuangan dipersalahkan.

Fikir-fikirkan.

Menegur atas dasar sayang. Sayangkan tunas harapan.

Wasalam.

0 comments:

Post a Comment