Tuesday, March 10, 2009

.: Syafiqah: Diari seorang Mualaf :.


25 Feb 2009

"Salam, ukti, ada sorg mualaf yg perlu kita bantu. Sekarang kerja di Restoran Kilan. Nama Islamnya Syafiqah..harap kita dapat beri bantuan khususnya pengisian rohani" Tugasan baru telah kuterima..beberapa hari selepas tamatnya program Qiyamullail adik2 KIM di Masjid Layangan.alhamdulillah..Allah masih sayang padaku walau hambanya ini kerap kali melakukan dosa padaNya..

26 Feb 2009

"Sabtu ni harap antunna dapat buat tinjauan kawasan di Restoran tu terlebih dahulu dan kenalpasti yg mana satu syafiqah.." Hasil perbincangan pada malam itu telah diputuskan dan akan dibuat mengikut apa yg disyurakan..kami akan pergi ke Restoran Kilan untuk mengenalpasti saudara baru yang sudah mempunyai sorang cahaya mata sekitar 4 tahun itu..begitulah seperti yg dikhabarkan..Amanah sudah mula digalas..

28 Feb 2009

"Syafiqah..tolong ambil order.." Jerit salah seorang pekerja restoran ke arah seorang gadis bertshirt putih yg sedang asyik memancing ikan di restoran atas air itu sebaik sahaja kami duduk di meja makan Restoran Kilan, seperti difahami maksud kedatangan, orang yg kami cari telah kami ketahui. Allah memudahkan urusan.Tidak perlulah kami bertanya lagi yg mana satukah Syafiqah..

"Owh..inilah syafiqah..cantik orangnya.." Getus hati kecil ini sebaik sahaja Syafiqah mengambil order di meja kami..kecil molek orangnya..masih tidak berjilbab..inilah amanah yg perlu digalas.Tidak boleh salahkan dirinya yang baru mengenal Islam seawal perkahwinannya. dan kini sudah berpisah dengan suaminya kira-kira 2 tahun yg lalu..penceraian yg membawa dirinya jauh ke Labuan mungkin untuk mencari ketenangan..

Tiba-tiba berlari seorang kanak-kanak lelaki lingkungan usia 4 ke 5 tahun disisi meja makan kami. Lantas menuju ke sisi Syafiqah..

"Owh..mungkin inilah anaknya seperti yg telah diberitahu" bisik kami sesama sendiri..lantas kami memanggil kanak-kanak berkenaan..agak pemalu pada awalnya.

"Siape nama adik? umur brape tahun ni? " soal Kak Zai cuba bermesra..

"Wan..4 tahun" balas Wan malu2..comel benar wajah kanak2 itu..

Mungkin inilah anak Syafiqah seperti maklumat yg kami ada..alhamdulillah..Allah mudahkan urusan.

1 Mac 2009

"Esok, enti try call Syafiqah..kita wat temujanji..InsyaAllah kita akan buat kunjungan ke rumahnya.. " tugasan susulan diberikan selepas laporan tinjauan ke Restoran Kilan sehari sebelumnya dibentangkan.

2 mac 2009

"Assalamualaikum..ni Syafiqah ke?"
panggilan kubuat pada awal pagi itu..
"Waalaikumussalam..iya..syafiqah ni.." balas Syafiqah dihujung talian..
"Sy mziah dari badan kebajikan PSSL..Syafiqah apa kbr?adakan sdr Fairuz atau Nadir telefon Syafiqah sebelum ni?" soalku selepas memperkenalkan diri..
"Iya..ada. Owh ini kawan die ka?" soal Syafiqah dengan nada ceria..seperti sudah lama berkenalan..
"Iya..diorang yg bagi nombor Syafiqah ni..Hmm..boleh ka kita jumpa?Teringin jugak nak berkenalan dgn Syafiqah.." hasrat dihati telah kuluahkan..hanya menunggu respon darinya..
"Boleh jak..datang la..bila mziah mau jumpa?" soalnya lagi..
"Bila2 jak Syafiqah free..terpulang pada Syafiqah..Hujung minggu ni pun boleh" cadangku
"Ok..Hujung minggu ni datang jak ke Restoran Kilan k..Fqa tunggu.." jawapan itu benar2 membuat hati ini tenang..

4 Mac 2009

"Alhamdulillah..jadi kite perlu buat kutipan dana sumbangan untuk Syafiqah..harap antunna dapat tolong uruskan membeli barang-barang yg nk dibawa untuk Syafiqah dan Wan nanti seperti yg telah kite bincangkan.." tugasan seterusnya buat kami yg mengendalikan kes ini setelah hasil laporan yg dibuat tentang temujanji yg telah diatur dan dipersetujui oleh Syafiqah.

5 Mac 2009

sms yg masih tersimpan didalam inbox handsetku..

"Salam..Syafiqah..apa kbr?da tdo?" sms kukirim pengerat ukhwah malam itu..

"Wslm..sihat alhamdulillah..blum tdo lg.mziah chat?"
"Alhamdulillah sihat..anak fqa da tdo ka?sape ye namenya?"
"Sudah..awal die tdo..hehe..fqa panggil iwan..mziah,bole ka fqa tanye sesuatu?da lama nak tanye"
"Owh da tdo rupenye..boleh..tanye la.."
"Mziah umur brape ye?bukan ape..takut lebih tua dr fqa x manis pulak panggil nama je"
"Hihi..kite sebaya..22 kan?mziah pun nk tanye ssesuatu.tp jgn marah ye.."
"ok..tanyela..ok jak bah.."
"Fqa da kawin lain ka?maaf tanye.."
soalan yg PSS suh tanye sebelum ni tp baru mlm ini berkesempatan untuk tanye..
"Hehe..kalau ada jodoh yg lebih baik tak salahkan fqa kawin?fqa xmau tolak jodoh kalau ada nanti.."
"Betul..x salah..fqa pun muda lagi ape..hehe..fqa,mziah harap satu hari nanti kita boleh jadi kawan baik.mziah suka kawan ngan fqa.."
"InsyaAllah..xpyh tnggu 1hr nant,skrg ni pun kite da jadi kawan baik pun..klu da jdoh,fqa takkan lupa org yg banyak tlg fqa..fqa takkan lupe punye..siapala fqa ni mo pilih kawan.."
"mm..ble ka mziah anta gambar?sekurang-kurangnya,fqa kenal juga muka mziah nant..dapat ka?"
"ala..maaf fqa,hset mziah xda mms..kalau guna email boleh la.kalau ada intenet kat umah boleh mziah send gambar.."
"fqa xda intenet d umah..xpela kalau camtu..nant kite jumpa ye.."
"ok..insyaAllah..nant mziah akan tegur fqa dl bila jumpa k..ok la fqa, da lewat ni, fqa mesti nk tdo.rehat la k.."
"ok..trm ksh mziah..jumpa nant..aslmkm.."
"insyaAllah..waalaikumussalam.."

6 Mac 2009

Aku, kak syu dan kak Alida sibuk membeli belah di bandar untuk dibawa bertemu Syafiqah dan Wan sebagai sumbangan kecil yg tak seberapa. Kecoh kami bertiga membeli beg skolah dan alat tulis serta buku2 buat Wan. Teruja dengan peralatan skolah kanak2 yg comel2 dan bewarna warni itu..kenangan membeli belah yg xdapat kulupakan. Tq Kak Syu n Kak Alida :)

Pada malamny pula bilikku dipenuhi barang2 untuk dibalut membentuk hamper.. Kak Syu, Kak Alida n kak Zai berkampung dibilikku..gembira berceloteh bersama setelah menikmati makan malam yg menyelerakan bersama dibilikku.Alhamdulillah..kemesraan yg semakin erat..

7 Mac 2009

Hari yg dinantikan telah tiba..kami tiba di Restoran Kilan lebih kurang jam 11 pg..Syafiqa jelas ceria dengan kedatangan kami..
"Yang mane satu mziah ye?" soalnye..
aku tersenyum dan menghulur tangan...pertemuan kali kedua sebenrnya..
"Bukan ke mziah yg datang makan sini aritu? dengan yg ni.." kata syafiqa ceria sambil menunjukkann jua ke arah Kak Zai..
"Aritu malu nak tegur.." balas kami dalam keadaan gembira..

Kehadiran kami disambut baik oleh Syafiqa..sedikit sumbangan hamper kami hulurkan..tapi malangnye Wan tiada disitu kerana ke papar ke rumah neneknya..tidak dapatlah kami melihat telatah anak kecil itu menyarungkan beg skolah baru dan membuka hamper alatan tulisnya..

Banyak perkara yg kami bualkan..dari hal pekerjaannya..tempat tinggalnya..hinggalah ke hal bekas suaminy..namun, satu perkara yg masih terngiang-ngiang di telingaku apabila Syafiqa mengakui tidak tahu bersolat dan melakukan ibadah yg lain kerana tidak pernah dibimbing oleh suaminya sewaktu perkahwinanya dulu..

Sedikit peringatan atau tazkirah secara tak langsung turut di ingatkan..khususnya mengenai kepentingan menjaga aqidah..kami berjanji akan membantu syafiQah untuk didaftarkan ke baitulmal atau Pusat Zakat..dan Syafiqah telah bersetuju untuk mengikuti sebarang kelas agama di sana. Ramah orangnya..tak lokek senyuman..pertemuan pada hari itu insyaAllah tidak akan berakhir disitu namun menjadi perintis ke arah pertemuan susulan yg seterusnya..

9 Mac 2009

die ibarat kain putih dan seperti bayi yg baru dilahirkan..dosaku pasti jauh lebih banyak darinya..Semoga dirinya diberikan hidayah untuk tetap di dalam agama Islam. InsyaAllah esok kami akan ke baitulmal membawa Syafiqah bersama..Syafiqah:Diari seorang Mualaf akan kukongsikan bersama pada entry yg akan datang..Ini hanya kisah seorang Mualaf yg boleh dikira bernasib baik..berapa ramaikah lagi Muallaf diluar sana yg tiada pembelaan? Siapakah yg akan mengambil tahu mengenai mereka? Siapa yg akan menanggung dosa? Buat perkongsian bersama..-Wasalam-

0 comments:

Post a Comment