Monday, November 9, 2009

.: Professional Muslimah:Aset Kekuatan Islam :.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca.
Alhamdulillah, syukur pada Allah atas kurniaan nikmat iman dan Islam serta nikmat berada di dalam medan perjuangan menegakkan agamaNya. Moga diterima tiap amalan kita dan terus istiqamah hingga ke hembusan nafas yang terakhir.

Towards Becoming A Professional Muslimah.. Satu matlamat yang disasarkan sejak bergelar ahli gerakan beberapa tahun yang lalu namun kadang-kala seperti buah kelapa di tengah lautan yang kadang kala timbul dan kadang kala tenggelam dek usaha yang tidak konsisten.

Umum mengetahui bertapa diri insan yang bergelar wanita dikurniakan Allah dengan banyak kelebihan dan pelbagai keistimewaan. Jika baik pembawaannya, maka baiklah produktivitinya dan begitulah sebaliknya. Sejarah juga telah membuktikan bertapa dengan kelebihan yang dianugerahkan kepada insan yang bergelar wanita/muslimah, Islam bisa beroleh kemenangan besar. Namun, sejarah juga turut membuktikan, racun yang dibawa oleh insan yang bergelar wanita/muslimah juga bisa membawa kepada kehancuran ummah.

Alhamdulillah, perkembangan ilmu di negara kita telah memberi peluang buat kaum hawa untuk turut sama menuntut ilmu dan beroleh kejayaan yang sangat membanggakan. Buktinya, begitu ramai ahli-ahli profesional yang terdiri dari kaum hawa, berkhidmat di serata negara. Statistik juga menunjukkan, bilangan Mahasiswi di pusat2 pengajian tinggi adalah jauh lebih ramai berbanding golongan Mahasiswa. Maka kelak kan lahir lebih ramai graduan wanita.

Di dalam sesebuah gerakan, sememangnya tidak dinafikan bertapa kudrat dan buah fikiran wanita memainkan peranan yang penting dan sangat2 diperlukan. Jika dulu nama beberapa tokoh2 hebat muslimah Islam seperti Siti Khadijah, Asma', Fatimah Az-Zahra, Mutiah dan ramai lagi tokoh2 Muslimat begitu disegani dan dijadikan ikon, kini situasi kian berbeza. Sememang tidak dinafikan, ramai golongan intelek muslimat berjaya dihasilkan. Namun, hanya sebilangan peratusan kecil sahaja dari golongan intelek muslimat ini yang dapat turut sama menyumbangkan idea dan tenaga untuk gerak kerja Islam.

Penulis begitu gembira pabila berpeluang berkerja dengan beberapa Wanita Islam yang sememangnya terserlah bakat kepimpinan dan kredibilitinya. Fasih berbahasa Inggeris, pandai berkomunikasi, lantang memberikan pandangan, disenangi teman sekerja dari bangsa lain, disayangi majikan serta sangat professional. Kredibiliti mereka ini jelas dapat mengubah tanggapan sinis bangsa asing sebelum ini yang kebanyakannya memandang rendah terhadap wanita Islam.

Namun sayangnya, ramai dari wanita yang yang dikategorikan sebagai professional ini tidak sepenuhnya menunjukkan apa yang sebenarnya dianjurkan oleh Agama Islam. Amatlah rugi pabila golongan professional seperti yang digambarkan di atas mengetepikan soal aurat, memandang remeh terhadap tuntutan solat, mengagungkan hiburan dan mengutamakan status diri lebih dari agama. Natijahnya, pabila golongan Ilmuan Islam yang dikategorikan professional ini menunjukkan akhlak Agama yang sekadarnya, ia akhirnya membawa kepada satu konklusi dari bangsa asing bahawa golongan yang memperjuangkan Islam (muslimah yg menjaga aurat, pergaulan Dll ) adalah jumud dan kolot dan tidak mengikut peredaran zaman. Inilah hasil perbandingan luaran oleh agama lain yang membandingkan antara Professional Muslimah yang beragama Islam tetapi tidak memperjuangkan Islam dengan Professional Muslimah yang memperjuangkan Islam.

Amat sayang sekali pabila produk2 Islam yang amat berharga ini tidak dapat dimanfaatkan untuk agama. Sebaliknya ia menjadi racun kepada agama sendiri. Alangkah bertuahnya Islam jika ahli-ahli professional yg beragama Islam ini dapat menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan kewangan buat Islam. Mungkin dek system pembelajaran yang sekular dan tidak dikaitkan dengan Islam semasa zaman muda membuatkan ramai umat Islam yang semakin lalai dari membantu agama yang kian tenat ini. Ayuh berubah wahai doktor2 Islam, Peguam2 Islam, Pensyarah2 Islam, Ahli korporat Islam dan semua umat Islam demi menjulang Agama Islam. Pesanan buat diri dan saudara seagama. Moga bisa membuka hati Ahli professional yang beragama Islam untuk sama2 membantu agama Islam di dunia yang sementara ini. Berubah untuk mengubah. Wasalam.

"Towards Becoming World Class Leader for Ummah"

Sunday, November 1, 2009

.: KERJA KOSONG - 2 VACANCIES :.

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..
Berita Baik!! 2 kekosongan yang perlu diisi segera!! Cepat-cepat contact kawan-kawan yang dirasakan memenuhi kriteria berikut :-